15 September, 2013

MUZIUM LILIN / WAX MUSEUM i-CITY SHAH ALAM : Permaidani Merah untuk Saksikan 100 Ikon dan Selebriti Dunia...

September 2013
 
Bila Malaysia dah ada Muzium Lilin (Wax Museum) di i-city Shah Alam, rasa teruja pulak nak tengok, apa hebatnya patung lilin ni. Jadi, tak perlu la pergi muzium lilin Madame Tussauds yang terkenal di dunia atau muzium lilin di California, Texas, New York, Washington, Hollywood, Louisiana, London, Canada, Dublin atau India. Bayarannya, boleh tahan mahal. Saya ambil pakej keluarga RM180 dengan 2 dewasa dan kanak-kanak 5 tahun. 

 

Saya cuba kongsikan perkara-perkara menarik di Muzium Lilin berharga RM 25 juta yang luasnya 30,000 kaki persegi :
  • Muzium ni berkonsepkan interaktif dan pertama di Malaysia. Jadi, boleh pegang-pegang, boleh ambik gambar, boleh guna peralatan yang disediakan, boleh pakai 'costume' yang disediakan.
  • Ada lebih 100 patung lilin yang melibatkan  patung ikon dunia, selebriti, bintang sukan, bintang kafe, buku rekod dunia dan interaktif. Contohnya patung Mandela, Tunku Abdul Rahman, Obama, Putin, Bill Gates, Mr. Bean, Michael Jackson, Psy, Lee Chong Wei, Peter Schumacher, Brad Pitt, James Bond, Rambo, Bruce Lee, Jet Lee, Jackie Chan, Angelina Jolie, lelaki paling tinggi, lelaki berleher panjang dan banyak lagi. Ala...rupa-rupanya ada patung yang muka je yang lilin, badan lain guna bahan lain. Difahamkan ada dekat 10 patung lilin seperti Michael Jackson, Psy dan Tuanku Abdul Rahman yang direka boleh menyanyi, menari dan bergerak-gerak
  • Uniknya, muzium ini bertemakan permaidani merah dan suasana santai, seolah-olah berada di anugerah Oscar.
  • Saiz badan dan keirasan muka, boleh la dikatakan hampir-hampir sama. Tapi muka Chong Wei macam tak menjadi je.
  • Tukang ukirnya dari China, Zhongshan City Elephant Sculpture Art Co-Ltd (ZCESA) yang menggunakan teknologi revolusioner dengan campuran lilin, risen dan silikon yang mengambil masa 4-5 bulan untuk siap. Setiap patung tersebut berjangka hayat sehingga 20 tahun. Pengarah Rekabentuk Kreatif tempat ni pulak bernama Bernardo Munoz yang pernah terlibat dengan projek 'The Lost City', 'Dubailand', 'Disney Pixar', 'Universal Studios', 'Stargate' dan 'Sega Republic
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sebelum nak masuk Muzium Lilin ni kena fikir betul-betul sebab takut nanti ada 'perasaan tak berbaloi' bila masuk sebab harganya boleh tahan mahal. Kalau tujuan nak mengayakan pengalaman dan menambahkan pengetahuan, boleh la masuk dengan hati yang tenang, 'so' takde la merungut bila keluar muzium nanti...Kalau nak seronok-seronok, rasanya ini bukan tempat yang sesuai.  

1 comment:

  1. Hallo para pecinta poker online nih aku mau kenalin agen poker online terbaik DNAPOKER
    Hanya Dengan Minimal Deposit Rp 10.000,- kamu Sudah Bisa Menikmati Semua Permainan Dalam 1 user id loh .
    * POKER
    * BANDAR CEME
    * BLACKJACK
    * SUPER TEN
    * DOMINOQQ
    * CAPSA SUSUN
    * CEME KELILING

    Dapatkan juga bonus-bonus menarik dari kami yaitu :
    - Bonus new member 30%
    - Bonus Deposit Harian 10%
    - Bonus TurnOver mingguan Up To 0.5%
    - Bonus TurnOver Bulanan Up To 0.5%
    - Bonus Refferal Seumur Hidup

    Jadi tunggu apalagi, Ayo bergabung dan Download aplikasinya sekarang juga di hp kamu.

    Link Altenatif kami :
    www.dnapoker.co
    www.dnapkr.net
    www.dnapkr.com

    WA : +85586392773
    Line : dnapoker
    Wechat : dnapoker
    BBM : E33FF559

    ReplyDelete