29 November, 2015

MUZIUM & GALERI BANK NEGARA : Tempat Terbaik Belajar Ekonomi, Kewangan & Perbankan....

NOV 2015
Muzium dan Galeri Seni Bank Negara terletak di Bangunan Sasana Kijang, Jalan Dato' Onn Kuala Lumpur. Dekat dengan Memorial Tunku Abdul Rahman, Bank Negara Malaysia dan Komuter Bank Negara. Jalan pun tak sibuk, bas dan kereta pun senang nak parking. Dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 6.00 petang kepada orang awam dengan bayaran percuma.

Muzium dan Galeri ini sangat bagus untuk meningkatkan pengetahuan pengunjung tentang koleksi matawang sejak zaman Parameswara sehinggalah sekarang, emas & perak, sejarah dan fungsi Bank Negara, sejarah & fungsi Perbankan Konvensional & Islam, sejarah ekonomi Malaysia, pembangunan kewangan Malaysia, transformasi ekonomi & kewangan Malaysia, pameran lukisan Lat, galeri lukisan dan sebagainya. Sapa-sapa yang belajar subjek sejarah, ekonomi, perdagangan, perbankan, pengurusan perniagaan memang sangat sesuai pegi tempat ni. Biar kita tengok sendiri, asyik belajar teori dalam buku je mesti bosan. Kalau datang berkumpulan, kita boleh dapatkan khidmat pegawai di sini untuk memberi taklimat dan lawatan berpandu tapi kena email surat terlebih dahulu.
 
GALERI SENI
Terletak di tingkat 3. Terdapat pelbagai koleksi karya seni lukisan yang menarik, cukup abstrak dan mempunyai kaitan dengan peristiwa penting negara yang dihasilkan oleh pelukis dan pencipta tempatan dan Asia Tenggara sejak 1962 seperti Mohd Hoessein Enas, Yong Mung dan sebagainya.
 
 
 
 
 
 
 
 

PAMERAN LATerasi KEWANGAN
Pameran ini adalah penghargaan kepada Datuk Mohammad Nor Khalid (Lat) yang telah menghasilkan lebih 150 karikatur yang dimasukkan ke dalam Buku Wang Saku sebanyak 14 siri yang diterbitkan sejak tahun 1999 lagi. Apa yang menarik buku ini telah diedarkan kepada murid dan pelajar sekolah sebanyak 15 juta naskah bagi tujuan mendidik mengurus wang secara bijak dan berhemat.Terdapat 3 seksyen  iaitu Buku Wang Saku, Rancang Kewangan Anda, Jadilah Pengguna Bijak, Urus Kewangan Anda dan Pembelajaran Yang Menyeronokkan. Pameran ini dihadkan bermula September 2015 hingga April 2016.


 
 
 
 
 
GALERI NUMISMATIK
Mengagumkan sebab kita boleh lihat sendiri matawang syiling, kertas, artifak dan sistem Barter sejak zaman Parameswara, zaman Kesultanan Melayu, Zaman Inggeris, Zaman Jepun, Zaman Belanda dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna. Matawang dunia pun ada dipamerkan. Ada juga pameran yang bersifat interaktif.













GALERI BANK NEGARA MALAYSIA
Sesiapa yang ambik subjek ekonomi, memang sesuai tengok pameran ni yang memaparkan sejarah, peranan, fungsi, objektif dan tanggungjawab Bank Negara Malaysia menguruskan dan memelihara ekonomi, sistem kewangan dan kestabilan ekonomi negara. Di sini ada bilik kebal replika dengan saiz sebenar Bilik Kebal bank negara yang menyimpan jongkong emas dan matawang asing. Kalau nak tengok apa yang ada dalam bilik kebal ni, kena jawab soalan dan masukkan kod dulu. Selain itu, dipamerkan juga pejabat sebenar Gabenor Bank Tan Sri Dato' Sri Dr.Zeti Akhtar Aziz yang sangat sederhana.






  


GALERI KEWANGAN & PERBANKAN ISLAM
Di sini kita boleh lihat bagaimana perkembangan perdagangan dan kewangan awal berasaskan Islam yang bermula di Timur Tengah kemudian tersebar ke seluruh dunia. Ada juga dipamerkan sejarah penubuhan syarikat, permodalan, sejarah penggunaan cek kertas pada zaman dahulu.
GALERI EKONOMI
Pengunjung boleh mendapatkan ilmu bagaimana perkembangan dasar ekonomi Malaysia, sejarah ekonomi Malaysia, kemelesetan ekonomi, sejarah ekonomi global dan sistem kewangan Malaysia
 
 
 
 
GALERI KANAK-KANAK
Tempat ni sesuai untuk kanak-kanak tapi tempat ni la yang menarik perhatian sebab ada TEROWONG SEJUTA RINGGIT dan pelbagai permainan interaktif berkaitan wang.






1 comment: