07 December, 2016

MAHA 2016 : Tertua, Terbesar dan Terunik di Malaysia

Disember 2016
Luas betul MAHA ni. 1 hari memang tak cukup nak explore semua tempat walaupun kita datang pukul 10.00 pagi sampai 10.00 malam. Terlalu banyak pameran, aktiviti jualan, aktiviti MAHA setiap tempat yang tak pernah sunyi dan terlalu sibuk dengan pengunjung sekitar 100,000 orang sehari. Walaupun berpanas, berjalan dari tempat parking yang jauh dan bersesak-sesak menaiki tram/bas/trak dari satu tempat ke satu tempat, namun pengunjung tetap setia dengan MAHA yang diadakan 2 tahun sekali ni sebab ianya sangat berbaloi dan sangat berfaedah dan menyeronokkan walaupun dalam penat.

Pameran MAHA dalam dewan sahaja seluas 6 kali keluasan padang bola, apa lagi pameran kat luar dianggarkan seluas 35 padang bola. Pengunjung boleh mengunjungi Laman Padi, Laman Ternakan, Laman Perikanan, Laman Nanas, Laman Herba, Laman Florikultur dan Laman Jentera. Selain itu ada 14 pavilion negeri yang mempersembahkan produk negeri, demonstrasi, budaya, makanan, minuman dan sebagainya. Masih mengekalkan seperti dulu dan menjadi tumpuan pengunjung iaitu Jualan Bahan Pertanian dan Jualan makanan, minuman dan lain-lain produk yang melibatkan lebih 1500 gerai. Hampir 20 negara lain pun ada gak join pameran MAHA seperti Korea, Afrika Selatan, Fiji, India dan sebagainya.

Ada beberapa tarikan terbaru MAHA 2016 seperti Kampung Durian Runtuh Upin-Ipin (masuk kena bayar RM 20+), Kampung Mok Cun (banyak jualan daripada selebriti), Tapak perkhemahan berbentuk cube dan pentas konsert dinamakan Ryythm of The Farmers.

Fakta-fakta lain MAHA 2016 :
  • Empayar makanan. Lebih 168 sajian makanan popular di Malaysia
  • Tuna in The House, Rumah Nelayan Terbalik, Kindom of Shark, rangka ikan paus dan merasai ikan termahal
  • Lembu Sado dan pengalaman di Farmville
  • Konsert di Rhythm of the Farmers
  • Lebih 180 bas, tram, bugy, wagon. Ada 20 hentian tram

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment