02 January, 2012

CAR OF THE YEAR AUTOSHOW MAYBANK & NEW STRAITS TIMES ; Pameran kereta terbesar Malaysia....

13 NOVEMBER 2011
Pusat Pameran & Konvensyen Matrade, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Ini lah pameran automotif yang terbesar di Malaysia yang diadakan setiap tahun.Daripada kereta kompak sehingga lah kereta mewah semua dipamerkan bagi merebut 'Car of The Year 2011'.Sebut je ape... ada lebih 50 model kereta yang terbaik daripada Jaguar, Nissan, Mercedes Benz, Ford, Peugeot, Perodua, Mitsubishi, KIA, GWM, Chevorlet, Renault, Hyundai, Isuzu, Volkswagen, Proton, Toyota, Honda dan Volvo...semua ada... samaada untuk dipamer, dijual atau dipandu uji.





 
 
 
 


Saya meronda semasa hari kedua. Masuk RM 5 je. Disebabkan saya ada kad Maybank, dapat la masuk percuma.Rupa-rupanya dah lebih 55,000 orang pengunjung yang menyaksikan pameran ini.Antara acara dan aktiviti yang disediakan ialah:
  • Pandu uji kereta dan motorsikal elektrik.
  • Permainan simulasi F1.
  • Pandu uji 50 kereta baru pelbagai jenama.
  • Pameran dan pertandingan kereta klasik.
  • Bual bicara berkaitan automotif.
  • Pelancaran model kereta dan motorsikal baru.
 Sebenarnya, yang paling menarik perhatian saya ialah menyaksikan hampir 100 buah kereta klasik. Ada yang berusia 35 tahun dan ada yang berusia lebih 150 tahun dari jenis Chevrolet, Jaguar E-Type, Mercedes Benz, Mini Cooper, Rolls-Royce dan Volvo.
 
 
 
 
 
 
 

eeeee memang geram tengok kereta yang cantik-cantik ni tapi nak buat camne duit takde, dapat tengok pun jadi la.Jangan bimbang, sape-sape yang tak dapat tengok tahun ni, tahun depan ada lagi.

No comments:

Post a Comment