25 March, 2015

ESCAPE THEME PARK PULAU PINANG: Biar Penat, Yang Penting Puas....

Sabtu, 21 Mac 2015, 
Escape Theme Park, Teluk Bahang, Pulau Pinang. (Bersebelahan Taman Rama-Rama )

Post kali ini, saya akan ceritakan pengalaman percutian yang menakutkan, memenatkan, mencabar fizikal & mental, memeluhkan seluruh badan dan menyakitkan satu badan. Walaupun begitu, kita akan rasa kepuasan, keterujaan, kehebatan dan keseronokan yang cukup berbeza.

Taman Tema Escape yang berkelas dunia ini yang asalnya tapak takungan air telah dibuka sejak November 2012, hasil idea dan kreativiti rakyat Malaysia Sim Choo Kheng. Beliau memang sangat berpengalaman menjadi perunding Taman Tema selama lebih 20 tahun. Antara hasil tangannya Universial Studio Singapore, Legoland Malaysia & Denmark, Lost Paradise Bahrain, Taman Tema Air Dubai dan sebagainya. Konsep Taman Tema ini cukup berbeza kerana menekankan cabaran dan kecergasan fizikal gabungan aktiviti zaman silam kanak-kanak dan aktiviti moden dan hubungannya dengan alam sekitar. So, jangan harap la ada roaler coaster, aircond yang sejuk, ada bumbung atau cahaya lampu yang cantik. Semuanya 100% berkonsepkan alam sekitar sehinggakan bumbung bangunan kat taman ni pun dihiasi tanaman rumput hijau. Selain itu, Escape mempromosikan kitar semula, penggunaan karbon rendah, penuaian air hujan dan bumbung sayur-sayuran.

Bayaran tiket jika beli di kaunter: kanak-kanak sehingga 3 tahun percuma, kanak-kanak junior 4-12 tahun RM 48, dewasa 13-60 tahun RM 68 dan warga emas RM 48. Saya tempah tiket melalui online dengan mengambil pakej sekolah/korporat melibatkan 37 orang. So, dapat la diskaun 20%, bayar RM 54.40 je untuk satu hari dari pukul 9.00 pagi - 6.00 petang. Pastu dibenarkan membawa 2 orang pelawat secara percuma hanya untuk memantau sahaja, main tak boleh. Andai kata kita tak jadi nak pergi hari tu dan nak tukar tarikh lain maka akan dikenakan charge RM 5 setiap orang. Kalau tak datang, abis la tak boleh nak ambik balik duit tu. Dibuka selasa - ahad. Isnin tutup.

Surau
Loker RM 8 satu
Setibanya di Escape, kami pun daftar dan setiap orang akan diberi gelang biru. Disebabkan berkumpulan saya terpaksa bayar deposit RM 50, kalau hilang gelang tu, abis la duit deposit tu. Di dalam Escape, kita tak menggunakan duit jadi setiap orang kena top up di kaunter menggunakan gelang. Kalau nak beli makanan atau minuman kena guna gelang tu je. Kena top up minimum RM 30 di mana RM 10 untuk deposit dan boleh guna RM 20 je. Jangan bimbang, kalau ada baki, kita boleh refund semasa nak keluar. Sebelum masuk,kami pun makan siap-siap, lepas tu kami diberi taklimat ringkas tentang keselamatan dan cara menggunakan peralatan. 

Pastikan memakai pakaian sukan dan kasut sukan / aktiviti lasak. Kalau ada sarung tangan lebih baik untuk elak tangan melecet dan sakit. Semua makanan dan minuman dilarang di bawa masuk. Nanti pak guard Bangla akan check semua beg-beg kita.Kalau nak letak beg atau barang-barang sendiri kena sewa locker yang berharga RM 8.

Syukur cuaca hari ni mendung sepanjang hari tapi tak hujan. Kalau hujan, nanti ada beberapa aktiviti permainan yang ditutup.Tipsnya kalau nak main puas jangan pergi musim hujan. Satu lagi kena datang seawal mungkin, kalau tak memang tak boleh nak abiskan 83 cabaran. Banyak tu....

JOM EXPLORE....

1) MONKEY BUSINESS

Ini adalah tarikan utama. Kalau tak main memang rugi sangat. Sebelum nak mula, petugas (ramai orang Bangla, jimat kos kot) akan beri taklimat cara menggunakan penyangkut keselamatan dan bagaimana menjaga keselamatan. Ada tiga tahap. Mula-mula cuba dulu tahap 1, kalau dah rasa ada keyakinan cuba buat tahap 2, kalau rasa tak puas lagi dan inginkan lebih adrenalin buat tahap 3. Bezanya setiap tahap dari segi ketinggian, bilangan cabaran dan jarak cabaran. Setiap tahap ni ada beberapa laluan contohnya tahap satu ada 2 laluan, tahap dua ada 3 laluan dan tahap tiga ada 2 laluan. 

Setiap laluan mempunyai cabaran yang berbeza. Biasanya tahap satu ni ramai orang dan lambat sangat terutama kalau kat depan kita jenis yang penakut. Bosan sangat nak tunggu diaorang. Dah la tak boleh nak potong, kena buat secara bergilir-gilir. Lagi-lagi kalau ada orang yang tiba-tiba gayat dan tak boleh nak teruskan cabaran. Terpaksa la tunggu rescue buka alat penyangkut keselamatan yang terpasang kat tali. Nasihat saya, kalau kita jenis yang nak cepat, cari la laluan yang tak ramai orang.


Tahap satu lebih rendah mungkin ketinggian 13 meter, jaraknya pendek dan kurang cabaran dan bagi saya tak berpeluh langsung. Kalau nak peluh gila, lebih banyak cabaran yang sukar, jarak yang panjang dan ketinggian sekitar 30 meter, boleh cuba tahap 3. ha ha ha akhirnya saya berjaya sampai tahap 3 cuma saya ada masalah sikit masa flying fox, tersangkut pulak kat tengah-tengah tali. Dekat 10 minit gak tergantung. Jangan bimbang ada rescue dari petugas yang profesional.

Jangan terkejut, sebab di sini petugas tak ramai. Petugas hanya ada kat Check Point masa nak mula je. Cabaran seterusnya, kita kena buat sendiri, kena jaga diri sendiri, kena handle peralatan sendiri, kena ada bantu membantu dengan orang lain. Kalau ada masalah, jerit je...rescueeeee....nanti diaorang datang beri pertolongan. Dinasihatkan, jangan bawa telefon, kamera dan barang berharga sebab takut jatuh. Sesiapa yang pakai cermin mata kena berhati-hati, cermin mata saya beberapa kali gak hampir jatuh. Mau bagi berapa bintang yaaaaaaa: Best sangat...5 bintang.
 







 

2) TARZAN'S ROPE

Teringat zaman budak-budak dulu.Dulu kami guna pokok menjalar yang macam tali buat tali tarzan, pastu terjun parit ha ha ha. Berapa bintang yaaaaaa : 3 bintang (kurang mencabar, seronok bergayut je)




3) BALANCE BEAM
Tinggi gak tiang ni. Jangan bimbang, kalau jatuh, ada penyangkut yang bantu kita.


4) FLYING LEMUR.
Kalau kita pernah main flying fox kat Kursus Bina Negara, Kursus Bina Semangat dan sebagainya, mesti rasa tak puas kan sebab boleh la terbang 3 minit. Tapi, kalau di Flying Lemur, ada 4 tali dengan ketinggian lebih 50 meter dan laluannya pun panjang. Memang puas la. Kalau tak puas, boleh main lagi. Jangan tutup mata ye, pandang kiri kanan depan belakang, nikmati keindahan alam sekitar yang begitu indah.
Berapa bintang yaaaa : 5 bintang (percaya la hanya 2 saat je rasa takut, pastu enjoy)



 

5) ATAN'S LEAP
Kita akan terjun dari menara setinggi 20-30 meter. Saya rasa agak takut untuk 2 saat terutama masa mula nak terjun. Pandang depan je. Pandang bawah memang tak terjun la jawabnya. Lepas tu, tali penyangkut tu akan automatik membrek semasa terjun. Saya bagi 4 bintang yaaa...





REHAT JAP
Rasa haus sangat. Di sini disediakan kedai makanan dan minuman. Bayaran menggunakan gelang biru je. Jangan terkejut, memang mahal sangat diaorang jual. Harga mineral water, botol kecil je RM 4.00. Untung gila diaorang ni. Kalau kat kedai biasa RM 1.20 pun boleh dapat.



6) TUBBY RACER
Tempat ni memang 5 bintang. Best sangat. Cuma masalahnya, kita kena ambik tiub kat bawah pastu kena seret sendiri naik bukit. Memang penat betul. Dah la tinggi bukit tu. Ada 2 laluan yang disediakan. Satu laluan lurus. Satu lagi laluan bengkang bengkok. Kami buat dua-dua laluan. Laluan pertama tak mencabar tapi meluncur sangat laju. Laluan 2, sangat mencabar, semua orang menjerit, hati-hati kaki, sakit gak bila kena hentakan, kena ikat tali kasut kuat-kuat kalau tak memang tertanggal la masa tengah meluncur.Kena main cepat-cepat sebab bila hujan tempat ni akan ditutup, nanti kecewa pulak.


7) GECKO TOWER
Nak rasa macam Cicakman, cuba la Gecko Tower. Saya berjaya naik 22 saat, student saya 8 saat. laju betul. Saya baru naik separuh, dia dah turun bawah. 3 bintang je la sebab kalah....


8) KITE FLYER

Tempat ni biasanya ramai orang dan proses nak terbang pun agak lambat sebabnya kena ada orang kayuh basikal dulu untuk tarik tali. Dah tinggi, baru la kita boleh lepas. Keseronokan dan ketakutannya hanya 3 saat pertama je. Lepas tu, ermmm biasa je. Berapa bintang yaaaaa : 3 setengah bintang je la sebab menunggu punya la lama, nak main sekejap je.





9) GO APE
Bukan senang nak panjat pokok ni. Takut pun ada sebab boleh tahan tinggi. Kena ada kekuatan kaki dan tangan dan paling penting keberanian. Hampir-hampir putus asa tapi akhirnya berjaya gak sampai ke penamat. Memang berpeluh betul kat sini. 4 bintang la sebab rasa puas sangat berjaya buat.

 
 

 10) A-MAZE
Tempat ni adalah gua buatan. Kita akan diberi lampu picit dan melalui lorong yang sangat gelap, sempit dan panas. Kami main tipu sikit la sebab guna handset yang ada lampu.Kadang-kadang terasa cuak sebab ada bunyi ular, ular mainan, labah-labah mainan dan tengkorak plastik. Paling geram bila tiba-tiba tersalah masuk lorong atau jalan mati.Memang menguji kesabaran betul la. Nak masuk tempat ni, minda kena tenang, jangan panik, jangan gelabah kerana laluannya pun agak panjang. 3 bintang la sebab panas kat dalam. Untuk kanak-kanak pun ada disediakan tempat yang sama macam ni namanya FOXY BURROW.


11) JUMPING JACK
Tak boleh main pulak sebab terlebih berat. Maksimum berat yang dibenarkan hanya 50 kg je. Siap petugas Bangla tu bawak alat timbang. 2 bintang la sebab saya tak dapat main.

12) COCO CLIMB
Sanggup panjat pokok kelapa. Disebabkan saya dah injured, rasanya tak mampu nak panjat. Kena betul-betul ada kekuatan kaki dan tangan ni.

13) AEROBAT
Tempat ni seperti gimnastik. Sesuai sangat untuk orang yang slim. Saya tak mampu nak buat sebab bila nak landing syaratnya kena pusing badan 360 darjah.

14) DISCOVERY DIG
Tempat ni takde sambutan. Untuk kanak-kanak sesuai kot. Sekadar melombong je cari batu.


15) MONKEY SCHOOL ,TOTS TRAIL & ZOOM BUG
Tempat ni khas untuk kanak-kanak. Flying fox version kanak-kanak pun ada.Tapi kena ada pengawasan ibu-bapa.
Image result for ZOOM BUG ESCAPE
Zoom Bug
Kesimpulannya sebelum tua dan ada penyakit elok la datang Escape. Kalau nak rasa kepuasan, keseronokan dan keterujaan melakukan aktiviti extreme, jangan takut untuk datang ESCAPE Theme Park. Walaupun mahal tapi berbaloi kalau kita join semua aktiviti. Selain untuk kesihatan, kita akan rasa lebih yakin, lebih berani dan tidak mudah putus asa. Seronok tau bergayut sambil melihat pemandangan alam yang cukup menenangkan. Apa-apa pun, saya dah berjaya selesaikan hampir 90% cabaran dalam Escape ni yeaaaaa...Biar la sakit badan seminggu, yang penting dapat pengalaman yang cukup hebat.

COKLAT PENANG
Dekat dengan Escape ni ada kedai coklat yang besar. Ingat nak beli coklat yang harga bawah RM 5, konon-konon nak dapat tenaga la.Tengok-tengok paling murah RM 30. ermmm tak beli la jawabnya.
 
 

3 comments:

  1. assalamualaikum . saya nak tnya . harga tiket tu termasuk smua game ke ?

    ReplyDelete
  2. assalamualaikim, nak tny..tak de harga student ke?

    ReplyDelete