05 June, 2015

KIDZANIA KUALA LUMPUR : Menjadi Warganegara Negara Kanak-Kanak Kidzania yang aman....

KIDZANIA ibarat sebuah negara kanak-kanak yang mempunyai pemerintahan demokratik dan kongres kanak-kanak, mempunyai pekerja berwarganegara KIDZANIA  yang bekerja di Jabatan Kerajaan dan sektor swasta, mempunyai matawang sendiri yang diberi nama KidZos (wang kertas) dan Zents (syiling), mempunyai Tugu, Monumen, Replika dan bendera sendiri, mempunyai istilah bahasa tertentu, mempunyai budaya, lagu dan penghormatan tersendiri. Apabila melihat struktur bangunan 2 tingkat, pejabat, kemudahan, infrastruktur, suasana bandar, susunatur yang teratur dan bersistem maka kita akan rasai seolah-olah seperti negara betul.

Tujuan KIDZANIA ini dibuka adalah untuk memenuhi impian dan keinginan kanak-kanak untuk merasai dan belajar kehidupan sebenar serta merasai pengalaman menjadi seorang warganegara yang boleh bekerja dan menggunakan wang yang diperolehi untuk membeli atau mendapatkan perkhidmatan apa yang disukai oleh kanak-kanak tanpa campurtangan orang dewasa. Aktiviti KIDZANIA ni sesuai untuk umur 4 tahun hingga 12 tahun. Sekolah menengah pun boleh gak tapi nampak macam tak sesuai dan sangat janggal. Kita boleh pilih aktiviti samaada untuk menjadi pekerja yang akan dibayar upah atau menjadi pelanggan yang perlu berbelanja untuk melakukan aktiviti tertentu.

KIDZANIA terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor dibuka bermula jam 10.00 pagi - 5.00 petang (hari biasa) dan dibuka 2 sesi pada cuti sekolah dan cuti umum iaitu 10.00 pagi - 3.00 petang, 4.00 petang - 9.00 malam. Jangan bimbang, di sini ada disediakan ruangan surau dan gerai makanan. Bayaran masuk:

 




1) CIMB BANK
Selepas beli tiket dan pakai gelang, kita akan pergi ke pintu masuk di tingkat atas dengan sambutan hormat dan senyuman dari pekerja KIDZANIA. Kemudian, terus pergi BANK CIMB untuk menukar cek 50 Kidzos kepada duit tunai. Orang dewasa jangan tolong apa-apa, biarkan anak kita yang uruskan sendiri dibantu oleh pekerja.


2)NIPPON PAINT HOUSE PAINTING

Memang comel betul la budak-budak ni bila jadi Tukang Cat. Bila dah abis cat, dioarang pun dapat la gaji 10 Kidzos



3) PAINTING SCHOLL
Anak-anak saya teringin nak jadi Pelukis dan mewarna. Nak masuk tempat ni kena bayar yuran sekolah ye.


4) POS LAJU NATIONAL COURIER
Jangan asyik nak belanja je, diaorang kena cari kerja kat Pos Laju untuk hantar bungkusan kat tempat seperti yang diarahkan oleh petugas. Dah selesai kerja, dapat gaji 10 Kidzos.





5) MARRYBROWN BURGER SHOP
Kanak-kanak akan diajar bagaimana untuk membuat burger ayam. Dah siap, makan sendiri.



6) Z-MART
Disini boleh pilih samaada nak jadi cashier, bungkus barang atau pembeli. Kalau jadi cashier dapat gaji. kalau jadi pembeli, kena la belanja. Nanti petugas akan beri senarai barang yang mesti dibeli kemudian pergi kaunter untuk scan.




7) PLUS MALAYSIA
Kat sini boleh jadi pemandu, pekerja stesen minyak, pekerja Tol dan mekanik. Anak saya nak jadi Pekerja Tol sebab diaorang seronok tekan butang palang tu. Dapat gaji....




8) FITTERS FIRE STATION
Aktiviti ni paling digemari ramai kanak-kanak. Memang kena beratur panjang. Nanti kanak-kanak akan dipakaikan baju bomba yang sangat comel kemudian naik kereta bomba, akhir sekali padam bangunan terbakar. Anak-anak saya cukup enjoy kat tempat ni. Sini pun dapat gaji.







