15 September, 2010

KOTA KINABALU + KUNDASANG + RANAU : Seronok dapat belajar budaya orang...

APRIL 2007

Ini memang lawatan bajet....kami menginap di MRSM Kota Kinabalu dan lawatan ni diuruskan oleh Koperasi MRSM KK.So sepanjang lawatan, kami naik bas MRSM.Tak semestinya orang MARA je boleh ambik pakej ni ye...orang selain MARA pun boleh.

Turun je airport, kami dibawa pemandu pelancong untuk 'kita makan dulu'. Kat sini, mana-mana pegi, saya mesti 'order' teh O Lemon punye la. Sebab kat Semenanjung, susah nak carik lemon. Lokasi pertama, pegi ke kaki Gunung Kinabalu. Dalam perjalanan, sempat la singgah kedai cenderahati dan tempat orang jual sayur kat Kundasang. Sejuk & tenang tempatnya. Kat Kundasang ni kita boleh lihat dari jauh 'background' Gunung Kinabalu. Pemandu suruh kami makan sejenis makanan yang 'famous' kat sini. Kepak ayam yang dibuat ala-ala percik tapi bukan percik..pelik tu.Kami hanya sempat mendaki 'stage 2' Gunung Kinabalu je. Bukan niat mendaki pun sekadar menikmati pemandangan alam ciptaan Tuhan yang Maha Indah.Pastu, kami pergi ke Poring, kolam air panas semulajadi.Saya tak teruja ke tempat ni sebab kat Semenanjung 'berlambak' kolam air panas.


Kami sempat pusing-pusing kat Universiti Sabah pada waktu malam.Terletak kawasan tanah tinggi dan mempunyai 'view' yang menarik....boleh tahan lawa tempat ni.. Sapa-sapa yang nak belajar kat sini, dipersilakan....takde masalah.

Kami sempat pegi ke Pulau Manukan.Masa kat jeti, saya ada bersembang dengan sorang pekerja melayu yang jaga bot. Dia kata dia orang Selangor dan berkahwin dengan orang Sabah dan tak pernah balik Semenanjung.Pastu dia mengaku, sekarang ni dia PENGANUT KRISTIAN.Terkelu terus lidah saya.

Saya & beberapa pelajar saya, bersnokling sampai had paling maksima. Kat pinggir pantai, ikan kurang dan banyak batu karang yang rosak. Bila kami semakin jauh dari pantai...Ya Allah Ya Tuhanku...sekali kami bagi roti, berjuta ikan yang berwarna warni menyerbu ke seluruh badan kami. Memang terasa la ikan-ikan kecil tu mencubit-cubit..hii geli la. Jinaaakkkkk sangat ikan tu.Bila kita kacau je ikan-ikan tu, syok tengok ikan tu berenang berlari membuat bermacam-macam formasi dalam satu barisan, tak berpecah pun. Memang berjemaah betul la ikan ni.Setiap kali kami memandang ke dasar laut, kami merasai berada dalam dunia yang cukup indah, kehidupan hidupan laut penuh kerukunan dan penuh harmoni....syurga dunia yang mengasyikkan. Memang jelas kelihatan batu karang yang sebesar lori atau mungkin lebih besar lagi. Tapi ada gak kekecewaan dalam hati kami ni...ada gak kami terpandang batu karang yang telah mati dan rosak...sapa punye angkara tu ye...


Kalau nak tengok tengkorak-tengkorak bergantung atas para bumbung yang pernah di penggal oleh pahlawan bernama Monsopiad, meh la datang ke 'Monsopiad Culture Village'. Rasa tegak gak bulu roma nak masuk tempat ni. Siap berpantang dan kena baca beberapa mentera lagi tu...Saya tak baca pun...Tengkorak ni bukan sembarangan tengkorak.Meh saya 'story' sikit ye....Monsopiad ni pahlawan yang digeruni sekitar 200 tahun dulu. Kehebatan Monsopiad ialah berjaya memenggal 42 kepala pahlawan yang menentang beliau. Sekarang ni, semua tengkorak ada dipamerkan dalam Rumah Tengkorak Monsopiad. Nak tau camne Monsopiad mati...satu ketika beberapa pahlawan menyerbu Monsopiad di rumahnya ketika dia sedang berehat. Difahamkan Monsopiad kehilangan 'kuasa istimewa' disebabkan serangan menggunakan burung Bugang. Akhirnya tanpa kuasa istimewa tu, Monsopiad mati ditangan pahlawan-pahlawan tersebut.
Nampak tak tengkorak kat atas tu

Pastu kami dihiburkan dengan tarian Kadazan Dusun. Mula-mula tu syok je tengok orang pompuan menari. Pastu datang penari lelaki berperwatakan ganas dengan bawak parang dan sumpit, barulah terkedu kami...sapa yang tak bernasib baik, penari ni akan memilih secara rawak untuk dijadikan model kena pancung dan menyumpit belon..Kesian, merah padam kawan tu kena jadi model penari ni...Kat situ gak ada ditunjukkan macam-macam budaya dan adat yang diamalkan.Contohnya kita boleh main sumpit, main lastik, menumbuk jerami menggunakan kaedah zaman dulu, alat silap mata, menenun, permainan berjalan atas 2 batang kayu dan yang paling saya tak suka, makan ulat gonggok....'part ni' saya terpaksa lari...Ada satu patung tau, pekerja tu kata kalau tengok boleh mengandung atau dapat jodoh...So sebagai orang Islam, jangan percaya tau...bahaya, boleh syirik.

Muzium Sabah....biasa je...ada ke muzium yang menyeronokkan selain daripada Muzium Negara. Kami pusing-pusing 30 minit je, pastu abis.Kat sebelah muzium tu, kita boleh melawat Kampung Warisan, model rumah pelbagai kaum di Sabah. Kita boleh masuk rumah tu dan rasailah sendiri pengalaman berlantaikan, berdindingkan dan berbumbungkan buluh dan rumbia.

Pasar Filipino...ini tempat menghabiskan duit.Memang gelap mata tengok pelbagai mutiara-mutiara dan cenderahati yang dijual.Memang banyak sangat gerai kat dalam ni. Penjual tu kata mutiara ni asli...Tak tau la betul ke tidak.Kalau dia tipu pun kita bukan tau. Kat sebelah Pasar Filipina ni ada pasar menjual pelbagai makanan laut, sayur-sayuran dan barang keperluan. Ada berbelas gerai makanan yang menjual pelbagai makanan laut yang dibakar. Sotong bakar, pari bakar, ikan kembung bakar, cencaru bakar, udang bakar dan macam-macam bakar lagi la...semua jenis besar-besar punye...





Kami sempat gak dibawa ke 'shopping complex' yang terbesar di KK ni.Saya sebenarnya bosan pegi tempat ni.Kalau ikutkan 'Shopping Complex' kat Semenanjung 2 kali ganda lebih hebat..

Seronok atau tak seronok, itu persoalan ke 101. Apa-apa pun, yang paling penting kami dapat merasai pengalaman melihat budaya, adat dan kehidupan negeri orang...Betul tak...

08 September, 2010

TAMAN AGRO & LADANG BOH CAMERON HIGHLAND: 'B' est 'O' f 'H' ighland

JANUARI 2010
Semasa saya darjah 6, Cameron Highland dianggap 'The Wonder of Malaysia'. Memang terasa sejuknya tak kira waktu, pagi, tengahari, petang dan malam, lagi la sejuk.Suhu masa tu antara 16-20 darjah celcius.Jangan lupa bawak baju sejuk sekali ye..."kata emak saya".

