07 December, 2010

MAHA - PAMERAN BAHAGIAN TENGAH -

DISEMBER 2010

Selepas saya abis meronda sekitar PINTU1 dan kesempatan menyaksikan pertunjukan menunggang lembu dan kuda liar daripada penunggang Australia, saya pun berjalan je lebih kurang 1 km melihat pameran di bahagian tengah MAHA. Kat sini kita boleh tengok Pameran Padi, Pameran Aquaculture (Perikanan), Pameran Sayur-Sayuran, Pameran 13 Rumah Negeri dan jalan-jalan kat kawasan Floriculture.Jangan buang masa, jom tengok koleksi gambar-gambar di bawah....

1. LAMAN PADI

Kat sini baru saya faham maksud-maksud sebenar beras hancur, beras wangi, beras perang, berasmathi dan proses untuk mendapatkan kategori-ketegori beras tu.


 
 

 2. PAMERAN BERKAITAN PERIKANAN ( 'FISHERY SHOWGROUND')


 
Gambar di atas : Bila dah penat berjalan buat la 15 minit terapi ikan. RM 5 je, kalau buat kat KL ni 30 minit RM 38 . Nama ikan ni Garra Rufa tapi nama glamournya 'Doctor Fish'. Memang la bila mula-mula masuk air tu rasa geli je disebabkan gigitan-gigitan lembut. Jangan bimbang, tak sakit pun.

Kalau ikutkan sejarah.dulu ramai orang pergi cari rawatan alternatif ke negara Eropah Timur seperti Turki, Syria dan Jordan untuk 'try' 'Doctor Fish'.Asal ikan ni dijumpai di kawasan air panas Kangal, Turki.Pada tahun 2006, rawatan ini semakin popular terutama di negara Jepun, Korea, China, Singapura dan Malaysia.

Nak jaga ikan ni cukup rumit. Air kena tukar setiap hari, kena disterilkan dengan sinar ultra 2000 watt bagi membunuh bakteria.Pastu kena buat penurasan air dan aras PH mesti neutral dengan suhu sekitar 30 darjah selsius.Makanan ikan ni kena bagi cacing dan sprulina.
Dr. Fish ini mempunyai manfaat yang besar kepada kesihatan kulit seperti melancarkan aliran darah, menghilangkan sel-sel kulit yang mati, mengurangkan parut-parut kecil termasuk penyakit kulit psoriasis dan ekzema.Sungguhpun kecil, ikan-ikan ini juga mampu menghilangkan stres dan tekanan harian yang dialami pengunjung.

Lintah tu sedut darah kotor kat leher la..geliiiiii

3. LAMAN SAYUR-SAYURAN...ini la 'part' yang paling mengujakan saya...






4. RUMAH-RUMAH NEGERI

Kat sini kita boleh saksikan pelbagai budaya, kegiatan ekonomi, pameran , masakan, gerai , muzik, demonstrasi, pertandingan dan segala macam berkaitan negeri masing-masing.Tak larat nak tengok semua negeri....


ni tempat pameran Perak berkonsepkan Labu...lain dari yang lain

 
 

Sapa tak tau pokok Melaka..tu la rupanya

 
 
 

 5. FLORICULTURE

Kat sini sebenarnya berkonsepkan keindahan taman. Masa saya pergi takde la nampak mengujakan. Biasa je...beberapa kerat je pengunjung pegi kat sini.

Lanskap bahagian depan

Kawasan orkid
Ok.. dah selesai. 'Last' sekali, jom kita jalan-jalan kat PINTU 1 pulak...sila pergi ke tajuk  blog seterusnya ye....penat..nak ambik nafas sikit.

No comments:

Post a Comment