14 SEPTEMBER 2013

PELAYARAN SEKITAR TASIK PUTRAJAYA
Tahun ni, kami nak tengok bunga api dengan cara yang berbeza iaitu naik cruise di Jeti Putra ,Percint 1, sebelah Masjid Putrajaya je. Saya tempah cruise melalui online untuk pakej khas menyaksikan bunga api di Tasik Putrajaya. Rasanya kena bayar RM 130 untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak 5 tahun. Bawah 3 tahun free. Pukul 9.30 malam kami pun menaiki cruise dan dapat la air mineral cup dan kacang sebungkus. Cukup selesa cruise ni, ada aircondition, 'layout'nya luas dengan susunan kerusi yang kemas.Kalau rasa nak kepuasan, boleh naik atas 'deck' sambil menikmati deruan angin Putrajaya.
Memang cantik pemandangan putrajaya pada waktu malam. Pastu dengan cuaca yang elok dan terbuai-buai pulak dengan angin sejuk. Penuh dengan kelipan dan warna-warni neon ditambah kerlipan bintang-bintang yang mencantikkan langit Putrajaya.Di tepi-tepi tasik memang ramai penonton duduk dengan cukup teruja menantikan persembahan.
PERTUNJUKKAN BUNGA API
9.50 malam, cruise kami pun betul-betul berhenti berhadapan dengan pertunjukkan bunga api. Tepat jam 10.00 malam, bermula lah ratusan dentuman bunga api yang memecahkan langit Putrajaya dengan memercikkan jutaan kerlipan dan cahaya warna-warni yang cukup-cukup mengujakan. Diiringi pulak muzik sentimental yang menambahkan lagi kehebatan tarian bunga api di angkasa, mengasyikkan lagi mod kegembiraan, keriangan dari alunan irama bunga api. Memang rasa tak cukup persembahan hampir 25 minit, namun saya rasa berbaloi la datang jauh-jauh 500 km dari Kuala Nerang Kedah.
No comments:
Post a Comment