02 September, 2017

KIDZOONA Aman Central Alor Setar : Taman Permainan Model Jepun

 OGOS 2017
Kidzoona yang menggunakan model Jepun telah diasaskan sejak tahun 2010 lagi. Setakat ni, ada 25 cawangan Kidzoona di KL, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Johor, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, kelantan dan Kedah. Kidzoona menawarkan permainan yang berkualiti tinggi dan selamat. Ibu bapa akan rasa seronok melihat anak-anak bermain pelbagai permainan yang interaktif. Sekarang, Kidzoona dah sampai di Kedah dan merupakan taman permainan dan hiburan kanak-kanak paling interaktif yang pertama di Kedah. Terletak di tingkat 4, Pusat Membeli Belah Aman Central, Alor setar Kedah.

Bayaran untuk kanak-kanak: RM 15 dan bayi percuma. Ibu bapa tak perlu bayar. Kita boleh keluar masuk bila-bila masa, hanya bayar sekali je. Kalau datang lewat, rugi le. Cuma kena sediakan stokin siap-siap, kalau tak, kena beli le jawabnye. Dibuka bermula jam 10 pagi hingga 9.30 malam.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment