29 February, 2012

WANG KELIAN PERLIS / THAILAND : Membeli belah di sempadan tanpa pasport...

FEBRUARI 2012

Panas sangat la tempat ni..mungkin hampir 40 darjah celcius.Wang Kelian ni tempat untuk membeli belah barangan Siam yang berkonsepkan gerai di tepi jalan. Apa yang 'special' tempat ini ialah kita boleh masuk sempadan Thailand tanpa menggunakan pasport hanya untuk hari sabtu dan ahad sahaja. InsyaAllah takde bom kot.Kami sempat pergi pada hari sabtu, tiba jam 11.00 pagi. Memang banyak bas persiaran dan van sewa samaada di kawasan Perlis atau kawasan Thailand. Maksudnya banyak gak pelancong dari Malaysia & Thailand yang membeli barangan kat sini.Murah ke barang kat sini...rasa macam sama je beli kat Padang Besar. Tapi, barang seperti beras, ikan bilis dan beberapa barang lain boleh la dikatakan murah. Nampak macam majoriti peniaga adalah Siam yang beragama Islam dan ramai yang bertudung. Diaorang boleh la cakap melayu sikit-sikit. Sebenarnya tempat ni sama je seperti pasar siang cuma takde jual barang basah je...Apa-apa pun yang menyebabkan tempat ni terkenal kerana BOLEH MASUK SEMPADAN THAILAND TANPA PASPORT.....itu je kot 'trademark' Wang Kelian...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hadiah untuk Meya..Motorsikal bateri dengan harga RM 150. Murah kot.Kalau kat kedai harganya sekitar RM 200. Lepas ni, tak yah la main motor kat TESCO.


1 comment:

  1. salam kenal..tengah blog walking..cari tempat percutian...nice place...boleh cuba...

    ReplyDelete