OGOS 2018
Ini merupakan 'First Time' mendaki gunung di luar negara. Sebelum kita sembang panjang, tengok profile kat bawah :

Pendakian
Anggaran 9 jam dari starting point ke Shelter 3. Dari shelter 3 ke puncak mengambil masa 2 - 3 jam. menuruni gunung hingga ke starting point dengan anggaran 7 - 8 jam.

Trek : Pada awalnya jalan adalah landai dan melalui kawasan hutan tebal yang dingin, kelam dan sunyi. Kemudian trek mula curam dan menaik, naik dan terus naik antara 70-90 darjah. Tiada trek yang turun dan tiada puncak tipu.Jalan akan semakin sempit, becak dan licin. Melalui akar-akar kayu dan terowong bonsai. Pemandangan semakin berubah kepada pokok-pokok bonsai dan renek. Semakin tinggi, suhu semakin sejuk.

Kat bawah ni butiran berkaitan pakej dan perjalanan :
Penganjur : MARA Hikers
Jumlah : 18 orang (7 lelaki dan 11 orang perempuan). 4 orang dari team Kolej MARA Kuala Nerang. Tarikh : 10 Ogos - 14 Ogos 2018.

Pakej : RM 500 seorang (upah guide, pengangkutan dari Airport ke Kerinchi, penginapan homestay, makan dan minum, pengangkutan dari homestay ke starting point dan baju t-shirt Kerinchi). Guide : ALEX. Muslim dan sangat friendly. No telefon : +6285378535599. Boleh whatsapp.
Tambang Airasia : RM 327.90 pergi dan balik [ KL - Padang - KL ]. Kalau rasa beg lebih 7 kg, elok la tempah luggage sekali.
Masa Penerbangan dari KL : 7.50 pagi dan sampai Minangkabau Airport jam 8.00 pagi masa Indonesia. Lebih kurang sejam lebih le sampai. Masa penerbangan pulang : 4.10 petang dan dijangka sampai KL 6.25 petang.
Currency : beli kat KLIA : 1 juta rupiah = RM 317. Beli kat Minangkabau Airport dapat 1 juta rupiah = RM 280. Untung giler.
********************************************************************************************
HARI PERTAMA

Kami sampai di Minangkabau Airport lebih kurang jam 8.00 pagi waktu Indonesia. Alex dan driver dah siap tunggu. Kami pun naik van dan menuju ke kedai makan untuk sarapan dulu merangkap makan tengahari. Pastu kami pergi ke kedai outdoor terbesar di Indonesia untuk beli kelengkapan hiking yang agak murah.
Kami meneruskan perjalanan yang penuh kesibukan. Agak sesak, jalan keretapi pun kat tengah-tengah jalan tanpa ada sebarang pagar keselamatan, bunyi hon di mana-mana dan toleransi diaorang sangat tinggi. Tak nampak pun kemalangan.

Nama Gunung
GUNUNG KERINCHI. Gelaran ATAP SUMATERA. Ketinggian : 3,805 meter
Lokasi
Kawasan Jambi, Sumatera Indonesia. Melalui airport Padang Indonesia.

Reputasi
Gunung Berapi Tertinggi di Indonesia dan Tertinggi di Sumatera. Gunung berapi masih aktif dan kali terakhir meletus pada tahun 2009. Salah satu G7 bagi gunung di Indonesia. Habitat bagi Harimau Sumatera dan Badak Sumatera. Dikatakan gunung yang mempunyai mistik.

Pendakian
Anggaran 9 jam dari starting point ke Shelter 3. Dari shelter 3 ke puncak mengambil masa 2 - 3 jam. menuruni gunung hingga ke starting point dengan anggaran 7 - 8 jam.
Trek : Pada awalnya jalan adalah landai dan melalui kawasan hutan tebal yang dingin, kelam dan sunyi. Kemudian trek mula curam dan menaik, naik dan terus naik antara 70-90 darjah. Tiada trek yang turun dan tiada puncak tipu.Jalan akan semakin sempit, becak dan licin. Melalui akar-akar kayu dan terowong bonsai. Pemandangan semakin berubah kepada pokok-pokok bonsai dan renek. Semakin tinggi, suhu semakin sejuk.

