02 December, 2017

GUNUNG ANGSI : Pernah Masuk Guinness World Records

NOVEMBER 2017

Info, Cadangan dan Pandangan Peribadi berdasarkan pengalaman kami:

Nama Team : 7 HIKERS (Kolej MARA Kuala Nerang Kedah)

Nama Gunung        : GUNUNG ANGSI
Lokasi                    : KUALA PILAH NEGERI SEMBILAN
Ketinggian             : 825 meter / 2,702 kaki

Reputasi Gunung   :
Ada 2 versi, ada versi 189 tertinggi dan ada versi 241 Tertinggi Malaysia, Ke-3 tertinggi di Negeri Sembilan. Ogos 2017, 4,222 pendaki memecahkan rekod dunia dalam Guiness World of Record dan Malaysia Book Of Record dalam kategori Rantaian Pergelangan Tangan Terpanjang di Dunia.

Starting Point :
Laluan 1: Hutan Rekreasi Ulu Bendol, Kuala Pilah.  
Laluan 2 : Bukit Putus Kuala Pilah

Rating                    :  5/10
Cabaran Laluan     : 
Jalan sangat jelas, banyak papan tanda disediakan, jalan landai yang agak panjang ketika melalui jalan berdekatan sungai. Kemudian mendaki pacak 60 - 80 darjah, ada laluan yang terpaksa menggunakan tali untuk naik dan turun. Ada laluan yang agak sempit, pacat tak banyak. Kalau hujan, boleh tahan becak.

Bagaimana Nak ke Hutan Rekreasi Ulu Bendul : 

Kali ni, trip kami secara backpack. Semua orang akan berkumpul di Terminal One Seremban. Yang datang awal, boleh menginap hotel paling dekat dengan Terminal One lebih kurang 500 meter je dan berjalan 10 minit iaitu Hotel Charlton. Tempah online boleh dapat RM 50 dengan dua single bed. Kalau ramai, tidur kat lantai je la. 

Dari Terminal One Seremban, boleh ambik bas lompat iaitu MyBAS, Terminal no. 10. Masa perjalanan bas bermula 5.40 pagi hingga 8.40 malam dengan kekerapan 40 minit pada waktu puncak. Nak confident tanya staf atau pemandu kat mana-mana terminal.Kami ambik bas jam 7.00 pagi dengan bayaran RM 2.80 seorang. Bagitau je kat driver bas nak turun kat Ulu Bendul atau Bukit Putus (kalau nak daki kat sini la). Perjalanan hampir 1 jam walaupun jarak dari Seremban lebih kurang 20 km. Nak balik pun tunggu je kat bus stop depan Ulu bendul

Alhamdulillah, kami sampai di Hutan Rekreasi Ulu Bendul. Kat sini banyak kemudahan, ada tempat makan yang selesa, ada tandas berbayar, ada surau, kedai-kedai cenderahati, gerai-gerai makanan, tempat urut pun ada. Kolam mandi dari air sungai yang asli, sejuk dan segar pun ada. Kawasan pelancongan yang menarik. 

Di sini ada chalet dengan diuruskan oleh Pejabat Hutan Hutan Daerah Kuala Pilah tanpa deposit:

1)Anjung Rimba RM 200/night (40 orang)  2)Chalet Besar RM 100/night (family)
3) Chalet Berkembar/semalam (4 orang)  4) Log Cabin RM 15 semalam (4 orang)
5) Tapak Khemah RM 5 satu lot (5 orang)

Lain-lain kemudahan : Astaka: RM 50 semalam, Tandas awam RM 1 seorang semalam, Permit RM 5 dan Guide (jika perlu) RM 150 seorang

Hubungi : Encik Roslan 013-3749933 atau Guide Gunung Angsi 016-6490417 atau Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Timur :06-4811036

Kami dah booking chalet kat sini dah lama tapi tiba-tiba last minute, pegawai hutan call kami terpaksa reject booking sebab pegawai hutan diorang dari HQ buat program kat situ. Terpaksa la kami cari alternatif lain.

Masa on the way cari pintu masuk Gunung Angsi (susah gak nak cari, kena tanye orang le), kami terserempak dengan Pegawai Hutan yang bertugas, dia kata tak boleh hiking kat Ulu Bendul sebab air sungai naik, bahaya dan safety first dan pegawai tu suruh starting point kat Bukit Putus. So terpaksa la kami berjalan kaki di jalan raya utama dekat 3 km, lebih kurang 30 minit gak. Takpe la, kira macam warm up.

Pemandangan       : Hutan Balak &Semulajadi, Lalang Tinggi, Sungai dan Air Terjun
Cuaca                   : Kalau cuaca panas, wow boleh tahan panas. Jika cloudy dan redup, terasa angin sejuk yang bertiup

Guide                    : Kami tidak menggunakan Guide kerana jalan sangat jelas
Bayaran            : RM 5 permit, dibayar di pondok pintu masuk check point. Ada pegawai renjer yang bertugas. 

Tempoh Pendakian : Masa berdasarkan 11 orang team kami. Semua lelaki.
1)Semasa mendaki kami menggunakan laluan Bukit Putus mengambil masa 2 jam (orang terakhir)
2) Semasa turun kami menggunakan laluan Hutan Rekreasi Ulu Bendol mengambil masa 2 jam 30 minit (orang terakhir)

Bekalan Air         :  3 - 4 botol minuman 600 ml dah cukup untuk kami

Kami naik di Bukit Putus : 

Lepas berjalan kaki, akhirnya sampai kat Starting Point Bukit Putus. Ada pegawai renjer sedang tunggu. Isi borang dulu, bayar permit RM 5, kemudian ada taklimat ringkas daripada Renjer, kemudian kami terus naik tangga untuk mulakan pendakian. Sebenarnya tiada apa-apa kemudahan kat sini, laluan tangga pun betul-betul dekat dengan jalan raya.


laluan agak pendek lebih kurang 4 km so jimat masa. Mula mendaki je terus pacak. Ada gak naik dan turun bukit dan puncak tipu kemudian terus sampai puncak. Jalan pun kurang mencabar.

PUNCAK GUNUNG ANGSI
Kawasan tanah rata dan luas



Kami turun di laluan Ulu Bendul : 
Jarak jauh lebih kurang 4.5 km, melalui jalan landai yang panjang sekitar sungai Batang Terachi dan air terjun. Kemudian laluan menaik dan menurun yang agak mencabar dan licin

ALHAMDULILLAH....sampai turun kat Ulu Bendul (tempat starting point)

No comments:

Post a Comment