01 August, 2012

ZOO TAIPING : Night Safari Pertama di Malaysia...

JULAI 2012
Kalau pergi zoo yang seluas 34 ekar ni, rasa malas betul nak berjalan kaki sebabnya, tempatnya yang luas. Nasib baik ada keretapi mini, lebih kurang 30 minit dah boleh 'cover' semua kawasan. Zoo Taiping ni ada keunikan, keistimewaan dan perbezaan yang tersendiri berbanding zoo di tempat lain :
  • Satu-satunya Zoo yang terletak di negeri Utara, betul-betul berada di dalam kawasan Taman Tasik Taiping berhampiran Bukit Larut. Zoo yang mempunyai konsep terbuka dihiasi suasana semulajadi yang mengasyikkan dengan tasiknya, anak sungai dan pokok-pokok yang merimbun. 
  •  Banyak gak binatang, lebih kurang 1,300 ekor binatang yang melibatkan 180 spesis.
  • Zoo ni ada NIGHT SAFARI yang pertama di MALAYSIA. So boleh la tengok binatang-binatang yang sedang aktif. Kalau tengok waktu siang, binatang-binatang ni nampak lembap je.Pastu asyik tidur je....Cuma masalahnya, bila waktu malam ni, susah nak tengok binatang dengan jelas sebab ditutupi cahaya samar-samar...
 Sebenarnya, kalau nak lebih kepuasan, zoo negara lebih berbaloi dan 'happening'.

Apa-apa pun, tak kisah la best atau tak best, yang penting, kita dapat pengalaman baru untuk diri sendiri, keluarga dan anak-anak.Dan satu lagi. yang lebihhh penting...MASA UNTUK BERSAMA KELUARGA...
















1 comment:

  1. Dulu saya belajar kat MRSM Taiping... Tak la selalu sangat masuk dalam tu... Masuk Mase orientasi jer.. Best la jugak... Hehehe...

    ReplyDelete