12 June, 2011

TOY MUSEUM PULAU PINANG : Ini lah Dunia Imaginasi Kartun Kanak-Kanak.....Daripada Secantik-Cantik Patung Sehingga lah ke Sehodoh-Hodoh Patung...

JUN 2011

Wow banyaknya patung. Bayar RM 15 dewasa dan RM 10 kanak-kanak, pastu rasai la pengalaman berada dalam muzium yang dianggap antara terbesar di dunia dan diiktiraf oleh 'Malaysian Book of Records' sebagai muzium patung pertama di Malaysia dengan jumlah koleksi patung terbesar. Koleksi patung ni dipamerkan dalam rak-rak ditutupi kaca, 'so' jangan harap la dapat sentuh ye. Kat sini tempat pameran dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya :Chamber of Horror, Chamber of Monsters, Chamber of Fantasy, Chamber of Comic Book Heroes, Cave of Dinosaurs, Fields of Combat, Hall of Virtual Reality, Hall of Rock Legends, Hall of Celebrities, Halls of Cartoons, Hall of Beauties, Star Wars Collections.Tempatnya takde la besar sangat, sekitar 650 meter persegi. Kalau rasa bosan 15 minit dah boleh 'cover' semua tempat.

Nak cerita sikit latar belakang Muzium Patung ni. Pemiliknya bernama Loh Lean Cheng. Beliau mula teruja mengumpul koleksi patung selepas melawat Muzium Patung di London ketika berumur 19 tahun.Koleksi patung pertama yang dibeli ialah patung popeye seberat 0.5 pound pada tahun 1973. Beliau mengembara satu dunia untuk mendapatkan patung-patung yang berkualiti dan jenis 'limited edition'. Patung paling mahal berharga RM 9,000 iaitu patung Gumdam Robot dengan ketinggian 1.8m daripada Jepun.Kalau budak-budak mesti suka tempat ni dan menjadi inspirasi dunia imaginasi kanak-kanak. Kalau mak-bapak budak dapat mengembalikan nostalgia kartun dan imaginasi zaman kanak-kanak dulu.Dan siap sedia la lepas ni, kalau anak-anak kita nampak permainan kat kedai, mengamuk la diaorang kalau kita tak belikan....


















No comments:

Post a Comment