08 October, 2018

FELDA RESIDENCE HOT SPRINGS SUNGAI KLAH PERAK : Jom Mandi Kolam Air Panas....

SEPTEMBER 2018


Jika melalui Lebuhraya Utara Selatan, keluar ikut susur keluar Sungkai. Ikut jer waze atau signboard menuju Felda Residence Hot Springs. Apa yang pasti, kita akan melalui ladang kelapa sawit, melalui perkampungan Felda Sungai Klah dan sampai di kawasan yang agak pedalaman dan sunyi dari kesibukan. Pengunjung boleh menginap di Deluxe Room dengan harga sekitar RM 180 hari biasa dan RM 220 - 250 jika hari cuti. Bayaran ini termasuk sarapan untuk 2 orang dan 2 tiket masuk Kolam Air Panas. Kalau terlebih orang, kena bayar asing tiket Kolam Air Panas tu dengan harga dewasa RM 15 dan kanak-kanak RM 12. Ada gak Villa, harganya antara RM 500 - RM 1,100.


Lepas je check in, kami tak buang masa dan terus pergi ke Kolam Air Panas Sungai Klah. Lokasinya di belakang Felda Residence ni je dan tak perlu naik kereta hanya berjalan 10 minit melalui kawasan pokok kelapa sawit. Kolam Air Panas Sungai Klah ni adalah antara tarikan utama pelancong dalam dan luar negara sejak dibuka tahun 2003 lagi. Setiap hari mesti ada pengunjung yang akan mandi dan berendam dalam kolam air panas yang dikatakan boleh mengubati penyakit berkaitan kulit. Di Semenanjung Malaysia, dikatakan ada lebih 60 kolam air panas dan salah satunya di Sungai Klah.

Memang terbaik tempat ni sebab kolam yang berkeluasan 6.5 hektar dikelilingi bukit-bukau, hutan semulajadi dan aliran sungai dengan mata air  semulajadi yang panas cukup menenangkan mata memandang. Rekaan kolam dan lanskap pun sangat bijak dan kreatif sebab diaorang buat longkang bermula dari pelbagai punca mata air panas kemudian air panas itu bergabung dan dapat mengalir dengan agak deras seterusnya memasuki kolam buatan.

Selain mandi kolam air panas, ada banyak lagi kemudahan yang disediakan seperti pusat SPA, pusat urutan, sewa basikal, kafetaria, kiosk, perkhidmatan lori tram, locker, guide, tandas dan bilik persalinan. Memang lokasi percutian kolam air panas yang direka secara 'world class' la.

KOLAM AIR PANAS
Ini adalah antara tempat 'favourite' pengunjung untuk berendam dan mandi. Jangan bimbang, airnya bersih sebab lantai dan dinding kolam ni dah dimosaik dan disimen. Airnya bersuhu antara 30 - 40 darjah celcius dan air ni memang daripada sumber semulajadi punca mata air panas dan ada bau-bau sulfur sikit.Ouhhh, bila mula-mula masuk tu, boleh tahan panas, tak dalam pun. Bila dah lama-lama dan suhu panas tu dah serasi dengan suhu badan baru la boleh mandi lama-lama. Tiba-tiba ada air pancut pulak, uhuuuu, best....
 









KOLAM MANDI SEJUK
Best..airnya tak panas pun. Kawasan agak luas dan tarikannya, ada gelongsor kat sini. Bagi yang nak berenang, ada kolam mandi yang agak dalam disediakan. Dikelilingi banyak pokok meredupkan suasana di sekitar kolam. Ada kiosk dan bilik persalinan untuk kemudahan orang ramai.








TAMAN AIR MINI KANAK-KANAK
Kanak-kanak cukup syok la tempat ni. Sambil menggelongsor sambil main air. Tempatnya kecil je, tak sesuai untuk mandi.






MEREBUS TELUR
Nak rebus telur kat kolam air panas yang bersuhu lebih 100 darjah celcius. 6 biji : RM 5 dan 30 biji : RM 20. 






TAMAN TERAPI
Berjalan kaki melalui kolam air panas di atas lantai refleksologi, kemudian buat rendaman kaki, ouhhhhh memang menyakitkan tapak kaki tapi In sha Allah baik untuk kesihatan.


JAMBATAN PUNCA MATA AIR PANAS
Kalau nak tau kat mana punca air panas ni, jom jalan-jalan kat jambatan yang dibina khas menyelusuri hutan paya. Subhanallah, memang kita akan nampak dengan jelas, air panas yang keluar dari celah-celah tanah dan batuan, kemudian dengan wap yang agak tebal dan berbau sulfur. Kemudian dibuat longkang, bila mata air ini bergabung akhirnya membentuk aliran air sungai yang panas.

Kalau ikut ilmu geografi, kat Malaysia ni, air panas yang keluar bukan disebabkan aktiviti gunung berapi tetapi disebabkan proses penyejukan magma dan pemanasan batu granit di dalam bumi. Air sejuk yang mengalir dari sungai, tasik, gunung atau air hujan akan masuk ke dalam tanah dan bertembung dengan batu granit yang panas. Kesannya air sejuk itu akan panas dan mengembang. Kemudian akan naik semula ke permukaan bumi. 




SEKITAR KOLAM AIR PANAS & RESORT
[Kolam 100 darjah celcius, Pondok Rehat, Tempat Memanah, Kiosk, Restoran, Kolam Ikan, Parking Kereta, Kawasan Lapang Ladang Kelapa Sawit dan Kafetaria Resort]








2 comments: