26 April, 2013

PASAR PAYANG, KUALA TERENGGANU ; Ikon yang bakal dirobohkan....

FEBRUARI 2013

Difahamkan, Pasar Payang sebagai ikon Terengganu ni sedang dan bakal dirobohkan untuk digantikan dengan pasar baru berhawa dingin 4 tingkat berkos RM 400 juta. Turut bakal dibina di tapak Pasar Payang ni ialah Hotel 5 bintang dengan 23 tingkat, 550 bilik dan apartment setinggi 30 tingkat. Projek ni dijangka berjalan pada hujung tahun 2013. Nanti semua peniaga Pasar Payang yang terlibat akan diletakkan sementara waktu di Taman Warisan.Ada yang menyokong dan ramai gak yang menentang.Kita tengok la apa berlaku nanti. 

Sebenarnya, sejarah kawasan Pasar Payang ni cukup klasik. Diceritakan, kemungkinan kisahnya bermula sejak tahun 1836 lagi.  

Bila pelancong datang Terengganu, mesti terfikir untuk pergi Pasar Payang yang cukup tradisional, penuh keaslian dari segi budaya, adat, keunikan dan kesepakatan masyarakat Terengganu. Tapi tak tau la, apabila betul-betul dirobohkan nanti, adakah masih mampu mengekalkan trademarknya.

Produk yang dijual, masih lagi mengekalkan keeksotikan dan keklasikan tersendiri yang mencerminkan budaya Terengganu. Pelbagai barang ada dijual. Telur penyu, produk tembaga, emas & perak, kain songket, baju/kain batik, makanan tradisional Terengganu dan barang-barang basah pun ada. Kadang-kadang terfikir gak, boleh dapat untung ke peniaga-peniaga ni. Sebabnya, terdapat berpuluh-puluh dan mungkin lebih 50 kedai yang menjual kain dan baju batik yang sama. Mungkin berpuluh atau berbelas kedai emas yang sama, kedai kuih yang sama, kedai keropok lekor yang sama dan macam-macam lagi kedai yang sama. Wow, memang hebat la kefahaman tentang rezeki peniaga-peniaga kat sini. Kesepakatan, kesefahaman dan kerjasamanya agak tinggi. Dengki-dengki sesama sendiri ni kurang kot kat sini.Kadang-kadang tu, bila barang yang kita nak takde kat kedai, peniaga ni siap cadangkan pergi kedai sebelah lagi.Nak dapatkan harga yang terbaik, kena pandai tawar-menawar terutama kalau nak beli kain dan baju batik.

Sebenarnya, Pasar Payang ni nampak kotor la sikit, kemudian lorong-lorong jalan dalam Pasar Payang ni sempit. Bila ramai orang, memang sempit dan bersesak-sesak, berpeluh-peluh la jawabnya.
 
MELALUI JALAN DI KAMPUNG CINA [CHINA TOWN]

Kami saja nak lalu jalan di Kampung Cina ni yang penuh dengan sejarah lampau yang cukup hebat sejak abad ke 15 lagi dimana mengikut sejarahnya, pedagang dari negara China datang ke kawasan ini untuk berniaga. Ini membuktikan, sudah ada hubungan perdagangan yang erat antara kerajaan China dan Tanah Melayu sehinggakan utusan kerajaan Ming China iaitu Laksamana Zheng He [1405-1433] pernah datang ke Kuala Terengganu. Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Abdullah Munshi [seorang pelayar terkenal abad ke-19] bahawa kaum Cina pada zaman tersebut boleh bercakap bahasa Melayu Terengganu.
 
 

 KUALA TERENGGANU WATERFRONT
Di sebelah Pasar Payang, kerajaan Terengganu telah membina tarikan taman awam dinamakan Waterfront Kuala Terengganu di tebing Sungai Terengganu. Menarik gak suasana di kawasan ni. Kami parking kereta kat sini je untuk masuk pintu belakang Pasar Payang. Kalau masa cuti, memang banyak pelancong-pelancong datang. Bas pelancong pun berderet tersadai kat tepi jalan Waterfront ni...


 
 
 
 
 

   MASA UNTUK BELI KAIN BATIK
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

KAT SINI PUN ADA MENJUAL PELBAGAI MAKANAN TRADISIONAL TERENGGANU

 

1 comment:

  1. In sya Allah... pasar payang tak jadi dirobohkan.. masih kekal warisan terengganu..

    ReplyDelete