30 October, 2017

MOVIE ANIMATION PARK STUDIOS, IPOH PERAK : Taman Tema Animasi Pertama di Asia

OKTOBER 2017

Movie Animation Park Studios (MAPS) lokasinya di Persiaran Meru Raya 3, Bandar Meru Raya, Ipoh Perak dengan kos RM 520 juta. Kalau guna highway PLUS, ,mesti nampak  MAPS ni kat tepi highway. Pra Pembukaan MAPS telah dibuka pada bulan Jun 2017. Biasa la, hari pertama lebih kurang 5 ribu orang serbu sebab orang nak tau apa yang hebat sangat MAPS ni yang dikatakan Taman Tema Animasi Pertama di Asia. MAPS boleh tampung 7 ribu orang dalam satu-satu masa. Setiap hari dibuka bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Kalau cuti sekolah, rasenye dibuka sampai malam.


Sebelum tu nak bagitau awal-awal ni... Disebabkan tahun 2017 ni masih lagi dalam mod Pra Pembukaan so ada beberapa aktiviti dan permainan di The Dream Zone, Blast Off Zone dan Animation Square Zone yang belum dibuka bagi tujuan latihan teknikal. Tanye kat petugas kat situ pun diorang takde idea bila akan dibuka sepenuhnya. Harga tiket : Dewasa 13 - 59 tahun : RM 144. Kanak-Kanak 3 - 12 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas: RM 114


Sempena masih lagi dalam Pra Pembukaan atau soft - opening, MAPS ada bagi promotion tiket percuma bagi setiap pembelian yang perlu ditebus pada tempoh tertentu. Kami masuk 5 orang so dapat la tambahan 5 tiket percuma yang boleh tebus sebelum 31 Oktober 2017. Bila nak masuk, beg kena check dulu, sebarang air dan makanan,diorang tak bagi masuk kecuali makanan baby.


Pada pandangan kami, MAPS ni sesuai untuk family yang ada anak-anak dan budak-budak sekolah rendah. Baru diorang akan rasa seronok dan berbaloi. Walaupun kat sini dikatakan dan dijangka ada 25 tarikan interaktif, 15 thrilling ride dan 6 theme zone bila siap sepenuhnya nanti, tapi kebanyakan aktiviti sesuai untuk kanak-kanak. First impression, bila berjalan atas jambatan melalui tasik buatan, kemudian bila masuk zon utama MAPS, memang wowwww, kuat aura fantasinya, decoration animasi menakjubkan dan dicipta untuk kita merasai dunia animasi kartun, sudah pasti anak-anak saya tak sabar untuk explore semua yang ada. Pastikan dapatkan peta MAPS dulu dan check dulu Show Schedule, baru la kita boleh plan masa supaya kita tak terlepas apa saja show kat sini.


ANIMATION SQUARE ZONE :
MAPS EMPORIUM, MONKEY BUSINESS TOYS & CANDY SHOP - Tempat jual cenderahati, pakaian, patung, permainan dan sebagainya.







BLAST OFF ZONE :
1) THE SMURFS THEATRE

Nak tengok persembahan Smurf kena check dulu pukul berapa start. Kemudian cuba tengok sekeliling, kot-kot ada Smurf tengah jalan-jalan. So apa lagi, ambik kesempatan untuk bergambar dengan Smurf yang comel.


Sangat menarik, inovatif dan sangat berinteraktif dengan menggunakan teknologi CGI 3 dimensi. Kita akan saksikan bagaimana kartun Smurf berinteraksi secara LIVE dengan penonton. Macam hidup je Smurf ni, Siap boleh sembang lagi dengan penonton. Pastu boleh sebut nama penonton lagi tu. 





2) THE SMURFS PARTYLAND
Aktiviti yang menarik di sini, kanak-kanak boleh naik kenderaan smurf dan pusing-pusing sekitar kampung Smurf dan rumah-rumah Smurf. ermmm satu round je...macam tak puas. Selain itu, kita boleh lepak-lepak kat ruang tamu rumah Smurf sambil ambik gambar





LAKESIDE ZONE : SPACE X-PLORERS, HYPERSPIN dan ASTEROID ATTACK
BLAST OFF ZONE : THE ADVENTURE BUMPER BLAST


Semua permainan ni dekat-dekat je. Bukan semua boleh join, kena ukur ketinggian dulu. Kat sini orang dewasa boleh main. Permainan yang boleh buat kita pening. Sebenarnya banyak dah jumpa pemainan ni kat tempat-tempat lain.Takde yang terkini.







BLAST OFF ZONE : WHORMHOLE TECHNOLOGIES
Seolah-olah seperti penjelajahan di kapal angkasa, penerokaan angkasa lepas dan ada sikit-sikit dunia aliens. Pastu ada pulak gambar-gambar 3D dan boleh bergambar.













BLAST OFF ZONE : STARSHIP RESTAURANT
Ingat kat dalam kapal yang sangat besar ni ada macam-macam aktiviti atau permainan. Rupa-rupanye tempat makan je. Ada restoran dan dipenuhi dengan kerusi dan meja makan je. Memang kreatif kapal ni. Bila makan kat sini, seolah-olah kita makan kat dalam kapal jumbo yang sangat besar. 









ANIMATION SQUARE ZONE : TOK ABA KOKOTIAM
Waaaa.... ni rupanya yang Adu du (musuh Boboiboy) berusaha nak curi resepi hot chocolate Tok Aba. 

ANIMATION SQUARE ZONE : LA CREMERIA CAFE
Rasa aiskrim jap kat sini. Katanya... kafe La Cremeria pertama di dunia ni...





ANIMATION SQUARE ZONE : CENTER STAGE
Ada masa tertentu akan diadakan sesi bergambar bersama Boboiboy dan Yaya, Smurf, persembahan tarian dan sebagainya di atas pentas ni.



ANIMATION SQUARE ZONE : 4D ADVENTURE THEATRE & BOBOIBOY HERO ACADEMY
Tempat ni antara yang MESTI masuk. 4D ni dah banyak ada kat Malaysia cuma rasai pengalaman menonton wayang bersama anak-anak. Mesti best, tiba-tiba kerusi bergerak, ada percikan air, ada angin bila tengok cerita BoBoiBoy

Kat sebelah 4D Theatre ada bangunan untuk aktiviti BoBoiBoy ACADEMY. Kat sini tak dibenarkan ambik gambar. Konsepnya seperti pendidikan dan pengajaran dalam Bahasa Inggeris. Watak utamanya ialah PAPA ZOLA. Muka dia memang sebiji macam kartun papa zola kat tv la. Muka orang putih. Banyak bersembang, berinteraksi dengan penonton, terjerit-terjerit, ada pertandingan, tengok video, pastu buat aktiviti tangan. Senang cerita...ikut je apa yang diorang suruh.



FANTASY FOREST ZONE : RED BARON, FANTASY CAROUSEL, WHIRLING WIZARD, ZUGO'S CRYSTAL QUEST
Semua permainan ni memang sangat sesuai untuk kanak-kanak. Seronok la diaorang







THE ADVENTURES HQ TREE HOUSE
Takde permainan kat sini. Cuma rumah pokok



CAVE OF WONDERS, UPSIDE DOWN PYRAMID & THE ADVENTURE WALK
Jalan-jalan dalam gua seperti suasana piramid zaman Firaun









CORAL KINGDOM
Kat sini sebenarnya tempat makan. Bukan ada ikan atau hidupan laut. Tertipu pulak kami.Pastu ada permainan kanak-kanak. 





LIVE ACTION ZONE : STUNT LEGENDS ARENA
Jam 3.30 petang, bermula la pertunjukkan stunt kereta dan motorsikal. Rasanya, ini adalah tarikan utama MAPS. Rugi kalau tak tengok persembahan live stunt diorang yang cukup bahaya dan menakjubkan. 













2 comments:

  1. Hallo para pecinta poker online nih aku mau kenalin agen poker online terbaik DNAPOKER
    Hanya Dengan Minimal Deposit Rp 10.000,- kamu Sudah Bisa Menikmati Semua Permainan Dalam 1 user id loh .
    * POKER
    * BANDAR CEME
    * BLACKJACK
    * SUPER TEN
    * DOMINOQQ
    * CAPSA SUSUN
    * CEME KELILING

    Dapatkan juga bonus-bonus menarik dari kami yaitu :
    - Bonus new member 30%
    - Bonus Deposit Harian 10%
    - Bonus TurnOver mingguan Up To 0.5%
    - Bonus TurnOver Bulanan Up To 0.5%
    - Bonus Refferal Seumur Hidup

    Jadi tunggu apalagi, Ayo bergabung dan Download aplikasinya sekarang juga di hp kamu.

    Link Altenatif kami :
    www.dnapoker.co
    www.dnapkr.net
    www.dnapkr.com

    WA : +85586392773
    Line : dnapoker
    Wechat : dnapoker
    BBM : E33FF559

    ReplyDelete