07 January, 2014

EKSPO 100 GAJET RAHSIA DORAEMON : Patung Doraemon je...We Want More...We Want More...


Disember 2013

Publisiti pameran ni boleh tahan hebat. Ada 28 syarikat menjadi Partner Official seperti Astro, AirAsia, radio Era, radio Hitz, Pos Malaysia, BHP, Viva Shopping Mall, Sharp, Visa, BSN, F&N dan sebagainya. Harga tiket pun boleh tahan mahal, Dewasa : RM 25, Kanak-kanak: RM 15. Pameran ni dikatakan PERTAMA di Asia Tenggara selepas pernah dipamerkan di Jepun, Hong Kong dan Taiwan. Kos membawa Doraemon ke Malaysia oleh penganjur Animation International sahaja sebanyak RM 8 juta. Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, pameran ini bermula 14 Disember 2013 dan berakhir pada 23 Mac 2014 bertempat di Viva Shopping Mall, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.

Saya tertanya-tanya 'adakah ianya berbaloi' sekadar menyaksikan lebih 100 patung Doraemon yang tidak bergerak dengan pelbagai memek muka dan menyaksikan lebih 100 gajet Doraemon yang tak tahu pun apa kegunaannya. Dalam erti kata lain, patung yang tiada interaktif  dan tiada pergerakan langsung. Nak pegang dan duduk dekat sikit dengan patung Doraemon pun dah kena jeling dengan petugas kat situ. Bagi saya tiada kepuasan dan seperti 'nothing' bila keluar dari dewan pameran tu. Decoration pameran ni pun nampak simple je.Walaupun begitu, ramai gak pengunjung dan bersesak-sesak ambik gambar sebelah Doraemon. Cuma kelebihannya, anak-anak saya nampak ceria je, kira ok la tu. Akhirnya, saya abis RM 60 untuk berjalan selama 45 minit sekadar berebut ambik gambar sebelah patung Doraemon yang takde perasaan....Apa-apa pun, yang penting, dapat meluangkan masa dengan anak-anak....

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

1 comment: