20 August, 2010

BEIJING CHINA

April 2010
Tembok Besar China
Bosan..bosan.. 6 jam dalam kapal terbang. eee... kalau ada gelanggang futsal dalam kapal ni kan syok.'Landing' pun problem.Terumbang-ambing dibuatnye. Ramai penumpang yang muntah.Kalau 5 minit lg camni, 'confirm' terkeluar segala isi perut  i ni.Berzikir gak dalam hati , supaya tak berlaku perkara buruk.Turun je di airport Tianjin.....mak aiii boleh tahan sejuk, 15 darjah celcius. Kami dibawa dengan kenderaan dinamakan 'Coaster' untuk ke Beijing.Alamak... 2 jam lagi perjalanan. Hebat la pemandu pelancong China kami ni. Fasih cakap bahasa Melayu dan tau pulak dia perkembangan Malaysia.Patut pun...rupa-rupanye pernah belajar kat USM.

Makan malam di Restoran halal Beijing.Menu sama je sepanjang tempoh lawatan..nasi lembut, sayur, sup, cili kering yang ditumis dan  teh o takde gula.Malam tu kami sempat tengok Akrobatik sebelum check in hotel.Sempat la keluar dengan kawan-kawan menikmati kedinginan malam Beijing.
Waktu pagi Beijing ...nyamannya....Banyak betul la basikal di tengah bandaraya ni.Kalau u all nak tau bas di Beijing lebih panjang berbanding Malaysia.Senang cerita 2 biji bas yang bersambung dan menggunakan kabel elektrik lagi tu dan perempuan yang jadi pemandu.Sepanjang di beijing kami melawat Kilang Batu Jed, Kilang Kristal, Kilang Herba, Pusat Teh,  Kilang Berlian,Kilang Sutera,Kilang Tembikar, Summer Palace, Dataran Tianmen, Kota Larangan (tak masuk pun, tengok tepi2 je),Stadium Sarang Burung, pelbagai tempat shopping ( rasanye 3 tempat ) dan yang paling 'special' Tembok Besar China la.Ada beberapa pengalaman baru nak kongsi ni:
  • Di Beijing ni ada dekat 1 juta orang Islam tau. Kat sini menggunakan sistem parti Komunis.Betulla apa yang cikgu ekonomi u all ajar kat sekolah tu ye.Walaupun satu parti dan takde pembangkang, diaorang masih mengamalkan sistem pilihanraya.Calon YB, semua daripada parti yang sama iaitu Komunis.Banyak sangatla kilang-kilang kat sini.Patutla Amerika takut, sebab China ni negara yang paling pesat membangun.Maksudnye Komunis-Komunis gak tapi mengamalkan dasar ekonomi terbuka.Duit kita kat sini mahal tau, sekali ganda.Kat sini lebih 80% penduduknye adalah atheis (takde agama).Diaorang sambut gak raya cina tapi hanya sekadar mengamalkan adat je.Ok..ada satu perkara yang saye kagum.Menurut pemandu  pelancong, walaupun takde agama tapi kerajaannye mengamalkan dasar moral yang tinggi.Patut pun susah nak tengok disco  dan pub kat sini.Patut pun orang putih dan pak Arab tak minat melacong China. Hiburan kurang.Kalau nak tau 'facebook' kat China diharamkan.Setiap keluarga hanya dibenarkan mempunyai seorang anak sahaja.
  • Pemandu pelancong tu kata "Kat sini yang kaya memang sangat kaya.Yang miskin, sangat miskin.Walaupun penduduknye ada ijazah (pekerja kerajaan),gaji yang dibayar adalah rendah berbanding Malaysia.Lebih kurang setara la dengan orang yang takde ijazah.Penganggur dan orang susah kat sini diberi elaun khas tau.Tanah dan rumah kat beijing ni memang sangat mahal, sekali ganda kat Malaysia.Kalau di Malaysia, kereta Proton yang banyak di atas jalan, di Beijing kereta Vokswagen yang banyak dan memandu sebelah kiri."
  • Dekat Dataran Tianmen.. Ya Allah Ya Tuhanku..ramai sangat manusia..panjang sangat manusia beratur nak masuk bangunan  bersejarah.Patut pun ramai,sebab Kerajaan China mewajibkan warganegaranye melawat sekali seumur hidup.Tau tak apa yang saye fikirkan ..."rasenye macam ni kot suasana di Padang Mahsyar"
Dataran Tianmen
  • Semasa kami pegi ke kilang Berlian (Syarikat ni 'Sponsor' utama sukan Olimpik), pekerja disitu bagitau CEO mereka 'from Malaysia'.Pekerja ni pergila bilik bos dia, konon-konon nak ambik 'business card' la.Tiba-tiba bos dia datang sendiri 'entertain' kami.Dia kata " i'm interested when i heard you are from Malaysia. I'm Malaysian and i'm so proud to be Malaysian".Sebenarnye CEO bangsa Cina keturunan Siam & Malaysia ni muda lagi. Asal dari Klang.Umur tak sampai 30an.Tapi dah lama tak balik Malaysia.Di akhir perjumpaan, dia beri hadiah jed kat kami...'officially' tau dan ni yang  'best', dia bagi diskaun barangan berlian kat kami 70-90%.Dia bagi tau kat semua pekerja " Just give them lower price..we are RELATIVES (maksudnye saudara mara la) "Pekerja kat situ semua terpinga2 dan macam tak percaya...2-3 kali gak dia ulang ayat tu, barulah pekerja dia 'confident'.Tersentuh gak bila dia cakap kami semua ni adalah saudara dia.Jarang orang Cina kaya cakap camtu kat orang Islam Melayu ni.

