13 February, 2011

SURABAYA, INDONESIA ; Kecewa Tak Dapat Pergi Gunung Bromo.....

JANUARI 2011

Surabaya adalah bandar ke-2 terbesar di Indonesia dengan lebih 2.7 juta populasi penduduk.Sebenarnya, terfikir nak pergi Surabaya ni sebab nak pergi Gunung Bromo. Nak tengok pemandangan sekitar gunung berapi tapi disebabkan Gunung Bromo kembali aktif maka semua pelancong diharamkan pergi ke sana atas dasar keselamatan. Kecewa...kecewa...

Kami guna pakej CT Global Travel. Bayar RM 680. Kami naik flight Airasia dari Penang ke Surabaya.Kami sampai pukul 10.00 malam lebih. SURABAYA berasal daripada simbolik perjuangan mitos antara
suro (ikan yu) dan boyo (buaya) yang akhirnya diberi nama Surabaya.Menurut lagenda, hari jadi Surabaya yang ditetapkan pada 31 Mei setiap tahun sejak 1293 merupakan hari kemenangan pasukan Majapahit yang dipimpin Raden Wijaya terhadap pasukan kerajaan Mongol.Pasukan Mongol yang datang dari laut itu digambarkan sebagai suro yang juga bermaksud berani dan pasukan Raden Wijaya dari arah darat digambarkan sebagai boyo atau berani.

Destinasi pertama...pergi makan dulu kat Rawon Setan. Nama memang menakutkan tapi pelanggan dia bukan syaitan.Dengar cerita, Pak Menteri dan artis pun pernah makan kat sini.Sebenarnya tak sedap mana pun makanan dia, tapi disebabkan dah lapar, belasah je laaa...



MASJID DAN MAKAM SUNAN AMPEL

Kami pun check in Hotel. Jam 5.00 pagi keesokannya, kami ambik beca, pergi Masjid dan Makam Sunan Ampel.Terkejut kami, pukul 5 pagi dah terang. Kalau kat Malaysia ni, tengah sedap tidur.Keadaan di sini, pada awalnya menggerunkan kami. Sebabnya, ramai orang meratib, berzikir, berdoa dan membaca Al-Quran di sekeliling makam Sunan Ampel dan makam-makam lain yang dianggap mempunyai karamah tertentu pada zaman hidupnya seperti Mbah Soleh dan Mbah Bolong.Di Malaysia, suasana macam ni memang takde, kecuali hari raya je, ramai orang ziarah kubur.

Dikhabarkan orang yang menjaga makam, "suasana orang ramai kat sini berlaku setiap masa dan setiap hari. Tak kira pagi, petang, malam, tengah malam dan waktu subuh.Kalau malam jumaat lagi ramai pak ".Ya Allah macam pesta rasanya. Ini kalau kat Malaysia, confirm kena tangkap dengan polis atau Jabatan Agama Islam. Atau pun kena ISA. Atau pun dianggap ajaran sesat.

SUNAN AMPEL

Beliau dinggap salah seorang Wali Songo. Jasa beliau ialah pencetus dan perencana utama kewujudan kerajaan Islam di bawah raja yang pertama iaitu Raden Patah, seorang murid dan menantunya sendiri.Beliau turut mendirikan Masjid Agung Demak pada tahun 1477. Dakwahnya bersifat sederhana dan lebih menekankan akidah dan ibadah.'Trade mark' Sunan Ampel ialah mengenalkan istilah LIMO ( Moh main, moh ngombe, moh maling, moh madat, moh madon ). Maksudnya 'tidak berjudi, tidak minum minuman keras, tidak mencuri, tidak menghisap dadah dan tidak berzina'. Wafat pada tahun 1481 M di Demak dan dimakamkan di Masjid Ampel Surabaya.

