01 October, 2012

LOST WORLD OF TAMBUN: Dunia Yang Hilang Disebalik Bukit Batu Kapur 400 juta tahun...

SEPTEMBER 2012 
Masa awal-awal buka dulu dalam tempoh 3 bulan pertama akhir 2004, dekat 100,000 gak pengunjung datang menikmati keunikan Lost World of Tambun. Dengan kos pembinaan RM 60 juta, Lost World of Tambun, Ipoh Perak memang masih mengekalkan ciri-ciri seni bina purba ala-ala purba Mesir. Taman Tema ini memang beraura mungkin disebabkan dikelilingi bukit batu kapur yang berusia 400 juta tahun dan hutan khatulistiwa semulajadi.

UNIKNYA TAMAN TEMA LOST WORLD OF TAMBUN BERBANDING TEMPAT LAIN...
  • 'Trademark' Taman Tema ini ialah Taman Tema berlatarbelakangkan bukit batu kapur, gua dan hutan semulajadi. Memang boleh merelakskan fikiran. 
  • Kat sini ada Kolam Air Panas yang asli diambil dari sumber asalnya sejauh 600 meter. 
  • Kat sini ada Jungle Wave Bay iaitu Kolam Ombak Tiruan Terbesar Malaysia dengan tujuh pukulan ombak yang berbeza (keluasan 3,200 meter persegi)
  •  Kat sini ada Adventure River, sungai buatan terpanjang di Asia dengan 600 meter.Kita boleh mengembara menggunakan pelampung sepanjang sungai berombak ini dikelilingi patung-patung haiwan dan kesan bunyi haiwan.
 
 

 LOST WORLD HOTEL
Tempat kami menginap.betul-betul dekat dengan Lost World. RM 230 gak kena bayar beserta 2 tiket hotspiring 6.00petang - 10.00 malam, 10% diskaun masuk Lost World dan sarapan 2 orang (alamak, ingat style buffet, rupa-rupanya setiap orang hanya boleh order satu makanan je).

 
 

LOST WORLD HOTSPRINGS SPA
Amacam boleh tahan tak mandi dalam air 40 darjah celcius.....

 
 
 
 
 
 
 
 

LOST WORLD WATER PARK


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 LOST WORLD PETTING ZOO
Alamak kenapa tak banyak binatangnya macam kat Sunway Lagoon....


 
 
 
 
 
 
 
 
 

LOST WORLD AMUSEMENT PARK
Jangan terlalu 'expect' tempat ni best...biasa-biasa je...permainan untuk kanak-kanak terhad sangat...main kuda je la...
 
 
 


GUA DI LOST WORLD 
Ni pun tarikan yang takde di tempat lain...Gua batu kapur asli yang dihias seperti rumah...

 
 

LOST WORLD TIN VALLEY 
Tempat orang mendulang timah..replika je kot...tapi yang best kat sini adalah pemandangan bukit dan batu kapur yang menenangkan...

 
 
 

LOST WORLD TIGER VALLEY
Kalau nak pengalaman yang menyeronokkan, tengok masa pertunjukan bagi makanan pukul 3.00 petang..melompat-lompat harimau tu ambik daging yang dicampakkan oleh petugas...

 

LOST WORLD SWAN LAKE
Seronok tengok swan tu landing atas ratusan ikan sambil berebut-rebut ambil makanan. Bila kayuh bot tu, cuba tengok kat bawah air, ha ha..ratusan ikan mengekori bot kami...



6 comments:

  1. yg mcm makan ikan tu swam betul ke?? erkk

    ReplyDelete
  2. salam, berapa cost bercuti kt situ? cost menginap dn entrance smua tmpat2 kat situ. t.q

    ReplyDelete
  3. terbaik la...bnyak info dpt..teruskan d tempat lain juga

    ReplyDelete
  4. Mmg best.x rugi bw anak2 ke sana.soal penginapan,bg yg berkeluarga besar lebih praktikal menginap di homestay berdekatan..

    ReplyDelete
  5. Thanks untuk info. Insyallah eaok nak perfi bolwh jadikan guide. Harap bestlah. Kolam air panas tu menarik.

    Ikuti blog saya juga:
    healthyglowing13.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Hallo para pecinta poker online nih aku mau kenalin agen poker online terbaik DNAPOKER
    Hanya Dengan Minimal Deposit Rp 10.000,- kamu Sudah Bisa Menikmati Semua Permainan Dalam 1 user id loh .
    * POKER
    * BANDAR CEME
    * BLACKJACK
    * SUPER TEN
    * DOMINOQQ
    * CAPSA SUSUN
    * CEME KELILING

    Dapatkan juga bonus-bonus menarik dari kami yaitu :
    - Bonus new member 30%
    - Bonus Deposit Harian 10%
    - Bonus TurnOver mingguan Up To 0.5%
    - Bonus TurnOver Bulanan Up To 0.5%
    - Bonus Refferal Seumur Hidup

    Jadi tunggu apalagi, Ayo bergabung dan Download aplikasinya sekarang juga di hp kamu.

    Link Altenatif kami :
    www.dnapoker.co
    www.dnapkr.net
    www.dnapkr.com

    WA : +85586392773
    Line : dnapoker
    Wechat : dnapoker
    BBM : E33FF559

    ReplyDelete