15 February, 2012

GUA WANG BURMA PERLIS ; Meneroka ke Dunia Alien....

FEBRUARI 2012

Gua Wang Burma terletak di Taman Negeri Perlis. Betul-betul dekat dengan Wang Kelian lebih kurang 1.3 km.Saya bersama 40 orang berkesempatan meneroka hutan dan gua ni yang berusia 500 juta tahun seluas 5000++ hektar.Memang dekat betul dengan sempadan Thailand. Mudah je nak pegi sini. Kami melalui jalan menuju ke Padang Besar, terserempak la Kilang Gula dan Ladang Tebu. Kemudian tengok papan tanda Wang Kelian / Gua Kelam.

Hutan ni memang suci betul. Pokok-pokoknya cukup merimbun. Perlis ni panas yang amat sangat tapi bila masuk Taman Negeri ni rasa sejuk disusuli pulak dengan angin kencang. Kami mengambil pakej melalui Pejabat Hutan Perlis. Di sini ada beberapa chalet dan 2 dorm. Ada surau dan dewan makan.Tempatnya sunyi dan agak menyeramkan bila waktu malam. Kalau nak vacation bawak budak kecik mungkin tidak sesuai. Terserampak gak la cicak tokek (yang dikatakan mahal) masuk dalam bilik kami. Musang masuk Dewan Makan.Bila malam, biasala macam-macam bunyi serangga dan binatang kedengaran.Macam orkestra pulak. Fresh, very nature dan mendamaikan.....

 Pukul 3.00 petang kami terus dibawa oleh Pemandu gua ke Gua Wang Burma. Sepanjang perjalanan, encik ni sempat memperkenalkan pelbagai pokok-pokok yang boleh menyembuhkan penyakit. Pacat memang ada. Alhamdulillah musim kemarau, kalau tak, mungkin kami kena serangan pacat secara besar-besaran.

Kecik je pintu gua ni. Kami akan meneroka 2 cabaran. First, Gua Wang Burma 1. Di sini penerokaan adalah mudah kerana melalui jambatan yang disediakan. Subhanallah, memang gelap. Dunia lain yang cukup berbeza. Makhluk dan kehidupan yang berbeza. Bila teringat cerita Aliens, rasa takut pulak. Hebatnya ciptaan Allah apabila melihat Stalactite dan stalagmite.Ciptaan yang cukup hebat.

Sekarang baru la tau kalau stalactite, pembentukan batu kapurnya dari atas ke bawah. Kalau stalagmite, pembentukan dari bawah ke atas. Kalau cikgu Geografi sekolah bawak pergi gua dulu, mesti senang nak faham subjek Geografi. Memang mengagumkan betul. Tiba-tiba, pemandu kami mengarahkan semua menutup lampu, senyap, membaca Al-fatihah dan selawat. Hanya 5 minit, namun ada perasaan yang cukup hebat yang sukar untuk diluahkan melalui kata-kata. Bukan ketakutan tetapi kesyukuran dan ketakjuban kuasa yang Maha Besar. Merasai kekerdilan makhluk yang bernama manusia dan merasai kehambaan dan rendah diri kepada Allah s.w.t......

Kemudian, kami meroka Gua Wang Burma 2. Kat sini, dah takde jambatan. Lebih mencabar dan kesukaran tahap tinggi. Terpaksa mengharungi sungai kecil gua. Terpaksa menyusup lubang-lubang gua yang kecil sehingga terpaksa merangkak, meniarap dan berjalan itik. Dah tak boleh elak, pasti pakaian akan basah. Sesekali menjeling ke atas menggunakan lampu suluh, Allahuakbar, ribuan kelawar bergantungan di atas gua. Risau gak, takut terpegang ular gua.....Lebih 2 jam 30 minit, kami selesai meneroka gua..Alhamdulillah semua selamat.

Malam tu, kami buat night walk menggunakan denai yang disediakan. mengharapkan kot-kot jumpa pelanduk atau binatang lain tapi gagal. Budak-budak ni touch up lebih-lebih sangat, tu yang binatang lari. Keesokkan paginya kami buat orientering. Guna kompas untuk mencari lokasi tertentu berdasarkan bearing dan jarak yang disediakan.

 








GAMBAR DI BAWAH :
Gambar di sebelah kiri : dikatakan boleh dijadikan perancang keluarga untuk perempuan
Gambar di tengah : dikatakan apabila terkena getahnya boleh menyebabkan kulit melepuh






































1 comment:

  1. Demi kepentingan untuk mengekalkan formasi dan hayat batuan0batuan alam semujadi yang dicipta dengan kuasa Nya di dalam gua maka saya ingin menasihati pihak tuan dan pengunjung-pengunjung lain supaya tidak berlakunya sentuhan terhadap batuan-batuan di dalam gua ini kerana tangan kita ini mempunyai acid yang akan menganggu pertumbuhan batuan didalam gua.
    Maafkan saya jika tersilap kata-kata
    Sekian Terima Kasih.

    ReplyDelete