29 September, 2015

TAMAN BURUNG PULAU PINANG: Disambut dengan Renungan Tajam si Burung Hantu...

SEPTEMBER 2O15

Taman Burung Pulau Pinang terletak di Seberang Jaya dan dekat dengan Lebuhraya PLUS dan pusat membeli belah Sunway Carnival. Taman burung seluas 5 ekar  ini antara tertua di Malaysia dan dibuka sejak tahun 1988 mempunyai lebih 300 spesis burung Malaysia dan seluruh dunia dan lebih 3000 ekor burung berterbangan bebas dan disangkarkan. Pengunjung juga boleh merasai burung berterbangan bebas dengan memasuki 2 sangkar gergasi. Disini kita boleh bagi makan burung dan rasai kejinakan burung comel pelbagai warna menghinggapi tangan dan jari kita.

Bukan sahaja burung malah ada macam-macam binatang dipamerkan seperti buaya, ular sawa, rusa, kura-kura dan ikan. Kat sini memang terasa suasana kehijauan dan terasa redup beratapkan rimbunan pokok. Lanskapnya masih ada yang menarik seperti air terjun. Cuma peralatan dan kemudahannya agak lama dan semakin rosak dan kurang penjagaan. Harga tiket dewasa RM 23 dan RM 13 kanak-kanak. Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi. Diaorang ada buat show pukul 3.30 petang, tapi tak sempat nak tengok.


 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment