DISEMBER 2010
PESTA BUNGA PULAU PINANG
Taman Botani
Pesta Bunga Pulau Pinang dianjurkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang setahun sekali. Mengikut 'paper', penganjuran tahun ni adalah yang terbesar berbanding tahun sebelumnya dan disasarkan 20,000 pelancong. Keunikan tahun ini ialah pameran bunga orkid yang terbesar berbanding sebelumnya, pastu pokok bonsai pun banyak daripada bernilai ratusan ringgit hinggalah puluhan ribu ringgit dan akhir sekali pameran jenis pokok adenium pun ada
Masalah utama pameran ni ialah 'parking'. Orang boleh tahan ramai, 'parking' agak terhad. 'So' kena berebut sikit la. Saya rasa kalau niat nak melihat keindahan pameran bunga, bukan di sini tempatnya. Kat pameran bunga Putrajaya sesuai. Kalau niat nak beli bunga, ok..sini lah tempatnya. Sebabnya, sepanjang pemerhatian, lebih banyak gerai jual bunga daripada pameran bunga.
![]() |
Indian Ladies Orchid |
Kat sini ada beberapa cerita menarik. Antaranya... ada sejenis orkid yang dipamerkan namanya ' Coellogyne Rochuseni atau dikenali 'Indian Ladies Orchid' yang hanya berbunga pada hari Thaipusam sahaja. Pastu banyak pokok hiasan periuk kera yang dijual. Selain itu banyak gak pokok jenis adenium yang dipamerkan.
Adenium ni adalah kelompok family Apocynaceae, iaitu tanaman yang memiliki getah putih seperti susu. Banyak ditemui di dataran Yaman. Adenium mulai popular di Asia Timur dan Tenggara pada tahun 1990-an. Apa yang menariknya pokok bunga ini adalah pada 'bonggol' nya kat batang pokok
No comments:
Post a Comment