02 January, 2014

THE MINES : Menjejak Peninggalan Mines Wonderland....

Disember 2013 
MINES WONDERLAND telah ditutup sejak SEPTEMBER 2011 lagi disebabkan masalah kos. Dulu tempat ni cukup meriah dan menyeronokkan sebab ada rumah salji, zoo mini, pertunjukkan laser, permainan, boat cruise dan sebagainya. Senang cerita macam i-CITY Shah Alam. Tetapi sekarang, semuanya dah jadi kenangan dan sejarah. Yang tinggal hanya SEMAK SAMUN, LALANG, RUMPUT dan LUMUT. Namun begitu, masih ada tarikan yang bertahan sehingga hari ini iaitu BOAT CRUISE (10.00 pagi - 9.00 malam) dan WAWA SPLASH TOUR (11.30 pagi - 6.30 petang)

BOAT CRUISE THE MINES
Lokasinya di dalam Shopping Mall The Mines. Tingkat paling bawah sekali dekat dengan McDonald dan tempat makan.Pilih la mana-mana pakej di bawah dan kemudian rasai pengalaman berada di Tasik Mines yang merupakan bekas lombong sedalam 200 meter hampir separuh ketinggian KLCC. Banyak gak cerita misteri di Tasik Mines ni samaada dibuktikan atau tiada bukti. Ada yang kata pernah jumpa buaya, ada yang pernah menyelam dan jumpa benda ANEH, ada yang mendakwa pernah dapat ikan sepanjang 8 meter. Sejarahnya pun agak misteri. Ada yang kata, pada masa dulu semasa tengah korek pasir di tasik ni, disebabkan terlalu dalam sehingga keluar air mata air yang banyak menyebabkan semua jentera tenggelam dan ada yang mati.

Ada 3 pakej yang disediakan:
1) Amazing Cruise : Dewasa RM 33, kanak-kanak : RM 24 - Kita akan menyusuri keseluruhan tasik Mines Utara & Selatan dengan jangka masa 1 jam.

2) Discovery Cruise : Dewasa RM 27, kanak-kanak RM 20 - Kita akan menyusuri tasik dari Jeti Mines ke bahagian utara tasik sahaja dengan mengambil masa 40 minit.

3) Greenery Cruise : Dewasa RM 22, kanak-kanak RM 17 - Saya dan keluarga memilih pakej ni sebab murah. Dari Jeti Mines kami menyusuri Tasik di bahagian Selatan. Perjalanan mengambil masa 20 minit je.Kami menaiki bot waktu malam, boleh la nampak 2 ekor angsa sedang berenang, suasana di tebing hotel Mines dan burung-burung bangau yang sedang bertenggek di ranting kayu. Bot kami, ada juga berhenti depan mahligai mewah bos The Mines iaitu Tan Sri Lee Kim Yew dan satu lagi mahligai dengan bot mewahnya milik bekas Menteri Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

 
 
 

 
 
 
 
 

4 comments:

  1. Hey there, nak tanya tempat ni buka lagi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hey there too..tmpt ni dh TUTUP (sbb tikus bnyk kencing)

      Delete
  2. bukak lagi..makin cantik mines skarang..saya duduk di the mines..yg terbaru ni dye buat mcm pesta lampu..best..

    ReplyDelete
  3. lepas dgr byk cerita seram dlu2 tentang tmpt ni rase tkot plak nk pergi...sblom ni rileks je pergi hm...

    ReplyDelete