
Lepas kami daki Gunung Baling, teringin sangat nak pegi gunung kat sebelah tu, namanya GUNUNG PULAI yang terletak di daerah Baling, Kedah. Dengar kata Gunung Pulai dengan ketinggian 610 meter ni lebih mencabar dan memeritkan, so kami rehat dulu, buat persediaan sikit cari stamina. Bila buat research kat google, rupa-rupanya ada beberapa kes hikers yang sesat sehingga mendapat liputan surat khabar. Antara sebab utama, tersilap laluan dan tidak menggunakan guide. So kami buat keputusan untuk mengurangkan risiko, kami pun ambik guide/malim Gunung Pulai. Ni nombor Guide : 013-5920972 atau 013-4254200. Setakat arini, diorang charge untuk seorang hiker RM 20 termasuk makan tengahari atau RM 15 tanpa makan tengahari.


Alhamdulillah, cuaca baik harini, jika hujan, laluan berbatu lebih bahaya sebab licin. Sapa-sapa yang kurang fit, kaki akan cepat lenguh, seperti nak kejang, pinggang akan cepat sakit. Semakin tinggi, semakin cepat haus dan semakin banyak peluh keluar sebab banyak guna tenaga. Kami bawak 4 botol air 500 ml, tu pun ada orang yang tak cukup air. Dinasihatkan sarapan dulu sebelum panjat Gunung Pulai ye, kalau tak, nanti ada problem.
Alhamdulillah, 10.00 pagi dah sampai puncak Gunung Pulai, lebih kurang 2 jam 30 minit. Puncaknya agak panas dan kurang tempat untuk berteduh, tiada pokok-pokok yang tinggi. Pemandangan memang cukup indah, mempersonakan dan mengasyikkan menjadikan kerendahan hati melihat keagungan Allah. Sebab dah banyak kehabisan tenaga, kami pun makan nasi dulu dan sempat gak solah dhuha. Cukup sejam, kami pun turun dengan laluan berbatu yang curam dan lebih mencabar. Kaki makin lenguh dan tak larat tapi tetap teruskan sampai ke bawah. Kena fokus betul-betul, silap pijak batu boleh tergelincir dan boleh mendatangkan bahaya yang menakutkan. 12.45 tengahari, kami sampai kat kaki gunung, syukur, sampai lebih kurang 1 jam 45 minit dan semua selamat.Walaupun laluannya cukup mencabar, tapi ramai je perempuan yang naik dan hikers yang umur 40 an. Semua orang in sha Allah boleh naik dengan syarat mesti buat persediaan yang rapi dan jangan pandang rendah cabaran Gunung Pulai. Pengalaman guide kami pernah bawak pelajar sekolah pukul 4.00 pagi pastu sampai kat kaki gunung 4.00 petang, dia kata ada yang pengsan, cedera dan sebagainya. Pesannya, kena ready fizikal, mental dan emosi. SELAMAT MENDAKI.
MENDAKI
REHAT JAP PERTENGAHAN GUNUNG
PUNCAK GUNUNG PULAI
No comments:
Post a Comment