Puncak : Boleh lihat pemandangan indah Kota Jambi, Padang dan Bengkulu. Boleh nampak Lautan Hindi, gunung-gunung sekitar, danau dan kawah sekitar gunung 7. Ada kawah yang masih aktif seluas 400 x 120 meter dengan kedalaman 600 meter.
☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺
Kat bawah ni butiran berkaitan pakej dan perjalanan :
Penganjur : MARA Hikers
Jumlah : 18 orang (7 lelaki dan 11 orang perempuan). 4 orang dari team Kolej MARA Kuala Nerang. Tarikh : 10 Ogos - 14 Ogos 2018.

Pakej : RM 500 seorang (upah guide, pengangkutan dari Airport ke Kerinchi, penginapan homestay, makan dan minum, pengangkutan dari homestay ke starting point dan baju t-shirt Kerinchi). Guide : ALEX. Muslim dan sangat friendly. No telefon : +6285378535599. Boleh whatsapp.
Tambang Airasia : RM 327.90 pergi dan balik [ KL - Padang - KL ]. Kalau rasa beg lebih 7 kg, elok la tempah luggage sekali.
Masa Penerbangan dari KL : 7.50 pagi dan sampai Minangkabau Airport jam 8.00 pagi masa Indonesia. Lebih kurang sejam lebih le sampai. Masa penerbangan pulang : 4.10 petang dan dijangka sampai KL 6.25 petang.
Currency : beli kat KLIA : 1 juta rupiah = RM 317. Beli kat Minangkabau Airport dapat 1 juta rupiah = RM 280. Untung giler.
********************************************************************************************
HARI PERTAMA

Kami berhenti jap untuk solah Jumaat. Kemudian meneruskan perjalanan melalui jalan berbukit, gunung ganang, pemandangan indah sekitar gunung, melihat kehidupan dan penempatan masyarakat di kaki-kaki gunung. Jalan yang agak teruk, sempit dan berlubang-lubang, melalui selekoh tajam, rasa ekstrim tapi best.

HARI KEDUA

Setelah sarapan pagi, kami pun menaiki powil untuk menuju ke Starting Point. Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan kehijauan kebun teh dan kebun-kebun pelbagai sayur-sayuran. Lebih kurang 15 minit kami sampai kat Starting Point.
STARTING POINT : DESA KERSIK TUO, JAMBI, INDONESIA
JAM 9.00 PAGI bermula pendakian.Sebenarnya ada satu laluan lain yang lebih ekstrim dan mencabar iaitu Solok. Kami ikut Kersik Tuo je la kerana laluan sangat famous dan risikonya agak kurang. Powil turunkan kami di kawasan kebun sayur iaitu Pos Jaga dengan ketinggian 1,582 meter. Ada warong kecil kat sini. Kami seramai 18 orang peserta, 2 orang guide dan 4 orang porter. Geng-geng perempuan majoritinya tempah porter dengan bayaran RM 90 sehari. Boleh je kongsi-kongsi 1 porter untuk 3 orang. Dari segi kelengkapan individu:
- Ada yang pakai kasut mahal, ada pakai kasut futsal dan ada je pakai kasut adidas kampung. Terpulang ler ikut keselesaan. Berstokin nipis elak melecet. Stokin tebal bawak gak standby malam nanti.
- Seluar yang selesa. Baju t-shirt cotton dan baju termal fit lengan panjang.
- Kena bawak air sendiri. Boleh bawak 6-8 botol kecil yang 500 ml. Memang tiada punca air yang terdekat dengan shelter. kalau ada pun punca air agak jauh. Kalau kehabisan air boleh hidrate gak disebabkan peluh dan kesejukan.
- Stick at least satu. Sangat membantu. Kalau malas nak bawak, boleh jer.
- Kalau nak pakai porter, bawak beg daypack. Tapi kalau tak mau porter bawak beg sendiri 55 L - 70 L. Ration-ration bagi porter atau guide jer le bawak.
- Baju sejuk yang ada penutup kepala sangat penting. Kalau tak, boleh beku nanti kat puncak.
- Penutup hidung pun kena bawak untuk elak udara sejuk dan bau sulfur yang agak kuat di puncak.
- Sarung tangan mesti kena bawak, sangat sejuk weiii.
- Power bank, telefon, Gopro. Kalau tak bawak rugi ler. Banyak view cantik.
- Cuaca sangat tak menentu. Mesti standby baju hujan, cover rain untuk beg dan bungkus semua pakaian dan peralatan dengan plastik biasa.
- Ini kena bawak. Sleeping Bag. Kalau tak boleh kena hipotermia. Alas untuk khemah memang dah disediakan oleh guide.
Berjalan lebih kurang 15 minit melalui kawasan kebun sayur dan kentang dengan jalan berbatu. Sampai di Pos Pintu Rimba jam 9.15 pagi dengan ketinggian 1,682 meter.
Perjalanan awal dari POS PINTU RIMBA ke POS BANGKU PANJANG mengambil masa 25 minit dan tiba jam 9.40 pagi dengan ketinggian 1,890 meter. Trek adalah landai dengan suasana hutan tebal yang sunyi, dingin, trek tanah gambut yang agak becak, kadang-kadang kena serangan agas dan kedengaran suara riuh monyet-monyet di atas pokok. Peringkat awal ni agak nervous sikit tetapi passion masih tinggi sebab diorang kata kawasan habitat harimau dan badak, so mata kena fokus setiap masa dan jalan dalam berkumpulan. Yang tak bestnya..Aduiii banyaknya sampahhhh...
Perjalanan diteruskan dari POS BANGKU PANJANG ke POS BATU LUMUT mengambil masa 35 minit dan tiba jam 10.15 pagi dengan ketinggian 2,010 meter. Perjalanan masih lagi landai tetapi dah mula jumpa laluan akar-akar di trek dan dah nampak banyak pokok-pokok besar dan tinggi di sepanjang perjalanan. Semakin dingin tapi masih berpeluh lagi.Jangan bimbang, takde pacat pun.

