SEPTEMBER 2013
TRICK ART MUSEUM
Dikatakan lukisan 'Trick Art' bermula 2000 tahun dahulu terutama ketika era Renaissance dan muzium pertama 'Trick Art' di dunia berasal dari negara Jepun. Sekarang ni, dah banyak Muzium 'Trick Art' di dunia contohnya Korea, Paris, USA, Filipina, Thailand dan tidak ketinggalan, Malaysia. Kalau mengikut kajian, bagusnya apabila tengok 'trick art' ini ialah ianya boleh Merangsang Otak kita
So, bila dah ada kat i-City Shah Alam ni dan pertama di Malaysia (mengikut Malaysia Book of Records), rasa teruja pulak nak tengok. Dengan bayaran RM 5 seorang, saya cuba nak kongsikan fakta-fakta menarik berkaitan 'Trick Art Museum' di Shah Alam ni yang pernah direkodkan purata 90,000 pengunjung seminggu:
- Semuanya adalah lukisan Catan dan bebas tangan yang dilukis di dinding dan lantai muzium setinggi dua tingkat dengan keluasan 743 meter persegi dan berkonsepkan aplikasi 3D. Pelukisnya dari Iran, China dan Korea yang mengambil masa 2 bulan untuk disiapkan. Hebatnya pelukis dari China ni, tak perlu nak ukur-ukur, dapat gambar terus lukis. Kalau pelukis Korea pulak diorang kena besarkan skala lukisan dulu sebelum dilukis didinding. Yang pasti, semua lukisan di sini 'perfect', 3D dan sukar mencari titik kelemahannya. Jangan bimbang, menurut bos museum ni, setiap 9 bulan akan ada lukisan-lukisan baru. Jadi boleh la kerap datang.
- Terdapat lima motif lukisan iaitu : 1) Lukisan Termasyur. 2) Pengembaraan Makam Mesir. 3) Alam Haiwan. 4) Kehidupan Marin. 5) Adiwira Klasik
- Semua lukisan di sini bebas disentuh. Bila kita tengok lukisan ni menggunakan mata kasar, ianya sekadar lukisan. Tetapi, bila kita masuk dalam gambar tersebut, kemudian ambil gambar dengan pelbagai posisi yang dicadangkan (terdapat lebih 100 gaya dicadangkan), kemudian tengok balik gambar yang dirakam tadi. Memang pasti kita akan lihat seolah-olah gambar itu hidup dan sedang berinteraksi dengan kita.
Cuma satu je masalah, anak saya cukup tak suka tempat ni. Yang sorang menangis sebab bosan, yang sorang lagi menangis sebab takut. Jadi, tak sampai 30 minit kami dah keluar. Mungkin sesuai untuk pencinta seni dan kanak-kanak yang dah berakal kot.
i-KIDZ WORLD
GIANT FERRIS WHEEL & FUN WORLD
GIANT FERRIS dengan ketinggian 100 meter. Dengan bayaran RM 10 seorang, kita boleh berpusing lebih kurang 15 minit dan menikmati pemandangan sekitar i-City dan Shah Alam.
FUN WORLD
BUMPER CAR
ARCHERY
i-City HOTEL. Tempat kami menginap. Betul-betul berada di dalam i-City dan harganya sekitar RM 150 semalam. Ada sarapan nasi lemak dalam polistrin dan roti kosong + kaya beserta air teh & kopi. Kelebihan hotel ni ialah tempatnya sangat dekat dengan semua tarikan di i-city. Boleh le dapat parking murah sikit.
No comments:
Post a Comment