CERITA MBAH SOLEH

Diceritakan kepada saya Mbah Soleh ni mempunyai karomah iaitu seorang manusia yang di kubur hingga sembilan kali. Di samping Masjid Agung Sunan Ampel ada 9 kuburan yang berjajar. Itu bukan kuburan 9 orang, tapi hanya makam 1 orang iaitu murid Sunan Ampel yang bernama Mbah Sholeh.
Mbah Sholeh adalah tukang sapu Masjid Ampel di masa hidupnya Sunan Ampel. Apabila menyapu lantai masjid sangatlah bersih sekali. Ketika Mbah Sholeh wafat beliau dikubur di depan Masjid. Ternyata tidak ada orang lain yang sanggup mengerjakan pekerjaan sehebat Mbah Sholeh.Kemudian terucaplah kata-kata dari bibir Sunan Ampel, “Bila Mbah Sholeh masih hidup tentulah masjid ini menjadi bersih”.
Tiba-tiba muncul Mbah Sholeh ada di masjid sedang menyapu lantai. Seluruh lantaipun menjadi bersih lagi. Orang-orang kehairanan mengetahui Mbah Sholeh hidup lagi.Beberapa bulan kemudian Mbah Sholeh wafat lagi. Masjid kotor lagi, lalu terucaplah kata-kata Sunan Ampel seperti dulu, Mbah Sholeh pun hidup lagi. Hal ini berulang-ulang sampai kuburannya ada 8.
Pada saat hidupnya yang kesembilan kali, Sunan Ampel meninggal dunia. Beberapa bulan kemudian Mbah Sholeh juga wafat lagi. Sehingga kuburan Mbah Sholeh ada sembilan. Kuburan yang terakhir yang paling timur dan paling tinggi.

CERITA MBAH SONHAJI (MBAH BOLONG).

Beliau adalah salah seorang murid Sunan Ampel yang juga mempunyai karomah luar biasa.Dulu, pada waktu pembangunan Masjid Agung Sunan Ampel, Sonhaji-lah yang ditugasi mengatur letak pengimamannya. Sonhaji bekerja dengan tekun untu pastikan pengimaman menghadap ke kiblat.Tapi setelah bangunan itu siap, ramai orang ragu tentang arah kiblat yang dibuat oleh Sonhaji.Sonhaji tidak menjawab melainkan melubangi dinding pengimaman sisi barat lalu berkata “Lihatlah lewat lubang ini. Nanti kalian akan tahu apakah pengimaman ini sudah menghadap kiblat atau belum?”.
Orang-orang segera berebut melihat ke dalam lubang yang di buat Sonhaji. Ternyata dari dalam lubang itu mereka dapat melihat Ka’bah yang di Mekkah.
Orang-orang pun merasa kagum. Sejak itu mereka tidak berani menganggap remeh pada Sonhaji. Dan Sonhaji akhirnya mendapat julukan Mbah Bolong.


Gambar di atas : Menuju ke Masjid Ampel pada jam 5.30 pagi



Gambar di atas : Suasana sekitar Masjid Ampel

BANJIR LUMPUR PANAS SIDOARJO.

Kami berkesempatan melihat sendiri malapetaka besar yang disebabkan oleh kesilapan tangan manusia.Mengucap banyak saya....Kejadian ini berlaku pada Mei 2006 dan sehingga sekarang ( 2011), malapetaka ini masih berlaku.Puncanya ialah kesilapan menggerudi bawah tanah oleh syarikat Lapindo Brantas untuk mendapatkan gas.Entah macam mana, tiba-tiba keluar lumpur panas yang membuak-buak yang sangat banyak dan tidak berhenti-henti sehingga sekarang. Kesan banjir lumpur ini menyebabkan :
  • Menenggelamkan 16 kampung dengan ketinggian sehingga 6 meter. Maksudnya lumpur ni menenggelamkan lebih 10,000 unit rumah, bangunan, kilang, sekolah, bangunan kerajaan, infrastruktur, jalan raya, masjid, kawasan sawah, ladang tebu, lebih 1000 binatang ternakan sehingga menjadi padang jarak padang tekukur. Lebih daripada 10,000 penduduk dipindahkan.
Masa kami kat sini, buldozer dan lori sedang sibuk menambak tanah untuk mengelakkan daripada lumpur tu menjalar lebih jauh ke kawasan lain. Rasanya tambak tu tingginya lebih 6 meter.