9) PONEY FASHION BOUTIQUE
Nak jadi modelling. Kat sini la tempatnya. Mula-mula tu, dioarang masuk kelas dulu diajar macam mana nak berjalan seperti Model. Kemudian di beri baju. Kemudian masuk pentas teater untuk buat persembahan dihadapan ibu-bapa dan keluarga. Memang comel giler la diaorang menggayakan pakaian sambil berjalan catwalk dan menari diiringi muzik rancak.







10) KURLZ BEAUTY SALOON
Di sini aktiviti untuk memekapkan orang atau dimekapkan orang. kalau mekap orang dapat gaji. Anak perempuan saya suka sangat la buat aktiviti ni.



11) KARATZ JEWELLERY
Di sini, kanak-kanak akan diajar untuk membuat gelang sendiri dan bila siap boleh ambik terus. Kat sini kanak-kanak kena berbelanja ye bukan dapat gaji.
 

12) KIDZANIA'S DEPARTMENT STORE
Biasanya tempat ni last untuk dikunjungi sebab kanak-kanak boleh beli cenderahati menggunakan baki duit Kidzos. Cenderahati paling murah 70 Kidzos, paling mahal 150 Kidzos ke atas. Tu sebabnya kalau nak duit banyak kena buat macam-macam aktiviti yang boleh dapat gaji.



13) VITAGEN MARIGOLD MILK FACTORY
Kanak-kanak didedahkan bagaimana membuat susu vitagen dan kebaikannya. Dapat la minum percuma.


 14) KPJ SPECIALIST HOSPITAL
Kanak-kanak diberi 4 pilihan samada nak masuk bilik Siemens Low Dose CT Scan, Nursery, Endoscopy atau Surgery.


15) THE GLOBE DISCO LOUNGE
Ada dua pilihan samaada nak menari atau main game yang disediakan

 
16) KPJ ACCIDENT & EMERGENCY
Kecemasan....bersedia doktor kecil untuk tolong orang yang ditimpa kecederaan.




17) BROTHER SEWING & EMBROIDERY CENTRE
Kanak-kanak diberi pendedahan bagaimana untuk menjahit menggunakan mesin jahit berteknogi tinggi

18) AYAM BRAND COOKING SCHOOL
Membuat sandwich menggunakan jenama ayam brand. Buat dan makan sendiri.

19) ELECTRIC COMPANY
Membuat kerja-kerja penyelenggaraan dan pemasangan berkaitan kabel elektrik.

 
 

20) WINDOW WASHING
Nak cari duit tambahan kena la buat kerja sikit


21)  AIRASIA FLIGHT SIMULATOR
Tempat yang paling popular dan beratur panjang. Kanak-kanak diberi pilihan samaada nak jadi Pilot, Attendance atau penumpang. Anak saya jadi pilot, so diorang dapat pengalaman memandu kapal terbang secara simulasi dan selesai tugas, dapat gaji.
 


22) LIFEBUOY HEALTH INSTITUTE
Belajar betapa pentingnya menjaga kebersihan diri. Kanak-kanak akan membuat sedikit penyelidikan berkaitan sabun dan melihat bakteria di tangan.


23) POLICE STATION
Menjadi polis dan menyelesaikan tugasan yang diarahkan.
 



Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti dalam KIDZANIA dan tak sempat nak join semua sebab kekurangan masa. Bila semua pekerja dah mula menyanyi lagu rasmi KIDZANIA, faham-faham la, kena keluar la tu.

6 comments:

  1. maaf la soalan noob sket. mak pak budak kene masuk skali ke? pastu kena bayar la jugak walaupun kita teman anak jer ek?

    http://blog3kaki.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum Tuan Hazzrin mohon e mail kpd saya info di mana boleh saya dapatkan game cashflow.

    Harap sangat Tuan dapat membantu

    Mohon infonya di emailkan ke
    mosar81@yahoo.com

    terima kasih

    M.Sahir A.Raman
    Bt 17 1/2 Sg Sembilang, Jeram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry..sy dapat cashflow ni pun MARA yang edarkan setiap kolej...sy cadangkan beli online..skarang ni pun dah banyak dijual scara online...

      Delete
  3. nak masuk kidzania...dewasa pun kena bayar gak...tapi lebih murah

    ReplyDelete
  4. nak tumpang tanya. Masa budak main, mak bapak tak join tapi boleh tengok dia orang main dan ambil gambar dia orang tak?

    ReplyDelete
  5. boleh tengok & boleh ambik gambar..no problem

    ReplyDelete