MEI 2016
Rangkaian berita CNN pernah buat kaji selidik tentang 100 pantai terbaik dunia dan pantai di Pulau Perhentian Kecil, Terengganu mendapat tempat ke-13. Ulasan yang CNN berikan "sebagaimana pemakan daging menyukai daging Kobe, begitulah
juga Pulau Perhentian kepada penggemar pantai. Sebaik sahaja anda
mengalaminya, tiada yang boleh menandinginya lagi. Kedua-dua pulau
tersebut ialah Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Airnya yang biru yang dihuni oleh kura-kura dan ikan yu"
Syukur...Kami seramai 12 orang dari team Kolej MARA Kuala Nerang diberi kesempatan untuk explore keindahan Pulau Perhentian dan setelah kami kaji dengan mendalam akhirnya kami pilih pakej 3 hari 2 malam dengan kos seorang RM 285 dari 'Perhentian MJ' yang berpusat di Kampung Nelayan, Perhentian Kecil. Percuma untuk kanak-kanak berumur 1-4 tahun dan kanak-kanak umur 5 - 12 tahun bayar separuh je. Deposit kena bayar 2 minggu sebelum pergi melalui online banking. Selebihnya boleh bayar cash masa dah sampai kat pulau. Apa yang kami dapat daripada pakej tersebut:
- Kos perjalanan menaiki bot pergi dan balik dari Jeti Kuala Besut ke Perhentian Kecil
- Bilik penginapan berhawa dingin 3 hari 2 malam (1 bilik : 3 orang)
- 2 kali Makan Tengahari, 2 kali sarapan, dan 2 kali makan malam (BBQ malam terakhir)
- Water Taxi ke Marine Park di Pulau Perhentian Besar (takde guide)
- Water Taxi ke Long Beach untuk hiking kincir angin (tengok pemandangan yang sangat indah dari bukit) : ada tour guide
- Snorkeling di 5 poin sekitar Pulau Perhentian. (ada tour guide)
TRANSIT DI HOTEL SAMUDERA KUALA BESUT
TAMAN LAUT, PULAU PERHENTIAN BESAR
KAMPUNG NELAYAN, PULAU PERHENTIAN KECIL
SNORKELING
Part ni la yang paling ditunggu-tunggu. Kami dibawa ke 5 poin iaitu Turtle Point, Shark Point, Coral Garden, Blue Lagoon dan Lata Air Berani. Tapi jangan excited sangat ye, sebab ada gak orang yang mabuk lauk, muntah-muntah dan pening-pening sebab tak tahan dengan bot yang berayun-ayun. Syukur, anak saya steady je.
1) CORAL GARDEN
Kat sini air lautnya jernih, so boleh nampak dengan jelas, ikan-ikan berenang. Berjaya gak ambik gambar ikan nemo dicelah-celah batu karang yang cantik dan besar.
2) TURTLE POINT
Kat sini airnya dalam dan biru gelap. Takut gak nak snorkeling. Tapi yang syoknya, tengah-tengah snorkeling, tiba-tiba muncul penyu besar di permukaan air. Apa lagi riuh rendah la, semua nak pergi dekat dengan penyu.
3) BLUE LAGOON
Masa kami pergi, airnya biru gelap, dalam dan rasa takut pun ada, memang tak nampak apa pun kat dasar laut. Kami pun tak lama kat sini sebab kurang menarik.
4) SHARK POINT
Kat sini ikan memang banyak tapi tak nampak pulak ikan jerung. Lagi-lagi bila bagi roti, ratusan ikan-ikan comel yang berwarna-warni berebut-rebut untuk makan roti. Memang best....
5) LATA AIR BERANI
HIKING KINCIR ANGIN
Pada waktu petang, kami di bawa ke pulau yang menempatkan kincir angin yang merupakan stesen janakuasa hibrid pertama di Asia yang boleh menjana bekalan elektrik untuk penduduk pulau perhentian. Sebelum nak sampai ke kincir angin, kita kena mendaki bukit untuk sampai ke puncak. Lebih kurang 30 minit kami sampai ke puncak. Boleh tahan penat dan berpeluh satu badan.Bila sampai kat puncak, wowwwwwww, cantiknyaaaaaaa pemandangan, rasa sangat tenang dan terasa kehebatan ciptaan Allah. rasa macam tak nak turun.
Masa nak balik, tiba-tiba je langit jadi gelap dan hujan turun dengan lebat. Kami terperangkap dekat sejam. Nak tak nak, kami kena bertolak balik ke tempat penginapan dalam keadaan hujan yang agak lebat sebab dah nak malam.Syukur semua selamat.
assalam. nk tnye. windmill dari kampung nelayan jauh tak? boleh jln kaki kesana je ke atau better naik taxi boat ke long beach? sya tgh plan nk kesana bln 9 ni.. tgh usha2 pakej yg elok terjmpa blog awk ni.. hehe =)
ReplyDeletekena naik bot...perjalanan dari perhentian kecil (kampung nelayan) ke windmill lebih kurang 15 minit gak dgn bot
ReplyDeleteSalam. Boleh tau tak pergi kesana dengan pakej mana?
ReplyDeleteperhentian MJ....tengok facebook diorang
DeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteada tak yg stay kat kg nelayan n tak ambil pakej makanan?? Makanan kan mudah di dapati di kawasan berkenaan.
ada gak sya dengar naik speedboat tak de life jacket.. sya nak bwa student..so kna ambil langkah berjaga-jaga gak.
kat kg nelayan, mmg ade kedai2 makan n gerai makan..kedai runcit pun ade...boleh je klau tak mau pakej makanan, kena deal dgn penyedia pakej..setakat ni pakej perhentian MJ ade sediakan life jacket, bot lain tak tau le camne...
Deletepenginapan di pulau perhentian kecil, aktiviti snorkeling di pulau perhentian besar ya? dari perhentian kecil ke besar, naik apa ya? pakej MJ termasuk transport dr perhentian kecil ke taman laut perhentian besar?
ReplyDeleteYUP...MJ akan uruskan bot dari perhentian kecil ke besar
ReplyDelete