06 November, 2010

KUNANG-KUNANG KUALA SELANGOR ( BUKIT BELIMBING & KAMPUNG KUANTAN) : Pelik la camne keluar cahaya ye...tak panas ke kunang-kunang tu

OKTOBER 2010

Sebenarnya sejak saya dilahirkan sampai la dah beranak pinak, saya tak pernah pegi tempat kunang-kunang ni, walaupun jarak dari rumah saya hanya 30 minit sahaja.Sebabnya, masa saya kecik-kecik dulu, kunang-kunang ni banyak kat belakang rumah saya malah selalu masuk rumah saya.Sekarang ni dah takde...pupus...kecewa-kecewa...Abah saya pernah cakap, "Orang-orang tua cakap kalau makan kunang-kunang boleh menerangkan mata.Dulu abah selalu makan kunang-kunang sebab nak bagi mata terang.."eeeee, saya tak sanggup la.Tapi tak tau la...memang sampai sekarang mata abah terang.Mata saya pulak dah rabun..ermmm... kene buat kajian ni...

Walaupun abah saya kata sungai kawasan kunang-kunang ni ada buaya, saya tetap nak pegi. Jangan bimbang, setakat ni takde lagi kena baham dan pihak berkuasa dah pastikan semua selamat.( Sori ye saya orang Kuala Selangor.Sebenarnya memang ada buaya pun sungai tu tapi bukan kawasan pelancongan kunang-kunang la.Orang yang memancing biasala selalu nampak buaya kat belah-belah hulu sepanjang sungai)

"MACAM MANA KUNANG-KUNANG NI BOLEH KELUAR CAHAYA YE...TAK PANAS KE KUNANG-KUNANG TU". Ini adalah persoalan ajaib yang boleh menyebabkan kita bertambah kagum dengan kehebatan ciptaan Allah...

Kat bawah ni saya bagi info sikit pasal kunang-kunang ye... Semoga kita banyak kali sebut 'Subhanallah".Ciptaan Allah yang Maha Hebat....

  • Kunang-kunang ni adalah keluarga kumbang dari ordo Coleoptera. Ada lebih 2000 spesies kunang-kunang  di daerah tropika di seluruh dunia.Kunang-kunang suka kat kawasan lembab seperti semak,tasik.paya dan kawasan yang banyak pokok-pokok sebab kawasan macam ni banyak sumber makanan untuk semua larva.Kawasan Kuala Selangor ni memang sesuai untuk Kunang-Kunang sebab banyak pokok bakau dan api-api sekitar sungai.
  • Kunang-kunang memang keluar waktu malam tapi ada gak yang keluar waktu siang tapi takde cahaya la. cahaya.
  • Cahaya yang Kunang-kunang keluarkan adalah cahaya tanpa panas yang dinamakan 'Luminescence'. Luminescence ini terjadi disebabkan suatu zat bernama Luciferin. Zat Luciferin ini bergabung dengan oksigen untuk mengeluarkan cahaya. Walaupun dah ada saintis yang berjaya buat jenis cahaya yang sama dengan yang dihasilkan oleh kunang-kunang, namun begitu para saintis terpaksa mengambil beberapa unsur dari tubuh kunang-kunang untuk digabungkan dengan bahan lain. Sehingga kini para saintis masih belujm berjaya buat zat Luciferin Kunang-kunang. 'So' "SUBHANAALAH"...itu lah yang mampu kita luahkan
  • Kunang-kunang jantan lebih terang cahayanya berbanding Kunang-kunang betina.Pada kunang-kunang dewasa, selain memberi peringatan bahaya, ianya juga untuk menarik perhatian pasangannya.Kunang-kunang jantan yang selalu terbang sebab ada sayap. Kunang-kunang betina takde sayap dan selalu melekat kat daun atau permukaan tanah
  • Bayi kunang-kunang pun boleh keluarkan cahaya. Cahaya pada larva  dihasilkan bagi tujuan menjauhkan haiwan lain agar tidak mendekatinya.
  • Kunang-kunang betina akan meletakkan telur-telurnya dibawah permukaan tanah. Telur-telur tersebut akan menetas menjadi larva setelah 3-4 minggu dan akan terus diberi makan hingga musim panas berakhir. Setelah kira-kira 1-2 minggu dari berakhirnya musim panas, larva tersebut akan berubah menjadi pupa, kemudian berubah menjadi kunang-kunang dewasa.
LAGENDA KUNANG-KUNANG

  • Cerita orang-orang tua kampung saya. Makan Kunang-kunang boleh cerahkan atau terangkan mata.
  • Bangsa Maya, kunang-kunang sering dikaitkan dengan bintang. Kunang-kunang juga dianggap mewakili utusan dalam kuil-kuil Dewa Maya.
  • Orang-orang Cina kuno sering memasukkan kunang-kunang dalam sebuah kotak transperant untuk kemudian digunakan sebagai lampu. 
  •  Dalam kebudayaan dan cerita rakyat Jepun, kunang-kunang memiliki erti yang sama besarnya dengan bunga Sakura yang terkenal itu.

TAMAN KELIP-KELIP KAT BUKIT BELIMBING KUALA SELANGOR
  • Diuruskan oleh syarikat swasta iatu Firefly Resort Sdn. Bhd.
  • Kat sini ada bilik seperti resort untuk sapa-sapa yang nak bermalam.
  • Kat sini ada restoran (macam cina punya je). Kat depan ada kedai makan kecik je.
  • Kat sini ada kedai cenderahati
  • Tambangnya dewasa : RM 15 seorang, kanak-kanak RM 8. Anak saya tak kena, tak cukup 3 tahun.
  • Sampan yang digunakan adalah berbumbung dan gunakan dayung.Kalau hujan selamat sikit la.Boleh muat sehingga 8 orang.
  • Dah masuk sampan bersiap sedia untuk perjalanan selama 20-30 minit
  • Memang susah nak ambik gambar dan video..tak nampak langsung
Suasana kaunter tiket

Pintu masuk

Baru nak masuk

ni la yang mampu ditangkap oleh kamera saya...CAHAYA KUNANG-KUNANG

Kat Jeti

Kenangan


Kedai cenderahati

Replika je...
TAMAN KELIP-KELIP KAT KAMPUNG KUANTAN, KUALA SELANGOR
  • Diuruskan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor. Tempatnya agak luas dan sedap mata memandang berbanding kat Bukit Belimbing.
  • Kat sini ada beberapa kedai makan dan permainan kanak-kanak. Kedai cenderahati takde.Kalau ada pun jual cenderahati guna meja lipat je.Bilik penginapan pun takde.
  • Tambangnya menggunakan sistem per sampan. Satu sampan RM 40. Walaupun datang sorang, tetap bayar RM 40. Nasib baik saya bawak emak dan abah saya, cukup satu bot, berbaloi sikit.
  • Sampan kat sini tak pakai bumbung dan sampannya agak klasik dan agak lama. Hanya 4 orang sahaja boleh masuk.Kalau kat Bukit Belimbing nampak besar sikit ,agak baru dan agak kukuh.Sampan kat sini, air pun boleh masuk.
  • Ok... kemudian rasa la keseronokan dayungan pengembaraan selama 20-30 minit.
Perjalanan menaiki sampan


Kenangan kat jeti



Pintu masuk

Taman permainan kanak-kanak

Kedai makan

No comments:

Post a Comment