Tapi sekarang, segala-galanya dah berubah.Saya takde masalah memakai baju t'shirt cotton nipis lengan pendek sahaja sepanjang hari.Kalau waktu tengahari, terasa panasnya sehingga peluh menitik.Suhu pun dah melebihi 25 darjah celcius.Apa maksudnya tu kalau berpeluh......dulu nak keluar peluh setitik pun payah..kecewa...kecewa.Dulu tahun 90 an, kawasan hutan Cameron Highland ada 78%, sekarang dah jadi 54% (mengikut Pejabat Tanah Cameron Highland)

Betul la apa yang ada dalam Al-Quran, segala kerosakan dan bencana di darat dan di laut disebabkan tangan-tangan manusia yang melanggari amanah.Sekarang Allah nak tunjuk balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan..tu yang Karam Sigh Walia marah sangat kat orang-orang cam ni.

Ada 3 tempat yang menenteramkan jiwa saya.
  • Taman Agro Tourism (zaman saya kecik, takde lagi tempat ni )
Tempat ni 5 dalam 1 : Boleh tengok kebun salad, sayur & tomato agroponik, boleh tengok macam-macam spesis bunga yang berwarna-warni termasuk kaktus, kebun strawbery (ni part yang paling best.Nak masuk kena bayar pastu petik sendiri strawbery), tempat permainan kanak-kanak & strawbery cafe (macam-macam makanan & minuman berasaskan strawbery ada kat sini). 


    • Ladang Teh Boh Ringlet
    oooo nak pegi tempat ni sangat mencabar.Jalan sempit, jalan tar yang rosak, jalan ada yang masih bertanah merah macam zaman Jepun pun ada, berbonggol-bonggol dan berlopak-lopak.So silap-silap gaya boleh jahanam kereta.Kalau ada lori atau trekta bawak daun teh kat depan kita, abis aaa, kena undur la jawabnya.Ada sesetengah tempat tu jalannya agak sunyi.Takut gak kot-kot ada orang tahan nak rompak duit kita.Tapi yang syoknya sepanjang perjalanan, kita akan melihat kiri dan kanan jalan, orang tanam kobis, salad, tomato, kacang panjang dan pelbagai sayur-sayuran.Semua tanam dalam tanah, bukan hidroponik tau.
    Kat sini, ada kilang teh dan 'Tea Shop'.Boleh la rehat-rehat sambil minum secawan teh sambil menikmati pemandangan indah.Kat sini gak ada satu bukit...so saya berjaya naik sampai ke puncak ( tak tinggi pun).Wuuuiiiiii, kat atas ni, cantik sangat pemandangan dengan kehijauan daun-daun teh yang tersusun indah, dengan kesejukan sehingga menusuk ketenangan jiwa, dengan desiran angin yang kadang-kadang menerpa laju ke muka...ermmm 'best'.  


      Pemandangan daripada atas bukit

      • Ladang Teh Boh Sungai Palas
      Jalan kat sini tak la se mencabar macam Ladang Teh Boh Ringlet.Tapi 'still' lagi sempit dan banyak kenderaan.Syoknya, sepanjang perjalanan memang kita dihiburkan dengan pemandangan ladang teh yang mengasyikkan.Memang tempat ni, ramai orang la...Parking kat sini agak jauh daripada kilang.Terpaksa jalan jauh sikit la ye...takpe...kurang sikit penat sebab di kiri kanan jalan, kita ditemani dengan barisan pokok-pokok teh yang menghijau.

      Kat sini ada kilang Teh Boh.Kita boleh tengok secara dekat macam mana proses membuat teh dan segala mesin dan teknologi yang digunakan, siap ada orang bagi penerangan lagi tu.Pastu tu kami pegi ke kedai teh, macam-macam jenis teh ada kat sini. 'Last' sekali...kami pegi ke tengok pemandangan kat kafe teh.Kami berdiri di atas para yang tidak mempunyai tiang dihujungnya.Seolah-olah kita berada di atas awan dan awang-awangan..Pemandangan di sini cukup jelas kelihatan dengan kehijauan teh yang cukup indah ditanam di atas bukit dan cerun-cerun bukit. Kekadang kita akan melihat keasyikan pekerja menyandang bakul besar sambil mencantas daun teh dan menghamburkan daun ke dalam bakul...Cukup teruja... 