Selesa ke atau tak selesa, Solah wajib dilaksanakan di mana-mana tempat. Kadang-kadang tefikir gak, orang sanggup panjat gunung berjam-jam, setengah mati nak sampai puncak tetapi solah tak sampai 10 minit, tak boleh nak buat... confuse..confuse

Kami kena bertahan kejap dengan cuaca yang sangat sejuk sekitar 10 darjah celsius sebab nak tengok dan ambik gambar sunset yang sangat menakjubkan. Pemandangan yang sangat.. sangat.. sangat.. HEBAT.

Mulut kami sentiasa keluar ucapan Subhanallah... Subhanallah...Subhanallah...cantik sangat... Bila dah tak tahan sejuk kami cepat-cepat masuk khemah yang telah disiapkan oleh guide dan porter. Ahhhh lega. Satu khemah 3 orang. Dah selesai solah dan makan malam yang disiapkan oleh guide, kami pun terus tidur dengan sangat lena bertemankan bunyi ribut dan bunyi kibaran khemah seperti nak terbang.
JAM 5.00 PAGI di SHELTER 3 menuju PUNCAK GUNUNG KERINCHI

Dah tak nampak pokok, hanya batu-batu besar dan batu-batu kerikil di atas jalan. Memang stick sangat membantu untuk elak tergelincir. Tak mampu nak laju. setapak demi setapak. Terpaksa melawan angin kencang dan berhadapan jalan dengan batu yang tak stabil. Silap-silap gaya boleh jatuh dan menyebabkan kematian atau kecederaan.

Kami teruskan perjalanan dan sampai di Tugu (3,600+ meter) bagi memperingati pendaki pertama yang mati iaitu Adi Permana Atje yang pada mulanya hilang pada 11 Disember 1983. Jenazahnya berjaya ditemui.
Bagus gak ada tugu ni bagi pengajaran kepada pendaki lain bahawa risiko ke puncak sangat tinggi. Sebenarnya selepas kejadian 1983, pada tahun 1997, 2 orang pendaki hilang dan jasadnya tidak ditemui hingga sekarang. Pastu seorang pendaki dari Switzerland juga hilang dan gagal dikesan hingga sekarang. Tahun 2003, 3 orang pendaki dari Jakarta telah hilang dan jasadnya berjaya ditemui. Terbaru 27 Disember 2014, seorang pendaki tempatan juga hilang dan belum ditemui.So nampaknya kena sangat berhati-hati dan banyak mengingati Allah serta berdoa supaya Allah beri perlindungan dan keselamatan.

Memang mencabar, kalau leka je boleh tergelincir dan jatuh yang menyebabkan kematian dan kecederaan. So pace kena slow je. Pentingkan keselamatan bukan pentingkan cepat sampai.Cahaya matahari dah mula panas tetapi angin masih lagi kuat dan semakin mendung. Pemandangan semasa turun, Allahuakbar cantik yang amat-amat sangat tetapi gerun gak sebab pemandangan kiri dan kanan adalah gaung dan bekas jalur-jalur larva. Sampai shelter 3 lebih kurang jam 11.00 pagi. Rehat jap dan makan tengahari yang disediakan oleh guide.
MENURUNI GUNUNG DARI SHELTER 3 ke STARTING POINT

Alhamdulillah saya orang pertama sampai kat starting point dan sampai jam 5.30 petang. 5 jam gak baru sampai. Sementara menunggu kawan-kawan lain sampai, saya minum kopi dan makan goreng pisang dulu kat warung kecil.
Sembang dengan makcik warung tu, dia kata, sehari sebelum tu, ada orang kampung jumpa tapak kaki harimau kat area pintu rimba. ouhhhhh...terdiam saya sambil berdoa supaya kawan-kawan lain selamat sampai. Sebelum Maghrib, 7 orang berjaya sampai dan kami pun balik hostel dulu. 11 orang lagi masih berada dalam hutan dalam keadaan gelap.Kumpulan ke-2 sampai lebih kurang jam 8.00 malam dan dengar kata ada seorang jatuh dan injured di kumpulan belakang sekali. Alhamdulillah lebih kurang jam 9.30 malam semua selamat keluar hutan. Macam-macam cerita mistik keluar semasa perjalanan malam. Memang guide pun dah bagi nasihat jangan berhenti kat pos sebab ada mistik jahat.Ada yang tiba-tiba jumpa ular lintas trek, ada yang dengar teguran menyeramkan dan macam-macam lagi. Apa-apa pun, itu perkara biasa bagi hikers, nak buat camne kita masuk kawasan dan dunia mistik diorang, cuma kena banyak berdoa supaya Allah beri perlindungan dari syaitan dan jin. Sampai hostel, kami pun mandi, sejuk pun sejuk la, pastu bersembang kat kedai sambil minum kopi.
Kesimpulannya, Syukur, Allah beri peluang kepada kami menikmati rezeki yang hebat ini. Pengalaman yang cukup menakjubkan. Tidur dulu...
DANAU KACO
HARI KE-4
Pagi yang sangat indah dan damai. Lepas subuh meronda-ronda jap melihat kegiatan penduduk kampung kemudian minum kopi di warung kopi. Jam 8.00 pagi kami menaiki van menuju Desa Lempur, Kabupaten, Kerinchi, Jambi. Pemandangan indah kiri dan kanan jalan dengan ladang teh dan suasana gunung yang menenangkan. Kemudian kami memasuki beberapa pekan dan bandar utama Jambi. Setelah 3 jam, sampai la kami di Starting Point.

Tak yah nak paksa-paksa, tiba-tiba terpacul sendiri ucapan Subhanallah.. Subhanallah...
Airnya sangat jernih yang berwarna biru seperti kaca. Boleh nampak ikan-ikan kecil dan ikan-ikan besar berenang dengan bebas. Keluasannya 90 meter persegi dan menurut guide kedalamannya boleh mencecah 20 meter.
Dikatakan kalau waktu malam terutama bulan mengambang seolah-olah keluar cahaya yang cukup terang dari Danau seolah seperti lampu suluh yang menyala ke arah atas.
Airnya sangat sejuk, menggigil di buatnya. Kami tak melepaskan peluang untuk berenang dan menyelam dan merasai sendiri keunikan dan kesejukan Danau Kaco.

HARI KE-5
Subuh, sampai di Masjid Besar di Padang yang berbumbungkan Minangkabau. Rekabentuk masjid yang sangat unik dan cukup kreatif.
Kemudian, jalan-jalan jap di sekitar bandar Padang. Shopping beli barang-barang. Pastu kami check in di Airport Minangkabau jam 3.00 petang.
ALHAMDULILLAH MISSION ACCOMPLISHED sampai Malaysia jam 6.30 petang. InshaAllah, kita cari gunung lain lepas ni...

No comments:
Post a Comment