Gambar di atas : Bayangkan, suatu ketika dulu, kawasan tersebut adalah kawasan perumahan dan kampung yang padat. Sekarang hilang sekelip mata akibat kesalahan manusia.
Gambar di atas : Nampak tak tambak tu..tinggi... sebelah jalan utama. Kalau tak dibuat tambak ni, habis la Surabaya..tenggelam la jawabnya.


TAMAN SAFARI INDONESIA II

Taman Safari di Indonesia ni ada 3 je. Jawa Barat, Bali dan Surabaya. Taman Safari II di ketinggian lebih 800-1500 meter dan berada dilereng gunung Arjuno.Uniknya Taman Safari ni ialah pelawat boleh bawak kereta sendiri masuk dalam taman dan menyaksikan sendiri beribu binatang yang berkeliaran di kawasan hutan semulajadi. Suasananya memang betul-betul real, tanpa ada sebarang pagar.

Kita boleh saksikan harimau dan singa dengan selambanya berbaring di atas jalan dan melintasi kenderaan kita. Kita boleh beri makan (binatang jinak je la ) dan boleh pegang binatang yang jinak dari pintu kenderaan kita.

Pastu kita boleh saksikan pertunjukan gajah dan pertunjukan lakonan bertajuk 'Global Warming'.Paling best sekali bila kita boleh bergambar dengan harimau dan singa hidup. Mula-mula tu takut gak kena baham....












Gambar di atas : Harimau & singa tu bukan patung ye...betul tu...hidup dengan sihat lagi tu...amacam ada berani...

JOM MAKAN KAT RESTORAN SEDERHANA MASAKAN MINANG



BELI BELAH KEREPEK DI KEDAI HARUM MANIS

Segala macam jenis kerepek ada kat sini. Kerepek epal, kerepek nangka, kerepek pisang salai dan macam-macam lagi la kerepek yang takde kat Malaysia



KUSUMA AGROWISATA, KOTA BATU, MALANG

-Pusat Pelancongan Agro pertama di Indonesia-
Boleh tahan besar ladang epal ni.Suasana kat sini sejuk dan berangin. Pemandangan cukup indah dengan ketinggian 1000 meter dari aras laut dan berlatarbelakangkan gunung-ganang.Selain ladang epal, kat sini juga ada ladang strawberi, jambu dan buah naga. Ada jugak, binatang-binatang eksotik yang dipamerkan. Masa kami pergi hanya ada buah epal hijau sahaja. Itu pun dah banyak dituai. 

 Kami diberi peluang untuk petik buah epal sendiri dengan bayaran tertentu, pastu dijamu dengan air epal yang segar.Bila kami makan buah epal ni...mak aiiiiiiiiiii... masamnyaaa...liat dan tawar...kalau buat jus ok kot. Akhirnya buah epal tu kami buang je...sebab tak sedap..






 

AIR TERJUN COBAN RONDO

Selepas puas bermain epal, kami berkesempatan untuk menikmati pemandangan di Air Terjun Coban Rondo. Tempat dia dikawasan tanah tinggi, sejukkkkkk, pemandangan sangat cantik dikelilingi pokok ru.Air terjun ni ada mitos tersendiri.Mengikut mitos, kisah disebalik nama Coban Rondo bermula daripada sepasang suami isteri iaitu Dewi Anjarwati dari Gunung Kawi, Raden Baron Kusumo dari Gunung Anjasmoro.

