MAC 2011
Nak pegi pulau, kami menaiki Feri di Butterworth. Perjalanan feri paling popular. Setahun je dekat 6 juta orang gunakan feri ni. Wow, rasa klasik je naik feri ni. Ye la, tertua di Malaysia dan dibuka tahun 1894 lagi. Perjalanan ambil masa 15-20 minit merentasi selat sepanjang 3.2km. Teringat masa kejadian 1988. Masa tu jeti runtuh dan 32 orang mati, 1674 cedera. InsyaAllah selamat. Tau takuttt....
THE CHOCOLATE BOUTIQUE
Lebih 60 jenis coklat buatan Malaysia dan Luar Negara yang berkualiti. Ada 7 ruangan coklat iaitu Tiramisu, Fruits, Health, Sweetheart, Coffee, Panned Chocolate dan Malaysian Collection. Kalau nak cari coklat Cadbury, Vocheller atau keluaran Nestle, kat sini bukan tempatnya. Jangan terkejut ye, memang harganya boleh tahan mahal. Saya ada beli gak beberapa coklat...ermmm...takde la sedap sangat pun.
DESTINASI PERTAMA:
Kat buku sejarah sekolah menengah banyak cerita pasal Francis Light. Ha...kat sini la tempat Franchis Light mendarat pada tahun 1786 dan bina kubu yang kuat bagi tujuan untuk menjajah dan mengambil alih Pulau Pinang.Masih ada lagi la peninggalan Franchis Light seperti gedung peluru, gereja kecil dan benteng-benteng kota.
DESTINASI KE-2
MONKEY BEACH, TAMAN NEGARA PULAU PINANG, TELUK BAHANG
Sampai gak kat Pulau Monyet. Tak nampak sekor monyet pun....Sebenarnye bosan gak, sekadar duduk tepi pantai.Tapi takpe, boleh tengok keindahan alam ciptaan Tuhan. Masa balik pun ombak kuat. Rasa macam monyet pulak naik bot ni, asyik terlompat-lompat je. Memang kena berdoa banyak-banyak supaya selamat sampai.
Dah penat, kami pun balik ikut Jambatan Pulau Pinang dengan pakaian yang agak lembap sebab kena penangan air laut Pulau Monyet.
No comments:
Post a Comment