27 April, 2013

SINGAPURA : SONG OF THE SEA...Satu-Satunya di Dunia, Persembahan Multimedia di Laut..

17 April 2013

Kami menaiki keretapi MRT dari Universal Studio Singapore ke Pulau Sentosa. Perjalanan lebih kurang 8 minit je. Kami membeli tiket untuk menyaksikan Song Of The Sea berharga SGD 10. Tepat jam 7.30 petang, kami pun berjalan menuju ke Siloso Beach [lokasi persembahan] di tepi pantai bersama-sama lebih 2,000 orang yang menyaksikan dan duduk di deretan kerusi yang disediakan. Prob persembahannya cukup hebat. Ada deretan rumah di pantai dengan suasana malam yang cukup indah, bulan dan bintang berkelipan mencantikkan lagi suasana kemudian sekumpulan remaja menyanyi dan menari di tepi pantai. Persembahan bermula tepat jam 7.40 malam dan tamat lebih kurang 20 minit. Tak boleh nak kata apa..memang persembahan yang cukup hebat dengan gabungan sinaran laser, semburan jet air setinggi 40 meter, percikan bunga api, animasi komputer, letupan api, kerancakkan lagunya, pencahayaan lampunya, sistem bunyi, penggunaan teknologi pyrotechnics dan gabungan alam semulajadi waktu malam yang cukup hebat dan sempurna.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

2 comments: