13 June, 2011

I-CITY SHAH ALAM SELANGOR : Bandar Cahaya Digital Terindah di Malaysia...

JUN 2011

Seolah-olah berada dalam dunia fantasi...pokok-pokok alpine dan pokok ru memancarkan cahaya kemerahan, kebiruan, keorenan dan kemerahjambuan menemani setiap perjalanan....buah-buahan cahaya LED bergantungan di dahan-dahan pokok buatan yang berkilauan...haiwan-haiwan LED mengerlipkan pelbagai cahaya menambahkan kecomelan...Sayur-sayuran dan kaktus gergasi memancarkan cahaya kehijauan yang mengasyikan mata memandang...pokok-pokok renek bongsai mencahaya pelbagai warna pelangi mengindahkan lagi sekitar taman...Apa lagi saya nak kata...'speechless'..datang sendiri seksyen 7, Shah Alam dan saksikan sendiri LED 28.8 hektar di sekitar City Walk dan City Park.Nak masuk kawasan I-City kena bayar RM10 satu kereta...
Gambar ihsan kawan saya, Mior yang ada label 1001 kenangan
City Walk adalah kawasan pejalan kaki yang mengambil model Clarke Quay, Singapura.Kat sini ada gak pejalan kaki pusat membeli belah sepanjang 400 meter yang mengambil model Universal CityWalk Los Angeles, Amerika dengan menggambarkan suasana perarakan Mardi Gras dengan diiringi pertunjukan cahaya dan bunyi. Kat City Park pulak kita boleh menikmati keindahan cahaya berwarna-warni ditemani pelbagai jenis haiwan LED seperti harimau, bangau, rusa, lembu, zirafah dan sebagainya.















BUKIT BENDERA PULAU PINANG : Pemandangan Georgetown, Tumbuhan Hijau, Kesejukan Subuh 10 darjah Celcius, Banglow 100 Tahun, Keretapi Kayu, Balai Polis 1929.........Suasana 1920-an

JUN 2011

APA YANG MENARIK PERHATIAN SAYA TENTANG BUKIT BENDERA :

  • Saya rasa ada 2 perkara je, kenapa ramai pelancong suka pergi Bukit Bendera. Satu, PENGALAMAN NAIK KERETAPI. Dua, TENGOK PEMANDANGAN PULAU PINANG DARI ATAS BUKIT. Lain-lain, takde ape pun... 
  • Harga tiket berpatutan RM 8 je untuk dewasa
  • Keretapi generasi ketiga buatan switzerland. Moden, ada pendingin udara, sejam boleh menampung 1000 orang, paling cepat sampai 3 minit, paling lambat 5 minit. Sekarang dah tak yah berebut-rebut dan beratur panjang seperti zaman dulu. Satu 'train' boleh muat lebih 100 orang dalam satu masa.Zaman dulu, masa 1899, keretapi hanya guna kuasa wap dan kuasa jentera roda daripada empangan dan boleh masuk 10 orang sahaja. Pastu keretapi generasi kedua bermula tahun 1977 dengan muatan sehingga 80 orang dan mengambil masa sehingga 15 minit perjalanan.
  • Dengan ketinggian 830 meter, Bukit Bendera menawarkan pemandangan yang cukup menenangkan. Kita boleh lihat satu bandar Georgetown, Jambatan Pulau Pinang, Lautan dan 'of course' tumbuhan hijau.Kawasan ni memang dibiarkan untuk tidak dibuat pembangunan bagi mengekalkan sifat semulajadinya.Kalau dapat bermalam kat sini memang syok dan sejuk sebab kesejukan boleh mencapai sehingga 10 darjah celcius.
  • Kat sini semua banglo berusia lebih 100 tahun. Banglo ni berpenghuni dan sangat klasik seperti zaman Inggeris. Kalau jual boleh mencapai puluhan juta.Kalau nak sewa satu malam RM 700-RM 800.Balai Polis kat sini pun dibina tahun 1929.
  • Ikut sejarahnya Bukit Bendera ni dibangunkan oleh Franchis Light bermula 1890an bagi tujuan membuat 'signal' kepada kapal-kapal. Dulu, kawasan ni terkenal dengan ladang strawbery. Sekarang dah takde. Tak tau la sebab apa.
  • Syok dapat naik teksi buggy. Satu buggy RM 30. Dia akan bawa kita jalan-jalan separuh bukit bendera. Syok...jimat tenaga..boleh tengok macam-macam banglo, pemandangan tepi-tepi bukit, bunga yang cantik-cantik dan tempat letak surat yang berusia lebih 50 tahun.
  • Ada pulak pertunjukan ular. Nak merasa peluk ular dan ambik gambar dengan ular sawa, kena la bayar...
ADA SATU JE PERKARA YANG SAYA HARAP TAK BERLAKU :
  • Terkandas di atas Bukit Bendera disebabkan keretapi rosak. Contohnya tahun 2009, 500 orang terkandas selama 4 jam. Sekarang ni, walaupun guna 'train' canggih masih berlaku kerosakan beberapa kali yang menyebabkan perkhidmatan terhenti.









Meronda naik buggy..siap ada penerangan lagi tu daripada driver

Cantik bunga ni..mekar sehingga 3 bulan dihadapan banglow berusia lebih 100 thn


Kereta generasi pertama tahun 1900 an. Pakai kayu je...



12 June, 2011

TOY MUSEUM PULAU PINANG : Ini lah Dunia Imaginasi Kartun Kanak-Kanak.....Daripada Secantik-Cantik Patung Sehingga lah ke Sehodoh-Hodoh Patung...

JUN 2011

Wow banyaknya patung. Bayar RM 15 dewasa dan RM 10 kanak-kanak, pastu rasai la pengalaman berada dalam muzium yang dianggap antara terbesar di dunia dan diiktiraf oleh 'Malaysian Book of Records' sebagai muzium patung pertama di Malaysia dengan jumlah koleksi patung terbesar. Koleksi patung ni dipamerkan dalam rak-rak ditutupi kaca, 'so' jangan harap la dapat sentuh ye. Kat sini tempat pameran dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya :Chamber of Horror, Chamber of Monsters, Chamber of Fantasy, Chamber of Comic Book Heroes, Cave of Dinosaurs, Fields of Combat, Hall of Virtual Reality, Hall of Rock Legends, Hall of Celebrities, Halls of Cartoons, Hall of Beauties, Star Wars Collections.Tempatnya takde la besar sangat, sekitar 650 meter persegi. Kalau rasa bosan 15 minit dah boleh 'cover' semua tempat.

Nak cerita sikit latar belakang Muzium Patung ni. Pemiliknya bernama Loh Lean Cheng. Beliau mula teruja mengumpul koleksi patung selepas melawat Muzium Patung di London ketika berumur 19 tahun.Koleksi patung pertama yang dibeli ialah patung popeye seberat 0.5 pound pada tahun 1973. Beliau mengembara satu dunia untuk mendapatkan patung-patung yang berkualiti dan jenis 'limited edition'. Patung paling mahal berharga RM 9,000 iaitu patung Gumdam Robot dengan ketinggian 1.8m daripada Jepun.Kalau budak-budak mesti suka tempat ni dan menjadi inspirasi dunia imaginasi kanak-kanak. Kalau mak-bapak budak dapat mengembalikan nostalgia kartun dan imaginasi zaman kanak-kanak dulu.Dan siap sedia la lepas ni, kalau anak-anak kita nampak permainan kat kedai, mengamuk la diaorang kalau kita tak belikan....