02 February, 2020

SKYTREX LANGKAWI : Menempuh Halangan Ekstrim di dalam Kehijauan Hutan

JANUARI 2020
Ikuti pengalaman kami di bawah & sila SUBSCRIBE ye....



Lokasinya di  Jalan Teluk Yu, Kampung Kok.  Dibuka setiap hari dan paling mudah buat tempahan secara online kerana ada diskaun. 

😎 Pakej, boleh pilih : Island Extreme(Advanced) , Eagle Thrill (Intermediate) atau Little Legend (Beginner) . Kami ambik pakej Island Extreme sebab nak kepuasan yang maksimum.

😎 Harga tahun 2020 : 
  • Little Legend : Published (RM 79)  Online (RM 60)
  • Eagle Thrill    : Published (RM 89) Online (RM 70)
  • Island Extreme : Published (RM 99) Online (RM 80)
😎Cabaran Setiap Pakej :
  • Little Legend : Lebih kurang 25 halangan seperti flying fox, pipe bridge, cable walk, flying swing, U rope, net bridge, walking pipe, wood bridge dan banyak lagi. Tempoh masa sekitar 2 jam.
  • Eagle Thrill : Lebih kurang 30 halangan. Flying fox pun ada 10 cabaran. Lain-lain tu seperti tunnel, zig-zag bridge, plank bridge, ladder up dan sebagainya. Tempoh masa sekitar 2.5 - 3 jam.
  • Island Extreme : Ada lebih kurang 34 halangan. Ada 15 flying fox. Lain-lain cabaran seperti charlie chaplin, sailor board, X bridge, double line walking, ladder up dan banyak lagi. Tempoh masa sekitar 2.5 - 3 jam.
😎 Boleh pilih slot : 9.00 pagi , 10.30 pagi, 12.00 tengahari, 1.30 tengahari atau 3.00 petang. Biasanya setiap slot diaorang hadkan kepada 15 orang sahaja.

😎 Syarat : Kalau ikutkan syarat Skytrex, berat melebihi 100 kg dan ketinggian kurang 140 cm adalah tidak dibenarkan mengikuti aktiviti Skytrex. Jika ambil pakej Little Legend ketinggian minimum 110 cm. Kalau bawa kanak-kanak 12 tahun ke bawah kena ditemani orang dewasa.

😎 Kalau nak beli tambahan melalui tempahan online : Sarung tangan (RM 10), Mineral Water (RM 4), Bottle Holder (RM 15). Kalau nak jimat bawa sendiri je air minuman dan sarung tangan. Saya rasa macam leceh pulak pakai sarung tangan ni, so saya tak pakai pun. Terpulang.

😎 Kemudahan lain : Parking luas, tandas, bilik persalinan, surau, sewa loker (antara RM 3 - RM 5), kedai menjual air minuman dan barangan Skytrex. Kalau nak sijil boleh bayar RM 5

😎 Pakaian : Kena pakaian sukan dan berkasut. 
Boleh hubungi : 019-2805679 atau 013-2769841


😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍

Keunikan Skytrex Langkawi menawarkan pemandangan kehijauan hutan yang indah. Pemandangan sekeliling Gunung Machinchang juga menakjubkan. Pokok hutan dengan rimbunan dahan yang tebal memberi keredupan yang menenangkan ditambah dengan angin gunung yang bertiup sepoi-sepoi setiap kali menerjah apabila melakukan aktiviti Skytrex cukup mendamaikan. 
 
 
Setelah mengisi borang, kami diberi topi keledar dan peralatan keselamatan. Kemudian kami diberi taklimat keselamatan dan demonstrasi bagaimana menggunakan peralatan aktiviti yang disediakan.Semuanya kena buat sendiri dan Instructor hanya memantau sahaja. 
 
 
 

 
 
 
Memang ada aktiviti yang menyukarkan sesetengah peserta. Team kami pun ada yang tak larat terutama masa naik tangga tinggi, panjat pokok. Kalau tak larat, biasanya kita akan skip aktiviti tersebut kemuadian nanti ada la instructor yang akan bawa ke aktiviti seterusnya. Dah alang-alang datang Langkawi ni, biar kita buat ekstrim terus. Kalau ekstrim ni, halangannya banyak, hampir 35 halangan. Pastu, flying fox je ada dekat 15.

 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
Selain daripada bersatu dengan alam, halangan Skytrex yang disediakan menyebabkan ada masanya kami perlu memanjat, terbang, berayun, meluncur, berjalan, bergayut, duduk, berbaring dan macam-macam position lagi. Dah namanya halangan, memang perlu ketahanan fizikal, kekuatan jiwa yang kuat dan kesabaran emosi. Memang ada halangan yang memenatkan dan menyebabkan berpeluh dibuatnya. Ketakutan pada ketinggian pun bermasalah gak ni. Jangan bimbang, lawan je perasaan tu, selagi kita pakai tali keselamatan yang dijamin piawaian antarabangsa, InshaAllah semua selamat. Jom, kita cabar diri anda....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment