08 November, 2010

SUNWAY LAGOON : - PART ONE - ' Wildlife Park' + 'Sandy Surf Beach' + 'Rain Fortress & Kalahari Kids' + 'Pedestrian Suspension Bridge'

NOVEMBER 2010


Memang tak dinafikan SUNWAY LAGOON ni, tempatnya agak eksklusif dan menggerunkan iman. Apa kan tidak, berbikini adalah perkara biasa di sini.Tak kira bangsa hatta orang Melayu pun ada yang pakai bikini.Orang putih dan orang cina lagi la berlambak berbikini sambil mandi manda dan bersantai tepi kolam.Orang Arab yang pakai jubah pun akhirnya terpaksa bukak jubah dan bukak tutup muka.Bukak tudung sambil berpakaian seksi pun ada, baik orang Arab atau orang Melayu yang asalnya pakai tudung.Kat sini bersepah tengok belangkas yang menayangkan aksi tidak sopan terutama orang melayu (faham-faham je la). Jangan terkejut kalau nampak ramai perempuan merokok dengan perasaan bangga termasukla perempuan melayu...

Tapi ada gak sekumpulan manusia yang masih menjaga tatasusila agama dan menjaga aurat...Orang lain malu nak terjun kolam pakai tudung. Tapi sekumpulan manusia ni sanggup mengenepikan pandangan sinis orang lain dengan buat tak tau je mandi sambil memakai tudung dan menjaga tatasusila pakaian orang Islam.Alhamdulillah masih ada golongan yang mempertahankan agama dalam dunia akhir zaman yang penuh fitnah ni...

SUNWAY LAGOON ni dibuka pada 29 April 1993 dan dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad.Tempat memang strategik kat Bandar Sunway Petaling Jaya dengan keluasan 88 ekar.Kat sini, ada Sunway Resort Hotel & Spa dan Sunway Pyramid Shopping Mall.

SUNWAY LAGOON telah berjaya mendapat anugerah Taman Tema Paling Menarik di Asia bagi kategori pertengahan ( 'Asian Attraction Awards for Most Popular Attraction- Medium-Sized) oleh Pertubuhan Taman Hiburan dan Tarikan Antarabangsa ('International Association of Amusement Parks an Attractions'). Lain-lain anugerah ada kat bawah :
  • ‘Best Man-Made Tourist Attraction 2005/2006’ daripada 'Tourism Malaysia'
  • 'Asia’s Best Attraction’, dianugerahkan oleh International Association of Amusement Parks and Attractions (IAAPA) 2007-2010. 
  • ‘Asia’s Best Waterpark 2010’ daripada IAAPA.
SUNWAY LAGOON ada banyak tarikan :Extreme Park, Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, and Scream Park.Saya ambik Water Park, Wildlife Park dan Amusement je.Tu pun tak abis 'explore'. Sorang bayar RM 60...Kat sini semua kena bayar dan semua barang mahal-mahal gila.Nak pakai pelampung pun kena bayar. Anak saya nak beli aiskrim, kalau kat luar RM 2 je, kat sini RM 6.50. Mampuihhhh....

WILDLIFE INTERACTIVE ZOO (WILDLIFE PARK)















'WILDLIFE PARK' ni adalah pertama di Malaysia yang menawarkan tarikan taman interaksi secara langsung dengan haiwan (Malaysia’s First Interactive Zoo) .Kita boleh tengok 'face-to-face' dengan macam-macam binatang lebih daripada 150 spesis seperti Binturong, Civet, Hornbill, Kite,Cat, Cottontop Tamarin,Fennec Fox, Leopard Cat, Macaque, Mandrill, Mouse Deer, Ostrich, Otter, Pheasant, Prairie Dog, Spotted Deer, Squirrel Monkey, Sun Bear, Sugar Glider, Wallab, Eagle, Gibbon, Python, Peacock, Pheasant, Squirrel Monkey, Macaw,Rabbit, Cockatoo dan lain-lain binatang yang kadang-kadang kita tak pernah tengok.aiii kat mana diaorang dapat semua binatang ni.Tak pernah dengar nama binatang ni...Yang menarik perhatian saya ialah binatang Guinea Pig. 'Confuse' saya, tengok hidung macam babi tapi bukan babi.Abis tu apa ye...




Kawasannya memang unik.Cermin kandang / sangkar memang lain daripada yang lain. Cukup lutsinar.Kat sini ada kawasan Pet Village, Jungle Trail, Aviary, Tropical Enclosure, Tree Top Terrace, Butterfly Valley, Bird Savannah, Nature’s Walk, Rimba Nature Class dan Village




Tempat ni memang mengujakan sebab ada binatang yang dikurung dan ada yang dilepaskan bebas.walaupun binatang tu ada yang dikurung tapi kita akan rasa seperti berada dekat je dengan diaorang. Kadang-kadang tu, binatang ni saja je melepak dekat dengan cermin, macam-macam tau-tau je kita nak datang.Burung-burung berterbangan bebas atas kepala kita, beratus rama-rama berterbangan dan kadang-kadang menghinggapi badan kita macam video klip Michael Jackson.Spesis ayam, burung, angsa, merak berjalan bebas dan kadang-kadang dengan manjanya menghampiri kaki kita.Takde masalah nak sentuh, pegang dan belai haiwan ni. cukup jinak.Tempatnya cukup selesa dan sedap mata memandang dengan suasana hutan dan jeritan pelbagai jenis haiwan menghiasi segenap ruang... " i like it la"  " very exotic, small and friendly animals"




JAMBATAN GANTUNG SUNWAY LAGOON



Dikatakan jambatan ni adalah Jambatan Gantung Pejalan Kaki Terpanjang di Dunia (World’s Longest Pedestrian Suspension Bridge) . Sekarang ni tak tau la, mungkin dah ada tempat lain yang buat lebih panjang. Ukurannya adalah 428 meter yang menyeberangi seluruh tasik dari World of Adventure, melalui gunung berapi Surf Beach hingga kawasan Extreme Park di bahagian tenggara Sunway Lagoon.


Woooowww.. memang nampak cantik la pemandangan daripada atas ni. Boleh nampak satu Sunway Lagoon.Kreatif betul la otak orang yang cipta tempat ni....







 SURF BEACH SUNWAY LAGOON


Tempat ni mendapat pengiktirafan sebagai 'World’s Largest Man-Made Sandy Surf Beach' daripada 'Malaysia Book of Records'. Keluasannya melebihi 13,000 meter persegi dan membentuk ombak setinggi 8 kaki (maksimum). Tempat ni memang nampak macam pulau, siap ada pasir lagi tu, dengar cerita 6000 tan pasir diletakkan. 'So' sapa-sapa nak buat istana pasir, nak main bola tampar atau bola pantai, memang takde masalah.Ada berdozen pokok-pokok ditanam. Pastu ada pulak disediakan pondok-pondok dan ala-ala pulau. Senang cerita macam pantai betul la.

Ada pulak kat depan pantai tu gunung berapi buatan setinggi 75 kaki (macam gunung Merapi la) yang dapat pengiktirafan 'Asia’s First Man-Made Erupting Volcano'  . Siap ada asap, api, bunyi gunung berapi dan ada bau lagi tu



Ini tempat anak saya main iaitu "Rain Fortress" dan "Kalahari Kids" yang dibuka pada tahun 2005

3 comments:

  1. salam.. nak tanya.. kalo gi sunway lagoon ni nak parking kat mana ye?

    ReplyDelete
  2. Saya Parking kat depan Sunway Lagoon Resort Hotel. Jangan parking tepi jalan, teruk kena charge nanti.Kat depan tu ada tempat parking awam.

    ReplyDelete
  3. salam, kalau pempuan pakai baju lengan pnjg & tudung, boleh main gelongsor tak?

    ReplyDelete