15 April, 2011

SATE KAJANG HJ SAMURI ; Teringin nak makan sate rusa dan arnab....


Februari 2011


FAKTA MENARIK SATE KAJANG HJ SAMURI


Sejarah awal, Sate Kajang diasaskan oleh Haji Tasnim Sakiban sejak tahun 1960an.Samuri belajar membuat sate dari pengasas sate kajang iaitu Haji Tasmin ketika itu menumpang di rumah Haji Tasmin. Samuri membantu Haji Tasmin setiap hari selepas habis waktu sekolah sehingga menamatkan zaman persekolahan pada 1963. Pada waktu itu, mengambil keputusan untuk membantu Haji Tasmin sepenuh masa sebelum mendapat pekerjaan.Bekerja dengan Telekom pada tahun 1965, Samuri masih lagi menolong Haji Tasmin berniaga. Sehingga tahun 1987, Samuri mengambil keputusan untuk berhenti kerja walaupun ketika itu bergaji lumayan, untuk menumpukan perhatian sepenuh masa kepada perniagaan sate ini.Pada 1992, atas idea serta desakan anaknya dan pengalaman yang ada, Samuri membuat keputusan untuk membuka sendiri perniagaan sate dengan menggunakan nama Sate Kajang Haji Samuri

Nama pemilik sebenar ialah Tuan Haji Samuri Haji Juraimi. Jenama ini mudah untuk dikenali.Modal permulaan antara RM18,000 hingga RM30,000 untuk membina satu gerai. Samuri memulakan perniagaan di gerai No. 5 di Medan Sate Kajang yang diambil alih dari seorang tauke Cina yang menjual air tebu. Sekarang ni dah ada lebih 20 cawangan seluruh Malaysia.Dah ada 3 kilang untuk keluarkan sate.Paling produktif kilang RM2 jutadi Sungai Ramal Dalam Kajang yang mengeluarkan sate dan kuah secara manual.
 Jumlah pekerja hampir 600 orang yang akan menjalankan kerja-kerja mencampur ramuan, mencucuk, membakar serta pelayan restoran. Setiap hari sebanyak 100,000 hingga 130,000 cucuk sate dihasilkan terdiri daripada ayam, daging, hati, perut, ikan, kambing, arnab dan rusa.

Samuri mempunyai pendekatan sendiri. Dia membuat kajian untuk mengetahui cita rasa pelanggan, apa yang suka dan apa yang tidak disukai. Jika kebanyakan gerai sate dibuka pada pukul 12 tengahari, Samuri akan membuka seawal 9.30 pagi.Di samping itu, Samuri akan mempastikan bekalan tidak berkurangan, jadi jika ada pelanggan yang datang sehingga lewat malam pasti tidak akan kecewa.Trademarknya “Sate Kajang Haji Samuri, Untuk Rasa Sate Kajang Yang Sebenar”.


CAWANGAN:Bangunan Datuk Nazir, Kajang, Selangor Darul Ehsan, Bandar Baru Bangi, Kajang, Selangor Darul Ehsan, In front of Metro Kajang, Kajang, Selangor Darul Ehsan, R&R Awan Besar, Shah Alam Expressway (Kesas), Kuala Lumpur, R&R Kinrara, Shah Alam Expressway (Kesas), Kuala Lumpur, R&R Sungai Buloh Overhead Bridge Restaurant, North-South Expressway Northern Route, Selangor Darul Ehsan, R&R Dengkil, North-South Expressway Central Link, Selangor Darul Ehsan (Both bound), R&R Elmina, Guthrie Corridor Expressway, Selangor Darul Ehsan (north bound), Uptown, Damansara Utama, Selangor Darul Ehsan, Taipan USJ, UEP Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Precinct 16, Putrajaya, Taman Melati, Ulu Kelang, Selangor Darul Ehsan, Aked MARA, Bngunan MARA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor Darul Ehsan, Kompleks PKNS, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Giant, Senawang, Negeri Sembilan Darul Khusus, Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus, Medan Ipoh Bestari, Ipoh, Perak Darul Ridzuan


4 comments:

  1. abg , saya nak copy .
    sbb nak jadikan bahan sumber untuk kerja kursus PMR . maaf ye ..

    ReplyDelete
  2. Thank You for ur information!!It's nice ... :)

    ReplyDelete
  3. Nak makan sate sedap pergi johor bukan hj. samsuri. langsung tak sedap.

    ReplyDelete
  4. Nak makan sate sedap pergi johor bukan hj. samsuri. langsung tak sedap.

    ReplyDelete