22 March, 2016

MEMANAH TRADISIONAL : Rasa macam Robin Hood...

JANUARI 2016
Sukan Memanah Tradisional kini semakin popular di Malaysia. Banyak kelas-kelas memanah tradisional yang dianjurkan oleh sekolah, universiti, Jawatankuasa Masjid, agensi kerajaan dan swasta. Di setiap negeri juga banyak kelas-kelas memanah tradisional berbayar secara intensif yang dijalankan oleh Persatuan Memanah Tradisional. Setiap bulan dan tahun pasti akan ada pertandingan memanah tradisional samada diperingkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Saya pun mengambil kesempatan di atas kepopularan sukan ini dengan menganjurkan memanah tradisional untuk student saya di Kolej MARA Kuala Nerang. Saya menggunakan khidmat jurulatih dari Tepus Prima Enterprise Jitra, Kedah. Jurulatih ni best dan ada pengalaman mewakili Malaysia dalam pertandingan Memanah Tradisional di Eropah. Pakejnya berpatutan dan senang nak berurusan.

No Telefon : 010 - 5279994
Email : campdtepus@gmail.com
https://www.facebook.com/pages/Kelas-Memanah-Tradisional-Kedah/468455149892228

Apa yang menarik tentang Memanah Tradisional ini ialah ianya merupakan sunnah Rasulullah dan mengembalikan ingatan kita kepada zaman kegemilangan empayar Islam serta Kesultanan Melayu Melaka. Perbezaannya, memanah moden banyak menggunakan alatan memanah yang kompleks dan menggunakan teknologi dari China, Korea dan Eropah. Manakala Memanah moden menggunakan alatan yang ringkas, kos rendah dan memerlukan kemahiran yang tinggi.

Selain meningkatkan kecergasan fizikal, Memanah Tradisional juga dapat meningkatkan kecerdasan minda, melatih minda supaya lebih fokus, mengawal kestabilan emosi, belajar menjadi seorang yang tenang dan kesabaran yang tinggi. Apa yang penting dapat menyedarkan kepada kita tentang amalan sunnah Rasulullah.

Pakej Memanah Tradisional yang saya ambil melibatkan 30 - 40 pelajar ialah :

PAKEJ ASAS MEMANAH (2 JAM) : RM 30 seorang

  1. Peserta akan belajar tentang teori memanah tradisional, cara menarik anak panah, melepaskan anak panah, kelebihan thumb release, kaedah load, draw, aim dan release
  2. Kaedah speed loading and speed shooting. Pemanah dilatih supaya dapat load dan menembak anak panah dengan pantas. Peserta juga diajar memanah menggunakan naluri
  3.  Pemanah akan diajar memanah dalam pelbagai posisi seperti berdiri, duduk dan memanah sambil berjalan.
 
 
 
 

 
PAKEJ PANAH SAKTI (COMBAT ARCHERY) - 2 JAM - RM 30 seorang

(Pakej ni yang paling mengujakan dan meyeronokkan, saya pun main sekali)

Pakej ini berbentuk simulasi peperangan menggunakan busur dan anak panah. Kita akan panah orang dan jangan bimbang, tak bahaya pun sebab menggunakan anak panah getah, pelindung muka dan penepis tangan (shield) sepanjang permainan. Dibuat dalam bentuk pertandingan 2 kumpulan melibatkan 5 orang satu kumpulan dan dalam masa 3 minit sahaja.

Sebelum pertandingan dijalankan, jurulatih akan menunjuk ajar terlebih dahulu bagaimana untuk memanah dengan betul. Semasa peperangan simulasi ini, pemanah akan berusaha untuk memanah pihak lawan, memanah bola, menepis panah menggunakan shield dan menangkap anak panah. Semua tu ada markah.
 
 Peraturan untuk pertandingan :
  1. Setiap peserta diwajibkan memakai pakaian keselamatan yang disediakan oleh penganjur.
  2. Setiap pemanah akan diberikan pelindung muka, perisai, busur panah dan 3 batang anak panah getah.
  3. Tidak menembak kosong (dry fire) apabila mengendalikan busur.
  4. Setiap peserta diwajibkan berada dalam kawasan arena pertandingan. Tidak dibenarkan keluar zon kecuali mengutip anak panah.
  5. Tidak dibenarkan memanah di luar zon atau kawasan larangan
  6. Dibenarkan memanah dan mengenai sasaran tubuh badan seperti kaki, tangan, depan badan dan belakang badan. Kecuali leher dan kawasan kepala adalah dilarang. Sesiapa yang melanggar peraturan tersebut, peserta akan dikeluarkan.
  7. Pihak lawan akan dikira mati apabila terkena badan yang dibenarkan. Namun demikian jika anak panah tersebut terkena tanah kemudian melatun semula dan terkena badan maka ianya tidak dikira mati.
 PENENTUAN MATA:
  1. Memanah pihak lawan : 1 mata
  2. Menepis anak panah dengan perisai : 5 mata
  3. Memanah bola sehingga jatuh :  Menjatuhkan bola dalam jarak 15 meter ( 30 markah ), menjatuhkan bola dalam jarak 20 meter (50 markah), menjatuhkan bola dalam jarak 25 meter (100 markah)
  4. Memanah dengan pantas : 10 mata untuk pemanah
  5. Menangkap anak panah (clean catch) : 10 mata untuk pemanah
  6. Mencapai semua objektif dalam tempoh 1:30 minit : 10 mata untuk pasukan
Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan memenangi pertandingan. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bila dapat join kelas memanah tradisional ni rasa syok pulak dan menyebabkan saya beli sendiri kat Alor Setar, busur yang murah-murah je dengan harga RM 240 ( Black Archery with 4 Fiber Arrow). Kalau nak beli anak panah tambahan RM 10 setiap  satu.  No telefon kedai: 011-16442330 / 019-4757278

No comments:

Post a Comment