30 July, 2018

KAYAK SUNGAI BALING : ouhhhh Kayak Santai 18 km, Kepuasan Tip Top....

JULAI 2018

Orite.... Masa untuk adventure. Of course, this my team HIKING & ADVENTURE CLUB Kolej MARA Kuala Nerang. Lets go....kali ni, kita pergi BERKAYAK pulak menyusuri keindahan Sungai Baling sejauh 18 km sambil merasai pengalaman menakjubkan dan cabaran ekstrim yang pasti tidak dapat dilupakan ketika mengharungi sungai yang 1001 rintangan dan halangan. I just want to tell you...its awesome...

Perancangan dah lama, Alhamdulillah tahun ni tercapai impian. Saya cuba menghubungi guide yang menguruskan pakej Kayak Baling iaitu Cikgu Jack, no telefon 019-5034132 dan tengok-tengok gak facebook kayak baling dan kayakbaling.blogspot.com, kayakbaling.com. Kalau tengok testimonial peserta-peserta sebelum ni yang pernah mengikuti pakej Cikgu Jack Baling, semua berpuashati dan best. Yup, sebab kita bawak student ni, kena kaji dan analisis betul-betul dari segi keselamatan, pakej dan sebagainya sebabnya kalau jadi apa-apa, confirm saya dipersalahkan.

Sebenarnya team Kayak Baling menawarkan 3 pakej :

  1. XPDC 1 : Berkayak dari Kg Dusun Raja hingga Kg Sg Limau dengan jarak 18 km. Bayarannya RM 90 seorang. Pakej termasuk sarapan pagi, makan tengahari, air botol, buah, roti, river guide, peralatan kayak, pengangkutan ke starting point. Minima 12 orang dan maksima 30 orang.
  2. XPDC 2 : Berkayak dari Kg Dusun Raja ke Kg Tok Weng dengan jarak 10 km. Bayarannya RM 85 seorang. Pakej sama seperti XPDC 1. Minima 12 orang dan maksima 30 orang
  3. FUN TRIP : Kg Sg Durian ke Kg Tok Weng atau Baling ke Kg Sg Limau dengan jarak 5 km. Bayarannya RM 45 seorang. Pakej termasuk air botol, makanan ringan, river guide, peralatan kayak dan pengangkutan ke tempat mula. Minima 6 orang dan maksimum 30 orang
Bila fikir-fikir dan bincang-bincang, kami buat keputusan ambik PAKEJ XPDC 1 sejauh 18 km. Dah alang-alang, biar kayak sampai puas dan sampai lenguh satu badan. Team kami seramai 30 orang (15 lelaki dan 15 perempuan). Memang sengaja ambik balance jantina sebab plan satu kayak mesti lelaki & perempuan. Terima kasih cikgu Jack bagi diskaun, so bayar RM 80 je sebab kami ramai kot.

Bila dah confirm tarikh, kami beri senarai nama, no kad pengenalan, alamat, nama waris dan no. telefon waris kepada cikgu jack bagi tujuan urusan laporan polis. Jangan bimbang, cikgu Jack ni memang otai dan pakar dalam kayak, mempunyai jurulatih rekreasi kebangsaan , jurulatih asas kayak MBOCE/MASCA dan pingat Gangsa Persatuan Penyelamat Kelemasan Kebangsaan. Ada 5 orang lagi guide pun power-power, sangat berpengalaman dalam dunia kayak.

Aturcara 1 hari Kayak yang dicadangkan guide :

8.00 pg - Berkumpul di stor kayak baling di Simpang Telok Teduri, Kg Tok Lipan. Kemudian sarapan disediakan dan bersiap-siap tukar pakaian.

8.30 pg - Bergerak ke starting point di Kg Banggol Derrom, Bonggor dan turunkan kayak
9.30 pg - Taklimat Keselamatan dan Teknik Kayak
10.30 pg - Ekspedisi Kayak BERMULA
12.30 tgh - Rehat 
2.30 ptg - dijangka sampai di Kg Sungai Limau, angkat kayak masuk lori dan bersihkan diri
3.30 ptg - Makan tengahari disediakan dan bersurai

Pastikan pakaian sesuai seperti seluar tight, seluar sukan, baju ketat, baju tshirt, kasut air atau selipar bertali atau kasut getah. Senang cerita janji berkasut le. Kami menaiki bas dari Kuala Nerang Kedah dan dinasihatkan berhenti di tepi jalan Sekolah Menengah Tengku Putra. Nanti ada guide akan tolong hantar ke stor kayak.

STOR KAYAK BALING

Hampir 2 jam kami sampai di Sek Men Tengku Putra dan cikgu Jack jemput sendiri dan bawa kami ke stor kayak. Sampai di stor, kami pun bersarapan nasi lemak beserta kuih muih. Ouhhh kenyang. Boleh salin pakaian kat sini.




STARTING POINT
Dah abis sarapan, kami pun di bawa ke starting point, dekat 30 minit gak baru sampai kat sungai. Kayak pun tersedia, eeeee... tak sabar nak kayak dah ni.

