12 June, 2011

WAR MUSEUM, Batu Maung Pulau Pinang : Boleh Tahan Gak Seram Tempat Ni...

JUN 2011
 
Memang ada perasaan yang berbeza apabila masuk muzium ni. Bukan takut tapi rasa tak sedap hati. Mungkin suasana hutan ni yang sedikit menyeramkan. Maklum la tapak bekas kawasan perang zaman Inggeris Perang Dunia Ke-2. Dulu. di sinila tempat hujanan ribuan bom dan peluru, di sini la tempat darah-darah tentera berguguran, di sini la penjara bagi tawanan dengan jeritan kesiksaan dan penderitaan, di sini juga la tempat pancungan kepala tawanan. 'So' sebab itu lah muzium ini memberi pengalaman perasaan yang bercampur-baur. Sedikit sejarah...Ini adalah kawasan kubu perang yang dibina pada tahun 1930an oleh British bagi mempertahankan Pulau Pinang daripada diserang musuh. Kubu ini dianggap pusat operasi tentera yang terbesar di Malaysia pada zaman tersebut

Nak masuk tempat ni seorang RM 20. Saya tak pasti samaada ianya berbaloi atau tidak.Bagi saya, di sini adalah tempat bersejarah yang mempunyai nilai 'sentimental' yang tidak ternilai harganya.Sekurang-kurangnya, kita dapat merasai perasaan penderitaan peperangan suatu ketika dulu.Di sini kawasan berbukit dan pengunjung akan melawat 31 tapak bekas perang antaranya kubu bawah tanah, pejabat tentera, lokasi pengeboman, penjara, asrama tentera, stor senjata, dewan, kawasan memasak tentera, menara kawalan, anti-air craft, tempat hukuman pancung dan sebagainya. Bagi orang-orang mengandung, kanak-kanak bawah 5 tahun dan orang-orang tua mungkin agak bermasalah nak pusing satu bukit ni.Saya sendiri pun berpeluh gak nak menghabiskan lawatan. Tempat ni menyediakan kemudahan paintball dan pakej lawatan waktu malam. Tak berani..tak berani..lawat waktu siang pun boleh tegak bulu roma apa lagi waktu malam....mistik-mistik..

Ini la satu-satunya tempat yang paling saya teruja iaitu terowong kubu bawah tanah. Saya dibenarkan merasai sendiri pengalaman  menyelusuri terowong ni dalam kegelapan. Mungkin 30m jaraknya dengan jalan berbelok-belok dan keluasannya seperti saiz badan saya.Amacam ada berani...













Dikatakan oleh pekerja kat situ,  kapak tu adalah kapak betul yang digunakan untuk pancung kepala pesalah atau tawanan

1 comment: