PANTAI PORT DICKSON...Ini la 'trade mark' Negeri Sembilan daripada dulu sampai sekarang. Tempat kesukaan budak-budak dan kesukaan ahli keluarga. Kat sini je yang agak selamat kerana pantai nya landai berbanding pantai Terengganu & Kelantan. Walaupun landai, saya pernah hampir lemas kat pantai ni masa kecik-kecik dulu. Terlepas pelampung. Alhamdulillah ada cikgu tu nampak saya tenggelam timbul pastu cepat-cepat tarik tangan saya. Kalau tak, ermmm...takde la saya tulis blog ni.

2) TIARA BEACH RESORT
Tiara Beach resort adalah pantai dalam resort dan dikategorikan sebagai Malaysia's Biggest Man-Made Beach. Kat sini semua kemudahan ada dan tu sebabnya resort ni dianggap 'First Fully Integrated Resort'. Tengok sendiri la gambar kat bawah.
3) ILHAM RESORT & HUTAN REKREASI TANJUNG TUAN
Saya pernah 'jungle tracking' kat Hutan Tanjung Tuan. Pintu masuk bersebelahan je dengan Ilham Resort.Yang 'best' nya, hutan ni terletak di Negeri Sembilan tapi di bawah pemerintahan kerajaan Melaka. Hutan ni memang sempadan Negeri Sembilan - Melaka la.
Pintu Masuk Hutan Rekreasi Tanjung Tuan |
Dulu Tanjung Tuan dikenali sebagai Cape Richardo. Ada cerita mengatakan Tanjung Tuan dikaitkan dengan seorang nelayan yang ada keramat yang mengawasi puncak Tanjung Tuan. Mistik ni...Ceritanya begini, dulu apabila bulan mengambang, ada pusaran ganas di tengah laut kat Selat Melaka ni la. Semua nelayan akan tenggelam dan hilang apabila melalui pusaran ni kecuali nelayan sorang ni yang dianggap keramat. Entah betul...entah tidak...cerita orang tua-tua je.
Tapi apa yang pasti, Hutan Tanjung Tuan adalah persinggahan lebih 300,000 ribu ekor daripada lebih 54 spesis burung setiap tahun. Di puncak bukit, kita akan sampai di rumah api Tanjung Tuan dipanggil Rumah Api Cape Rachado.Rumah api asal telah musnah sejak abad ke-16 lagi akibat peperangan.Sebelum tiba di rumah api saya melalui beberapa telaga usang. Pemandu tu kata kemungkinan bekas tapak kaki Hang Tuah. Entah betul...entah tidak...Tapi bila tengok telaga ni memang tegak bulu roma. Kat sini juga, kita akan melihat pantai tersembunyi yang indah dan langsung tak tercemar. Kami juga melalui lereng-lereng bukit yang boleh tahan gak bahayanya.Kat sini gak, kita akan melihat air mata air yang mengalir di sebalik rekahan batu pantai.Saya sempat minum air ni menghilangkan dahaga.
|
Gambar di atas sebelah kiri...betul ke tapak Hang Tuah...payah sikit nak pecaya, takde bukti saintifik..
Gambar di atas sebelah kanan : Ingat lagi tahun 2009. Gempar satu Malaya kat Pantai Tanjung Tuan ada buaya yang berjaya dilihat oleh Khoo Swee Seng, ahli Persatu Pencinta Alam Malaysia. Panjang buaya air masin ni lebih kurang 2.5m, muncul 30 minit dan bergerak melawan arus arah selatan sekitar 20 meter dari pantai
No comments:
Post a Comment