  • Tembok Besar China...aiiii susah nak gambarkan perasaan kami.Antara 7 kejaiban dunia, panjangnye hampir 7000km, dibina sejak 200 sm .Perasaan saya sebenarnye berbelah bagi gak antara kagum dan sedih.Kagum sebab pemandangan memang cantik terutama bila kami panjat sampai atas bukit.Sedih sebab nak buat bende ni menyebabkan ramai petani zaman dulu mati. Patutla digelar Kubur Terpanjang Di dunia.
                   

  • Kami sempat pergi Masjid lama di Beijing ni.Kami sempat bersolah jamak dan mengambil gambar dengan imam masjid...Tenangla kat sini.

  • Barang kat sini memang murah sebab bukan 'original' dan China ni adalah Penciplak terbaik di dunia.Jangan harap diaorang boleh cakap orang putih (sekarang baru faham, tak yah guna bahasa orang putih pun negara China boleh maju). So, guna kalkulator la jawabnye.Rase macam berada zaman batu lak.Paling malas sekali bila nak beli barang..mesti kena tawar habis habisan.Hatta nak beli 'keychain' pun kena tawar sebab diaorang letak harga awal tinggi gila.Contohnye 'keychain..harga awal dekat RM30 akhirnya dapat gak beli RM2.Itu pun selepas sejam bertarung.Bayangkan la buang masa yang amat sangat.Yang menariknya pekerja di semua kedai dalam 'shopping complex' ni semua pakai 'uniform' yang sama.Kenape ye...sebabnye kebanyakan shopping complex dan majoriti kilang-kilang yang besar dikuasai oleh kerajaan..komunis kan..
   
  • Kami balik ke 'airport' naik 'Bullet Train'. Kelajuannya boleh mencecah 300km sejam. So 40 minit dah sampai. Bayang kan..laju tu.

    Rasenye ni je kot yang teringat....memang abis duit sikit tapi yang penting bila jalan negara orang ni kita dapat ilmu dan pengalaman baru.Mudah-mudahan ada pengajaran untuk diri saya dan orang lain.

    [Katakanlah:'Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu." ](QS. 29:19-20)

    ["Berjalanlah kamu di atas muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu."] (Al An'am: 11)


    Stadium Sarang Burung
    Summer Palace
    .

    2 comments:

    1. It was really an amazing experience....bila nak buat trip lain lak en haizan? hehehehh!

      ReplyDelete
    2. buka sat blog

      ReplyDelete