22 - 23 SEPTEMBER 2017
GUNUNG YONG BELAR, G7 kami yang pertama. Misi 7 orang team Kolej MARA Kuala Nerang untuk kibarkan bendera kolej kat puncak.
STATUS GUNUNG : Ke - 3 Tertinggi di Semenanjung Malaysia dan ke-8 Tertinggi di Malaysia
KETINGGIAN : 2181 Meter atau 7156 kaki
LOKASI : Sempadan Perak - Pahang - Kelantan.
CABARAN TREK : 8 / 10. Cuaca sejuk 10 darjah - 15 darjah. Kerap hujan dan berangin yang sangat sejuk, kadang-kadang ada cahaya matahari. Dari starting point, ada lebih kurang 7 puncak tipu / bukit yang mesti di tempuh sebelum sampai ke puncak. Keadaan trek sangat pelbagai, jalan rata, becak, berlumut, berselut, basah, jalan kering, jalan akar kayu yang sangat meletihkan dan memerlukan tenaga. Penat dan melesukan.
TEMPAT BERKUMPUL : Tokong Kampung Raja Cameron Highland atau Masjid Kampung Raja. Kereta parking kat sini. Percuma
STARTING POIN : Tangga 200, Blue Valley Dam ( perjalanan lebih kurang 1 jam menggunakan 4-Wheel Drive dari Masjid Kampung Raja)
PAKEJ : 2 hari 1 malam. Team kami 7 orang je
BAYARAN GUIDE : RM 1,450 untuk 10 orang (walaupun tak cukup 10 orang tetap bayar untuk 10 orang)
- Bayaran untuk Guide, Permit, sewa 4 x 4 pergi dan balik, makan malam, makan tengahari dan sarapan kat atas gunung
- Fly and Ground disediakan
- Peralatan Memasak disediakan. Guide kami masak.
- Ration kena agih sama rata sesama ahli kumpulan
NAMA GUIDE : Tawau [ 011-11874932 ]
PERALATAN KENA BAWAK : Pinggan, cawan, sleeping bag, ponco plastik, beg sandang 10L, kasut adidas kampung je, baju sejuk / sweater, pakaian untuk 2 hari 1 malam, head lamp, air mineral dan air isotonik 6 botol, ubat-ubatan dan penutup kepala
DURASI SANTAI : Starting point jam 9.30 pagi. Tiba di Kem Tudung Periuk jam 3.00 petang. Dirikan khemah, makan malam, rehat dan tidur. Jam 4.30 pagi, perjalanan ke puncak. Solah subuh di puncak tipu. Tiba di Kem Kasut lebih kurang jam 10.00 pagi. Teruskan pendakian yang sangat mencabar ke puncak Yong Belar. 11.30 pagi tiba di puncak.
Makan tengahari di puncak. 12.30 tengahari, turun dan sampai di Kem Tudung Periuk lebih kurang jam 4.00 petang. Rehat jap. Kemudian teruskan perjalanan sampai kat Kebun Sayur lebih kurang jam 6.30 petang. Teruskan perjalanan ke starting point dan sampai jam 8.00 malam.
********************************************************************************************
Pukul 7 pagi hari Jumaat, kami dah tunggu kat Tokong Kampung Raja. Kereta pun parking kat sini. 1 jam lewat tunggu 4 wheel drive. Kami pun bertolak menuju Blue Valley Dam tempat starting point. Teruk gila jalannya sambil lalu kebun anggur dan sayur dan kawasan hutan. Akhirnya sampai kat Blue Valley Dam. Sebelum mendaki, guide kami bagi ration siap-siap, bagi taklimat sikit dan streching.
Kami bermula dengan TANGGA 200. Awal-awal lagi dah kena daki curam 90 darjah. Alamak dah la tengah demam dan sakit badan lagi. Beg pulak berat. Sampai nak muntah di buatnya. Cabaran seterusnya kami melalui LALUAN PAIP. Berjalan le atas paip yang licin dan kadang-kadang tergelincir dan termasuk selut yang dalam. Berehat jap di anak sungai, untuk bersihkan kasut dan minum air. Seterusnya, kami melalui KEBUN SAYUR-SAYURAN yang tersembunyi, sangat segar, gemuk-gemuk dengan bau baja organik. Pemandangan yang cukup fantastic. Kami pun berehat jap kat KEM KABIN dan PINTU LIMA sambil melihat pemandangan kebun sayur-sayuran. Dari starting poin sampai kat Pintu Lima ni pun ambik masa 1 jam - 1 jam 30 minit.
Yeaaaa....bermula la masuk hutan dan melalui antara 4- 5 puncak tipu. Ada trek yang mudah dan ada gak trek yang mencabar. Ada trek kering dan ada trek basah yang berselut. Takde keluar peluh langsung, sejuk sentiasa. Alhamdulillah sampai kat KEM TUDUNG PERIUK. Guide kami suruh bermalam kat sini, memandangkan keadaan kem kasut yang agak tidak selesa dan keadaan saya yang tidak sihat. Kat sini ada water point. Sejuk betul anak sungai ni. Boleh guna air ni dengan syarat kena masak dulu. Ada beberapa team lain yang bermalam kat sini. Petang, hujan agak lebat disertai desiran angin yang sejuk dan bertemankan bunyi kokokan ayam hutan. Khemah kami pun kena masuk air. Basah gak sleeping bag. Menggigil dibuatnya. Lepas makan, kami pun tidur dengan nyenyak sebab pukul 4.30 pagi kena mendaki balik.
Malam yang sangat sukar, tepaksa menempuh kesejukan yang melampau. Rasa susah nak tidur. Kadang-kadang takut gak kena hypothermia. Ada beberapa team yang baru sampai kat kem tudung periuk dari puncak. Lewatnya diorang. Pukul 2 pagi pun ada yang baru sampai. Jam 4.30 pagi, giliran kami pulak meneruskan perjalanan. Melalui jalan yang basah dan beberapa puncak tipu. Kami solah subuh dalam keadaan rukhsah. 1 botol air mineral water untuk wuduk beberapa org, kena betul-betul jimat.
Disebabkan kasut yang sangat kotor dan sangat sejuk, kami berwuduk dengan menyapu air di kasut je. Sujud pun terus kat tanah. Mudah Islam ni, yang penting solah. Pengalaman baru yang cukup hebat. Kami sampai di KEM KASUT lebih kurang jam 10 pagi. Ada gak beberapa team yang tidur kat sini. Tempatnya agak sempit dan basah. Memang keputusan yang tepat, kami tidur kat kem tudung periuk.

Lepas makan tengahari, lebih kurang jam 12.30 tengahari, kami pun turun dari puncak Yong Belar. Perjalanan turun agak laju dan sampai kat KEM TUDUNG PERIUK lebih kurang jam 4 petang. Rehat dan solah jap dan kemas apa-apa yang patut, pastu kami pun menyambung perjalanan dan sampai di PINTU LIMA kawasan Kebun Sayur jam 6.30 petang. Sambung lagi perjalanan melalui kebun sayur, jalan paip dan turun tangga, Alhamdulillah sampai kat Starting Point Jam 8 malam. 16 jam perjalanan stat 4 pagi - 8 malam.

TEBING TINGGI BACKPACKER(fb)
ReplyDeleteMount guide service
Will arrange:
-forestry permit
-police report
-nature guide service
-1st aid kit
-4×4 transport service
-Camping overnight trip
Also provided
-Tent Rental
ANDY 017-9997790
Whataps/sms/call