1 Mei 2014
Dah lama saya tak post cerita baru sebab isteri bersalin. Jadi, percutian kali ini merupakan percutian pertama bagi 'baby' saya. Kali ini kami memilih destinasi BUKIT GAMBANG RESORT CITY yang dikatakan pernah mencatat pengunjung sekitar 500,000 orang setahun.
Di buka sejak 2009 merupakan Taman Tema Air pertama di negeri Pantai Timur. Jarak dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Pantai Timur sekitar 220 km. Dalam resort ini, ada 2 tempat menginap Carribbean Bay Resort & Arabian Bay Resort, Gambang Water Park, Bukit Gambang Safari Park dan Active Academy Outdoor Recreation. Jom kita 'explore' tempat ni....
1) CARIBBEAN BAY RESORT & ARABIAN BAY RESORT.
2) BUKIT GAMBANG SAFARI PARK
Tarikan lain di sini ialah:
1) Simba Hill Plaza - Boleh makan di restoran yang betul-betul berhampiran dengan singa putih. Restoran ini kalau hari biasa tutup sebab tak ramai orang.
2) Foreign Village & Forest Land - Macam-macam binatang ada di sini daripada sejinak-jinak binatang sehingga kepada segeli-geli dan sekasar-kasar binatang. Kami tak explore sangat sebab tempat boleh tahan besar tapi binatangnya tak banyak. Sangkar kosong pun banyak.Macam tak terurus pun ada. Memang sangat memenatkan berjalan kawasan ni.
3) Wild Savannah
Kami menaiki Tram selama 30 minit menyusuri jalan yang agak 'adventure' melihat hidupan liar yang jinak dan hidup bebas dari dekat. Bagusnya, dalam tram ni ada pegawai yang beri penerangan terperinci setiap kali tram melalui haiwan-haiwan tertentu.Tapi, bagi saya ianya kurang kepuasan sebab haiwan tak banyak berbanding Wild Safari di A'famosa Resort Melaka. Cuma kelebihannya, tram ada aircond.
4) Persembahan Haiwan
Tepat jam 3.00 petang, kami pun menyaksikan persembahan haiwan di dalam teater terbuka yang cukup besar. Disebabkan kami pergi hari biasa, ada la 15 orang je yang menyaksikan persembahan.Saya 'respect' orang yang buat persembahan ni, walaupun tak ramai, diaorang buat macam biasa je dan sangat profesional. Persembahannya pun sama je seperti di Zoo Negara dan A'famosa Melaka contohnya ada profesor burung teka nombor, monyet bergayut-gayut, siamang jalan atas tali dan burung merpati terbang ke arah penonton mencari makanan. Saya tengok anak saya seronok je. Kira ok la tu.
5) Lost Jungle - Ini adalah persembahan pada jam 8.00 malam di teater terbuka.Kami menggunakan tiket yang sama dan tak perlu bayar semula. Persembahan ni tentang pemburu haram masuk hutan nak bunuh haiwan. Kemudian datang tarzan dan gorila menyelamatkan keadaan. Berlaku la gaduh-gaduh sikit, tembak menembak, tarzan bergayut, penjahat jatuh dalam air. Saya tak seronok pun tengok persembahan tu tapi yang jadi seronok sebab prob dan sistem lampunya best.
6) Fire of The Wild - Persembahan api ini bermula pada jam 9.00 malam. Kagum la tengok 3 orang budak ni asyik sembur api je kemudian membuat tarian memusing-musingkan api mengikut alunan muzik Red Indian yang kadang-kadang menakutkan. Bagi saya, ini part yang paling best sebagai penutup perjalanan kami di BUKIT GAMBANG SAFARI PARK
3) BUKIT GAMBANG WATER PARK
1) Coco Beach - Pantai tiruan yang mempunyai ombak pada masa-masa tertentu.
2) Penguin Island - Permainan air kanak-kanak dan kolam untuk dewasa.
3) Tree Top Hills Slides - Tempat ni paling best. Menggelongsor di 6 Lanes Racer, Crystal Slide, Galaxy Slide, Canopy Slide dan Family Raft Slide. Senang cerita tempat untuk gelongsor la.
Itu sahaja.. Selamat bercuti bersama keluarga...
Assamualaikum, nak tanya puan booking bilik tu melalui agensi atau hotel terus, sb imsaya check semua rm300 ke atas
ReplyDeleteSalam klu saya nk booking untk 10org berkeluarga....dan bujang seramai 30 org...boleh beri saya pakej yang murah untuk saya .....
ReplyDeletemungkin sy booking bukan peak period..tu yg dpt sedikit murah.Berkaitan pakej kena call sendiri officer Gambang Resort
ReplyDeletesaya pernah ke gambang guna groupun, memang murah dalam seratus +++ sahaja semalam.
ReplyDeleteSalam.untuk yang family suite yg boleh muatkan 4 dewasa tu,maksudnya ada 2 bilik ke dalam suite tu?
ReplyDeleteyup
DeleteKalau bilik 4 kt masuk rmai boleh kot...
ReplyDeleteThanks in
ReplyDeletemacamana nak hubungi tempat ini x dibekalkan dengan telefon
ReplyDeleteBolh google je gambang resort city
DeleteCoco beach,penguin ,top tree.. Masuk smua tu dalam brp rm ye per head? 😂
ReplyDelete