FEBRUARI 2012
Setiap kali melalui Jambatan Pulau Pinang ke Pulau Pinang, pasti kita akan melihat sebuah pulau disebelah kiri. Itu la PULAU JEREJAK yang luasnya hanya 362 hektar. Sejarahnya bermula sejak 1786 lagi dimana Franchais Light dikatakan singgah ke Pulau Jerejak terlebih dahulu sebelum menuju ke Pulau Pinang.Pada tahun 1910, pulau ini dijadikan sebagai pusat pemeriksaan kesihatan dan kuarantin kepada pendatang sebelum masuk ke Pulau Pinang. Dengar cerita, ada tugu peringatan kat sini yang dibina pada tahun 1914 sebagai memperingati 2 orang anak kapal tentera Rusia yang maut dalam pertempuran. Selepas Perang Dunia ke-2, penyakit batuk kering semakin menjadi-menjadi yang menyebabkan penempatan khas dibina di pulau ini.Pada tahun 1930-an, Hospital Kusta pula dibina di Pulau Jerejak. Akhirnya, pada tahun 1969, sebuah penjara yang menempatkan penjenayah dan banduan buang negeri. Penjara ini telah ditutup secara rasminya pada tahun 1993. Jadi kesimpulannya, Pulau Jerejak mempunyai sentimental value nya tersendiri iaitu penyakit dan banduan.
JETI JEREJAK
Kami menaiki feri kecil pada pukul 5.30 petang. Sepanjang perjalanan, kita boleh saksikan pemandangan yang menarik seperti Jambatan Pulau Pinang, Queensbay dan bangunan berhampiran.
JEREJAK RAINFOREST RESORT
Ini lah satu-satunya resort yang ada di Pulau Jerejak yang dibuka pada tahun 2004. Asalnya, kawasan resort ini adalah Pusat Rawatan Kusta. Kalau hari cuti, biliknya boleh mencecah sehingga RM300++, hari biasa sekitar RM 200++. Kat sini macam-macam ada, kita boleh terjun swimming pool, tracking, berbasikal, naik ATV, buat seminar, tengok mini jambatan gantung, tengok kesan peninggalan penjara, tempat permainan kanak-kanak,main bola pantai, main paintball, memanah dan BBQ tepi laut....
PRISON TRAIL
Ekspedisi Prison Trail boleh menaiki basikal, kenderaan ATV atau berjalan kaki. Kalau nak guna basikal, bayar RM 10 je untuk satu jam. Memang betul-betul kecewa la. Semua peninggalan sejarah seperti bangunan penjara, pusat tahanan bawah tanah, bangunan warden, tanah perkuburan Rusia, 500 kubur pesakit kusta dan jeti asal semuanya dah jahanam, terbiar, dijadikan kawasan longgokan sampah, semak samun dan banyak yang dah roboh. Jalan pun banyak dah rosak sebab digunakan oleh lori untuk membuat tangki air dan projek pembangunan lain. Kecewa...kecewa...kecewa...Semasa berbasikal terasa gak ada gangguan jin/syaitan. Terutama di kawasan bangunan lama. Meremang gak bulu roma.
GAMBAR DI BAWAH : Tempat ni dah jadi trafik kapal terbang pulak....syok tengok...
jalan2 sini. nak cari maklumat pasal pulau jerejak. hidup lagi blog ni. heheheh. Alhamdulillah. teruskan menulis dan berkongsi :)
ReplyDeleteThank you for the info!
ReplyDeletekalo nak ke jerejak island tu nak naik boat dkt mana ya. berapa rm perhead atau kira per trip
ReplyDeletekena pegi Jeti Pulau Jerejak...Dekat dengan jambatan pulau pinang...sebelum Quensbay.boleh check google map atau waze..dulu RM 10 seorang...sekarang tak pasti
Deletesekarang still beeroperasi or dh tutup
ReplyDeleteMasih beroperasi dengan owner yang baru
ReplyDeleteSekarang masih beroperasi... tiket rm20 seorang
ReplyDelete