18 March, 2017

GUNUNG BALING, KEDAH : Laluan Agak Mencabar Namun Pemandangan Cukup Menakjubkan...

MAC 2017

Kalau tengok papan tanda di puncak Gunung Baling, paras ketinggiannya 546 meter dari aras laut. Banyak sangat version, apa-apa pun, syukur, kami berjaya sampai ke puncak Gunung Baling. Kami mula jam 7.45 pagi di starting point dan sampai lebih kurang jam 9.30 pagi. Hampir 2 jam gak. Yang penting, Alhamdulillah takde sape yang cedera, tak sesat, tak diganggu makhluk lain dan cuaca pun elok. Sebab banyak gak cerita-cerita di surat khabar berkaitan pendaki yang cedera, masalah pernafasan, sesat sehingga memerlukan khidmat bomba. Kami tak guna khidmat guide sebab laluan pendakian sangat jelas, banyak kesan dan tapak pendaki, ade disediakan tali laluan dan kerlipan tiang lampu di beberapa check point untuk mengelak daripada sesat.

Gunung Baling, Kedah terletak berdekatan dengan Pekan Baling. Kalau jumpa Masjid di pekan Baling, dah dekat la tu. Di Kaki Gunung, ada disediakan toilet dan tempat parking. Jangan pandang rendah dengan Gunung Baling. Boleh tahan, memenatkan, mencabar fizikal, emosi dan minda serta berisiko tinggi. Jangan lupa bawak air dan kasut yang sesuai. Kalau hujan, laluan mesti licin dan bahaya. Laluannya bermula dengan jalan biasa tetapi terus curam. Sakit pinggang dibuatnya. Kemudian masuk laluan hutan, laluan curam berbatu, laluan kawasan pokok buluh, laluan pokok renek, berjalan lereng gaung dan 90% berbatu yang curam dan berbahaya. Perlu berpaut dengan pokok-pokok yang menjalar, buluh-buluh dan batu. Ada dua laluan yang kita perlu masuk lubang antara batu-batu.

Bila dah sampai puncak. Syukur sangat-sangat, diberi kekuatan untuk sampai dan diberi peluang dapat melihat keindahan alam yang cukup menakjubkan. Dapat merasai, merenungi dan menginsafi kehebatan dan kekuasaan Allah. Dalam masa ambik gambar dan melihat keindahan alam, berhati-hati, sebab kita sebenarnya di tebing gaung dan kawasan yang sangat curam. Kalau leka, boleh jatuh  ke dalam gaung yang sangat menakutkan. Apa-apa pun tengok la gambar kat bawah, biar gambar je berbicara. Selamat Mendaki...

LALUAN GUNUNG BALING












PUNCAK GUNUNG BALING

























No comments:

Post a Comment