01 February, 2013

HAT YAI, THAILAND: Tumpuan Pelancong Malaysia Membeli Barang-Barang Murah...

Januari 2013
Hat Yai ni lokasi kegemaran orang-orang Malaysia membeli barang-barang dengan harga yang agak murah berbanding di Malaysia.Perjalanan kami seramai 75 orang dari Krabi ke Hadyai mengambil masa hampir 4 jam. (tengok la post Krabi di link ni)                 http://haizanrunsah.blogspot.com/2013/02/krabi-thailand-meluncur-laju.html
haiii penat dalam bas je. Hat Yai ni adalah bandar terbesar dan Pusat Perniagaan utama di Daerah Songkla di kawasan selatan Thailand dan terdapat ramai orang Islam di sini.

SINGGAH DI TRANG, THAILAND
Dalam perjalanan dari Krabi ke Hat Yai, kami berkesempatan singgah di daerah Trang. Kawasan ni macam R&R. Paling best, kat sini ada menjual keropok, pelbagai perisa kek yang ada tanda halal, telur masin dan sebagainya.




Setelah 4 jam, akhirnya sampai dengan selamat. Sebelum membeli belah, kami makan dulu di Restoran Muslim dengan menu tomyam, ikan, kailan & telur dadar.


Kami dibawa oleh Tourist Guide ke Kedai menjual keropok dan kekacang.Banyak bas persiaran Malaysia datang sini. Kalau tak cukup Baht, boleh guna duit Malaysia.


NORA PLAZA
Pastu kami dibawa ke Nora Plaza.Macam-macam produk dijual di sini kecuali makanan. Kat sini pun ramai orang Malaysia datang membeli belah. Kedai borong ni tak boleh nak tawar tapi diorang bagi kami 20% diskaun je.Duit Malaysia diterima & pekerjanya pun boleh cakap melayu.Ada orang kata jangan beli kat sini sebab mahal, ada orang lain kata beli je sebab agak murah.Saya pun confuse, last-last beli je mana yang berkenan.




Kemudian kami di bawa ke Plaza yang menjual pelbagai pakaian. kat sini ada aircond, kedainya sangat banyak, tersusun dan sistematik. Confirm pening, bila membeli kat sini sebab banyak sangat pilihan.Akhirnya saya beli buah dokong je sekilo RM 2






GAMBAR SEKITAR HAT YAI




Boleh tahan mahal minyak diaorang.Paling mahal RM 4.337

Bank Rakyat mane....ki ki ki

3 comments:

  1. perasan tak, hat yai ni kwasan nye bersaih..susah nk jumpa sampah kat tepi jln

    ReplyDelete
  2. salam...macam mana nk dapatkan travel agent utk ke sana?...boleh bantu saya tak ..i contact saya 0126574448

    ReplyDelete
  3. sorry ye...sy cuba cari business card agent, tak tau kat mana letak...

    ReplyDelete