06 January, 2011

BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT PART 1 : Taman Air yang Berpulaukan Orang Utan....

DISEMBER 2010

BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT.

Bukit Merah mempunyai tarikan dan keunikan tersendiri berbanding Taman Tema lain. Bukit Merah bukan sekadar mandi sahaja tapi banyak lagi tempat-tempat yang anda perlu 'explore'.

KEUNIKAN BUKIT MERAH

Dulu Bukit Merah adalah 'eco-tourism' terkenal di kawasan negeri Utara.Sekarang ni tak tau la. dah ada pesaing...Mudah nak pergi. Ikut 'highway' Plus Utara dan keluar ikut Bukit Merah . Dikelilingi kehijauan tumbuh-tumbuhan dan tasik seluas 7000 ekar.Kat sini ada hotel, resort dan kampung chalet atas tasik dan boleh 'camping'.

1)PULAU ORANG UTAN

Semasa dibuka tahun 2000, Pulau Orang Utan diiktiraf sebagai Pertama Di Dunia 'Orang Utan's Natural Rainforest Habitat'.Hutan di sini memang di 'design' khas untuk kehidupan Orang Utan yang boleh hidup bebas. Siap dengan makmal penyelidikan yang sangat lengkap, ada pulak sekolah yang dibina khas untuk pembelajaran Orang Utan, Ada jugak ditunjukkan tempat Orang Utan beranak, 'Nursery' atau pusat penjagaan Orang Utan pun ada, boleh la tengok 'baby' Orang Utan sedang minum susu dengan pakai pampers jenama Fitti sambil main kereta mainan. Kat sini gak ada tempat khas untuk kita melihat secara dekat telatah Orang Utan kat hutan sambil bergayut dan makan pisang dan papaya.Nak tengok video pun boleh. Masa awal-awal dulu ada 3 ekor je sekarang dah lebih 23 ekor. 12 ekor lahir kat Bukit Merah.
 

 

 

 
 


Saya rasa nak tengok Orang Utan di Bukit Merah lebih puas berbanding kita tengok kat Sarawak.


2)CHAIRLIFT

Kat Sunway Lagoon pun takde. Hanya ada kat Bukit Merah. Duduk kat kerusi dan saksikan pemandangan 'Waterpark' setinggi 600 meter

 

3) SKYCYCLE

Biasa kayuh dengan kaki tapi naik Skycycle guna tangan. Memang meletihkan dan melengohkan. Kita akan merentasi sedikit tepi tasik dan Eco-Park. Bagi saya kurang berbaloi naik benda ni berbanding dengan harganya RM 6.00. Tapi kalau nak 'new experince'...belasah je naik...

 

 
4) ECO-PARK

Kat sini kita boleh lihat haiwan jinak daripada dekat dan boleh sentuh pulak tu. Macam Petting Zoo  kat Sunway Lagoon. Kat Sunway lagi dasyat, kat sini biasa-biasa je...Jangan terkejut, tiba-tiba burung Merak yang besar dan berwarna-warni terbang atas kepala kita dan 'landing' kat depan kita.
 


Waterpark Combo Package
Termasuk Waterpark, Eco Park, Orang Utan Island, Chairlift atau Skycycle.

Dewasa
Kanak-Kanak
Kanak-kanak (bawah 90cm)
RM65.00
RM55.00
Percuma
Dibuka :
Isnin - Jumaat
Sabtu - Ahad
12:00noon-7:00pm
10:00am-7:00pm
Selasa ditutup kecuali Cuti Sekolah dan Cuti Umum
 

No comments:

Post a Comment