          06 September, 2010

          Cosmo's World Theme Park: Jejak kaki ke dunia Alice......

          NOVEMBER 2009

          Kali ni saya nak sembang tentang Taman Tema Cosmo World, Berjaya Times Square (BTS)...Ok baca fakta ni dulu ye.... 
          BTS terletak di Jalan Imbi KL dibuka pada tahun 2003 dan merupakan pusat beli-belah yang besar sangat dengan dua buah hotel bertaraf lima bintang. Kalau nak tau, BTS ni digelar ‘bangunan yang dibina dalam satu fasa yang terbesar di dunia’, merangkumi keluasan lantai keseluruhan 700,000 m² dan menjadi mercu tanda utama pusat membeli-belah, penginapan mewah, perniagaan, makanan dan hiburan.Kat dalam ni ada 1000 kedai runcit khusus, 1200 bilik servis mewah, serta 65 kedai makan.Pastu ada Taman Tema Dalaman terbesar di Asia (Cosmo World). Kat sini ada teater IMAX 2D dan 3D pertama di Malaysia yang terletak di tingkat 10.

          Saya pernah kerja kat KL dulu.Jadi takde masalah nak pegi Jalan Imbi...eh sampai dah...cepatnya...Berpusing-pusing mencari tempat parking ni..pening dibuatnya.Pastu nak pegi tingkat 5 ni, rasa jauh sangat berjalan.Macam-macam eskelator kena tempuhi..yang cerun 90 darjah pun ada...45 darjah pun ada..yang landai pun ada.Padahal tingkat 5 je pun...Memang eksklusif la tempat ni.Rasa segan pulak.

          Nak masuk taman tema ni kena bayar dekat RM 35 sorang.So sekarang nak pegi mana dulu ye.GALAXY STATION ke, FANTASY GARDEN ke, HAUNTED CHAMBERS ke,CARNIVAL GAMES ke, nak main Roller Coaster dulu ke atau pegi panggung IMAX 3D. Akhirnya... tak sempat nak bepikir, anak saya dah meluru pegi tempat permainan kanak-kanak....eeeee Humaira jangan lari......Sebenarnya tempat macam ni, kanak-kanak lagi 'enjoy' berbanding orang dewasa sebab rasanya 70% permainan dikhususkan untuk kanak-kanak..Kawasannya cukup memberikan kita imaginasi dan fantasi seperti berada dalam dunia Alice n Wonderland.Orang yang tak kanak-kanak, main roaler coaster je dan permainan yang boleh berayun-ayun. Sempat gak la tengok pertunjukan silap mata yang membuatkan saya banyak kali menguappp...& tengok filem 3D Finding Nemo yang memeningkan.

          Ada satu yang merunsingkan saya dan terdetik dalam hati ni...camne kalau bangunan ni runtuh ye.Sebabnya setiap kali keretapi roaler coaster ni jalan, setiap kali tu la terasa ala-ala gegaran.Deruan ribut roaler coaster dan geselan landasan yang membingitkan sampaikan kalau kita berada di tingkat 2 pun boleh dengar.Kalau kontraktor yang buat bangunan ni jenis 'ceroi' dan ada unsur rasuah, rasanya tak sempat menyambut ulangtahun ke-10 dah retak macam stadium terengganu yang runtuh.InsyaAllah kukuh la kot bangunan ni. Bukan calang-calang orang yang buat ni.......

          Saya seronok kat sini bukan disebabkan permainan ekstrem (kat genting pun ada) tapi disebabkan dunia fantasi yang dicipta dalam Cosmo World ni membuatkan hati kita rasa.........ermmm susah nak cakap ..datang la sendiri. Apa-apa pun tak kisah la, yang penting saya dapat bersama & meluangkan masa dengan anak saya dan wife saya...
          ni bukti betapa seronoknya main...sampai tertidur