Namun selepas 36 hari melangsungkan perkahwinan, Dewi Anjarwati mengajak Raden Baron ke tempat asal suaminya itu. Namun orang tua si isteri tidak mengizinkan kerana usia pernikahan mereka baru 36 hari atau disebut ‘Selapan’ dalam bahasa Jawa.Bagaimanapun kedua-duanya ingkar dan berkeras mahu mengambil risiko jika apa-apa terjadi dalam perjalanan mereka.Dalam perjalanan, mereka dikejutkan dengan kehadiran Joko Lelono yang akhirnya terpikat dengan kecantikan Dewi Anjarwati. Maka terjadilah pergaduhan antara Raden Baron dan Joko Lelono.Raden Baron sempat berpesan kepada isterinya agar bersembunyi di ‘coban’ atau air terjun.Pertelingkahan antara Raden Baron dengan Joko Lelono mengakibatkan kedua-duanya terkorban. Akibatnya Dewi Anjarwati menjadi seorang janda yang dalam bahasa Jawa disebut ‘rondo’.
Jadi sejak dari itu air terjun berkenaan dikenali sebagai Coban Rondo. Kononnya juga batu besar yang terdapat di bawah air terjun itu merupakan tempat duduk sang puteri merenung nasibnya.( Sumber: MStar online)

 
 

BATU NIGHT SPECTACULAR, KOTA WISATA BATU

Sebenarnya kami tak minat sangat pergi tempat ni tapi dah dalam pakej, pergi je la. Kami sempat main perang laser sebab tak pernah main. Tak pasti kat Malaysia ada ke tidak...



 


HOTEL KARTIKA GRAFA DI KOTA WISATA BATU. TEMPAT KAMI MENGINAP


MASJID MUHAMMAD CHENG HO

Kompleks Masjid Muhammad Cheng Hoo Surabaya mengambil ilham bentuk Masjid Niu Jie di Beijing yang dibangun pada tahun 996 Masehi. Masjid ini dibangun dengan konsep tanpa pintu sebagai simbol keterbukaan.Masjid ini diharapkan dapat menghubungi silaturrahim segala perbezaan dalam masyarakat Indonesia.

Pada sisi utara dan selatan bangunan utama terdapat bangunan sokongan yang lebih rendah daripada bangunan utama. Ukuran 11 meter pada bangunan utama masjid diambil dari ukuran panjang/lebar Ka'bah saat pertama kali dibangun oleh Nabi Ibrahim AS. 
Bangunan ini direkabentuk menyerupai unsur Buddha, Hindu dan Kristian. Contohnya bahagian atas bangunan utama wujudnya pengaruh Hindu Jawa. Bentuknya menyerupai pagoda, berbentuk segi 8 (pat kwa). Angka 8 dalam bahasa Tionghoa disebut Fat yang bererti kejayaan dan keberuntungan. Anak tangga di bahagian serambi masjid berjumlah 5, menunjukkan rukun Islam. Manakala anak tangga di bahagian dalam masjid berjumlah 6, mrnunjukkan rukun iman.

Pada bahagian depan bangunan utama terdapat ruangan yang dipergunakan oleh imam untuk memimpin solat dan khutbah yang sengaja dibentuk seperti pintu gereja.Warna dominan pada bangunan masjid: merah, kuning, biru dan hijau. Dalam kepercayaan Tionghoa, warna merah adalah simbol kebahagiaan, warna kuning adalah simbol kemashuran, warna biru adalah simbol harapan, dan warna hijau adalah simbol kemakmuran.

Pada sisi utara masjid terdapat unsur rekaan Muhammad Cheng Hoo bersama armada kapal yang digunakannya dalam mengarungi Samudera Hindia sebagai mengenang 600 tahun yang lalu, laksamana Tionghoa yang taat menjalankan ajaran Islam di Tanah Indonesia bernama Muhammad Cheng Hoo.

 

'SHOPING' DI SURABAYA. Lupa pulak apa namanya Surabaya Mall kot...
 
 


MAKAN TENGAHARI PASTU CHECK IN FLIGHT PASTU BALIK....


2 comments:

  1. http://www.kripikita.com

    ReplyDelete
  2. yuk main ke jawa barat \m/ banyak gunung-gunung bagus :)

    salam kenal ya btw
    http://rpdksm.blogspot.com/

    ReplyDelete