SEPTEMBER 2010
Kalau tak kerana ada sukan kat MRSM Pasir Salak, jangan harap la pergi KOMPLEKS PASIR SALAK ni...Disebabkan lawatan ni mungkin sekali seumur hidup, 'so' saya kena masukkan dalam blog ni untuk tatapan semua orang...
Gambar di bawah : Kat sini ada Terowong Masa Sejarah Pasir Salak. Tempatnya agak gelap, seolah-olah kita sedang mengembara bermula zaman Inggeris tahun 1800 an sehinggalah zaman penjajah 1900 an dan sehinggalah zaman Menara Berkembar Petronas.Memang bagus la tempat ni untuk sapa-sapa yang nak tau sejarah Malaysia terutama pelajar-pelajar sekolah.Di tingkat bawah ada pulak pameran keris, daripada sekecil-kecil keris sehinggalah keris sebesar-besar saya, semuanya dipamerkan. 'First time' dapat tengok IBU KERIS'

" Sebenarnya ada perpecahan pembesar Melayu kepada 3 kumpulan berkaitan perebutan takhta sultan.Disebabkan masalah ni, Raja Abdullah menjemput Inggeris datang ke Perak, maka dihantarnya J.W.W Birch menjadi Residen Inggeris Pasir Salak yang pertama di Tanah Melayu.Orangnya bermisai lenting, kurus tapi bengis dan angkuh, berambut kerinting dan jenis orang yang suka memperlekehkan kedaulatan negeri Perak.Dato' Maharaja Lela (Orang Besar Berempat Perak) adalah orang yang pertama tak puas hati dengan tingkah laku Birch.
Kemuncak kemarahan orang melayu apabila Birch paksa Sultan Abdullah tandatangan perjanjian yang membolehkan orang Inggeris kutip cukai.Kalau tak, Sultan Abdullah akan diturun takhta.Dengan rasa tidak puas hati yang amat sangat, Sultan Abdullah sendiri telah buat 7 kali mesyuarat untuk memikirkan bagaimana menghapuskan Birch.Ada yang mencadangkan agar diracun, ada yang suruh ditikam sahaja, ada pulak idea agar Birch disihir dan ada juga menyuruh menyerang kediaman residen di Bandar Baru.30 Okt. 1875 merupakan mesyuarat terakhir di rumah Dato' Maharaja Lela.Beliau diberi kuasa membunuh Birch dan menganugerahkan baju, tengkolok dan pedang kepada Pandak Indut sebagai wakil untuk membunuh Birch.
1 Nov. 1875, jam 10 malam, Birch bersama Left. Abbot, Mat Arshad sebagai


Berita kematian Birch menyebabkan Inggeris sangat...sangat... berang.Sebagai balasan, Inggeris telah melancarkan perang besar-besaran ke atas orang-orang Melayu Perak.Inggeris dengan kekuatan darat dan laut di bawah pimpinan Kapten Speedy mengepung sungai perak, membakar rumah yang disyaki, serangan ganas ke atas kota pertahanan orang melayu Batak Rabit dan membunuh tanpa belas kasihan.Walaupun tak cukup senjata dan kekurangan strategi, orang Melayu tetap bertahan.Peperangan ini berakhir, apabila orang yang disyaki telah ditawan dan dibicarakan.
14-22 Disember 1876, bangunan Che Ngah Ibrahim, kini dikenali Kompleks Matang digunakan sebagai mahkamah dan menjatuhkan hukuman mati ke atas Dato' Maharaja Lela, Datuk Sagor dan Pandak Endut pada 20 Jun 1877 manakala Ngah Jabor, Panjang But, Kulub Ali, Si Tuah dan Che Mah dihukum penjara seumur hidup."
Ini adalah tempat J.W.W Birch dibunuh 135 tahun yang lalu. |
Lepas kami ambik gambar sekitar lokasi pembunuhan Birch, kami pun meronda sekitar kompleks. Banyak rumah-rumah lama, artifak dan peralatan orang zaman dulu dipamerkan.Bersebelahan dengan kompleks gak, ada galeri sejarah negeri Perak.Ala... banyak cerita pasal sejarah menteri besar 1 hingga sekarang.
No comments:
Post a Comment