07 December, 2010

MAHA PINTU 1 : Saya suka Dewan A...

DISEMBER 2010

Camne dah tengok gambar-gambar kat PINTU 2 dan Pameran di bahagian tengah MAHA. 'Last' sekali, jom ikut saya pulak mengembara ke PINTU 1. Kat sini ada 4 dewan utama. Dewan A - Pameran berkaitan Kementerian, Jabatan Kerajaan, Agensi kerajaan, Institut Pengajian Tinggi, Persatuan dan Pertubuhan berkaitan Pertanian. Saya paling suka melawat Dewan ni la sebabnya nampak 'very profesional and knowledgeable'. Dewan B - Pameran & jualan barang-barang & perkhidmatan berasaskan agro daripada syarikat swasta. 

Dewan C - Pameran daripada syarikat antarabangsa berinsentifkan agro samaada syarikat Malaysia atau syarikat Luar Negara. Penglibatan daripada syarikat antarabangsa ini telah diiktiraf oleh Malaysia Book Of Records sebagai Pameran Pertanian Mendapat Penyertaan Antarabangsa Terbesar. Dewan D (tingkat bawah) - Kat sini beratus gerai-gerai menjual makanan dan minuman. 'Order' je apa, semua ada. Dewan D (tingkat atas) - Agrobazaar. Pameran dan jualan produk syarikat mikro, kecil dan sederhana. Ada lebih 400 gerai kat sini.. Fuhhh memang tak mampu den menengoknya...

PENGALAMAN DRAMATIK MAHA 2008


Masa saya dan 'family' pergi MAHA 2008. Ada satu kejadian yang cukup mendebarkan di MAHA Pintu 1. Tiba-tiba je ada seorang 'driver' bas India yang bawak bas penumpang MAHA mengamuk tak tentu pasal. Tiba-tiba bawak laju dan hon sepanjang masa, hinggakan bas ni hampir melanggar pengunjung MAHA. Apa lagi pengunjung kat tepi jalan tak kira kanak-kanak, perempuan dan orang tua berlari lintang pukang menyelamatkan diri termasuk la saya. Saya berlari la memegang anak saya dan membawa 'family' lari jauh-jauh dari tempat kejadian. Penumpang kat dalam bas terpekik mintak tolong. 

Suasana amat genting dan sangat menakutkan.Apa lagi, ramai la pengunjung yang sangat marah berlari kejar bas tersebut sambil membaling batu dan baling apa-apa yang ada kat tepi jalan sampai pecah cermin bas. Ada pulak pengunjung cuba berpaut kat pintu bas driver mengarahkan berhenti tapi pemandu tu makin laju di tengah-tengah orang ramai yang sesak Bila bas tu berhenti, pengunjung yang hilang sabar menarik pemandu bas India tersebut dan membelasah agak teruk, ada yang menendang, ada yang menumbuk, sehingga la polis datang. Bila kejadian tu berlaku, agak trauma saya, memang lepas ni tak mau bawak 'familiy' di tempat-tempat yang sangat 'crowded'. Risiko tinggi....

Saya nak pegi bangunan bumbung biru tu..
 Gambar di atas: Kenangan MAHA 2008

 
Pengunjung di Pintu 1 ni memang sangat ramai. Patut la MAHA 2010 ni dapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records sebagai Pengunjung Terbanyak Dalam Mana-Mana Pameran.

1. PENTAS PERSEMBAHAN..kebetulan masa ni ada persembahan masakan selebriti..



2. DEWAN A 

Pameran berkaitan Kementerian, Jabatan Kerajaan, Agensi kerajaan, Institut Pengajian Tinggi, Persatuan dan Pertubuhan berkaitan Pertanian.

 
 
 
 
 
 
 
 

2. DEWAN B, DEWAN D & DEWAN C

Pameran & jualan barang-barang & perkhidmatan berasaskan agro daripada syarikat swasta, syarikat EKS, Syarikat PKS dan syarikat antarabangsa.


 
 

Gerai makanan di DEWAN D- 'Ground'

  
 3. GERAI-GERAI JUALAN SEKITAR PINTU 1

1 comment:

  1. maha 2016 lagi la tak terkata ramainya.. 11 hari maha... 11 hari la jalan jem.. hahahah.. mmg best g maha

    ReplyDelete