DISEMBER 2011
Festival Kesenian ini membuatkan saya tertanya-tanya... Mengapa Festival yang mempunyai 'standard' antarabangsa tetapi dibuat di kawasan perkampungan kecil dan pekan koboi yang jauh dari Kuala Lumpur dan bandar berhampiran. Satu lagi, pameran utama di buat pula di Sekolah Rendah Cina Chung Wah. Sekolah rendah je yang anjurkan....Satu lagi, dekat dengan rumah emak saya, hanya 10 minit perjalanan. Pameran bahan terbuang pula boleh dilihat di tepi jalan raya utama....
Apa yang menarik perhatian saya ialah seni yang dipamerkan adalah sangat unik, seni diluar kotak fikiran dan menggunakan banyak bahan-bahan terbuang. Ada seni yang dibuat daripada botol mineral water, dawai, arang, tin, tong, batu, kayu sampan terbuang, bakul ikan, saluran paip, jaring, jala ikan dan sebagainya. Memang unik dan banyak memberikan saya idea untuk mengajar.
Sekolah Rendah je yang anjurkan tetapi hebat... |
Hasil seni yang dipamerkan melibatkan 60 artis (penggiat seni) dari Malaysia, Vietnam, Thailand, China, Filipina, Singapura, Hungary, Itali, Indonesia, Japan, Denmark, India, Romania, Amerika, Taiwan dan Mongolia. Hebat !!!!
Kali pertama dianjurkan pada tahun 2008, kini ianya kembali untuk festival kali ke-2 yang dirasmikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid. Kita boleh layari beberapa hasil seni yang menarik dalam www.sasaranarts.org........So enjoy dengan gambar-gambar di bawah....
No comments:
Post a Comment