 

TAKLIMAT KAYAK
Ni part paling penting SOP. Cikgu Jack memperkenalkan diri dan 5 orang guide yang lain. Kemudian taklimat risiko dan keselamatan pastu taklimat teknik berkayak. Jangan bimbang, cikgu Jack ajar sangat detail, siap buat demonstrasi lagi, confirm faham la. Kemudian bila semua dah faham, kami pun mula buat aktiviti senaman ringan dan berdoa semoga diberi perlindungan dan keselamatan sepanjang ekspedisi 18 km ni.
 
 
 
 
SEBELUM MASUK SUNGAI, AMBIK GAMBAR DULU

WATER CONFIDENT
Ni aktiviti yang MESTI supaya nak membiasakan diri dengan keadaan air dan teknik apungan serta nak try jaket keselamatan samaada berfungsi dengan baik atau tidak. Ouhhh best...sejukkk...

 
 

10.30 PAGI - BERMULA KAYAK
Yup, 15 minit pertama memang kelam kabut nak handle kayak, sekejap langgar tebing, sekejap berpusing, sekejap terlanggar kayak orang lain. Takpe, slow2, bila dah lama kayak, semua akan ok dengan sendirinya.

CABARAN SUNGAI BALING ni memang boleh tahan hebatnya. Tapi masa kami berkayak, airnya agak cetek disebabkan kurang hujan :

  • Kondisi air sungai memang berubah-rubah. Ada air yang tenang, ada air yang deras. Laluan selekoh, laluan air sungai berbatu, laluan air sungai yang cetek yang menyebabkan kami terpaksa angkat kayak, menuruni jeram yang agak curam dengan air yang sangat laju. Langgar batu sungai, langgar tebing, langgar pokok buluh dan ranting-ranting kayu yang berjuntai di sepanjang sungai. Semua tu perkara biasa, cabaran yang pasti kita tempuhi. Berhati-hati, pasti ada kecederaan tercucuk duri pokok atau terkena ranting kayu dan buluh kat kepala.
  • Hampir semua kayak TERBALIK bila kita tersalah teknik kayuh dan gagal kawal kayak dengan baik terutama bila kita melalui arus yang deras. Kayak saya pun terbalik gak sampai GOPRO HERO 5 saya jatuh dalam air sungai yang deras. Memang tawakal je la. Tapi Alhamdulillah , guide-guide ni memang expert betul la. Diaorang selam, menggagau kat batu-batu, akhirnya jumpa gak tersangkut celah-celah batu.


 
 
 
 

REHAT JAP SETELAH BERJAM-JAM KAYUH KAYAK.


 
 

SUNGAI, DENGAN PEMANDANGAN INDAH SEKITAR PEKAN BALING DAN GUNUNG BALING. Disini airnya agak cetek dan banyak pulak batu dan arusnya pun agak deras. Memang banyak kayak yang bocor terkena batu-batu tajam, tiba-tiba je air masuk kayak. Memang terbaik guide-guide ni, bila ada kayak bocor je, on the spot, diaorang akan tampal. Bila kayak terbalik  atau air masuk dalam kayak, memang kami gotong royong le buang air dalam kayak. Aduiii...berat giler.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

PERJALANAN TERHENTI LAGI. aahhhhhh, ada sorang peserta, iphone jatuh dalam kawasan sungai yang deras. Alhamdulillah, guide berjaya jumpa. Moralnya lebih baik jangan bawak handphone atau kalau nak bawak kena ikat ler betul-betul. Dah masuk solah, kami solah zuhur dulu kat kebun orang.
 

Bagi kami, XPDC ni memang best, menyeronokkan dan berbaloi. Selain mengharungi pelbagai cabaran sungai, kita boleh saksikan macam-macam tumbuhan semulajadi sekitar sungai, dusun-dusun buah dan pelbagai lagi keindahan sekeliling terutama bila melalui Gunung Baling, seronok melihat kehidupan masyarakat setempat, ada yang memancing, seronok tengok keluarga berkelah kat tepi sungai, pastu budak-budak kat sini selamba je dengan penuh keriangan berenang sambil melambai-lambai tangan kat kami. Memang sakit bahu dan sakit badan dan memang stress nak handle kayak sejauh 18 km, kadang-kadang tu agak rabak kat mental namun di hati kecil kami, ianya pengalaman yang sangat hebat untuk menjadikan kami manusia yang hebat dan tidak sekali-kali berputus asa, sangat menakjubkan, rasa sangat bersyukur dan kami rasai sendiri ketenangan sambil ucapkan Maha Suci Allah dengan melihat sendiri kehebatan ciptaanNYA.

SETELAH 6 JAM BERKAYAK.
Kami sampai kat penamat hampir jam 5 petang. Memang banyak cabarannya, tu yang lewat sampai. Setelah masukkan kayak kat dalam lori, kami pun bersihkan diri di sekolah yang berkaitan. Terima kasih Pak Guard benarkan kami pinjam tandas kat sekolah. Dah selesai semua, kami pun kembali ke Stor Kayak untuk makan besar....yeaaaaaa....Mission Accomplished

No comments:

Post a Comment