01 December, 2016

WET WORLD SHAH ALAM : 1st Green & Best Small Water Park

NOVEMBER 2016

Wet World Waterpark Shah Alam merupakan waterpark chain terbesar di Malaysia yang  terletak di Seksyen 14, berhampiran dengan Taman Tasik Shah Alam. Bayaran dewasa (RM 25), kanak-kanak (RM 20) dan bawah 90 cm (percuma). Dibuka bermula jam 10 pagi - 6 petang dan tutup pada hari Rabu kecuali cuti umum dan cuti sekolah.

Makanan memang tidak dibenarkan di bawa masuk kecuali susu atau makanan baby. Kalau nak main gelongsor kena sewa tube khas yang disediakan dengan bayaran RM 25. Nak bawa pelampung kanak-kanak sendiri takde masalah, boleh bawak masuk. Selain itu sesiapa yang perlukan pondok Cabana, jaket keselamatan kanak-kanak dan peti simpanan berkunci boleh sewa  dengan bayaran tertentu. Kiosk makanan pun banyak tapi semua harga boleh tahan mahal. Surau, toilet, pentas, ruangan tempat duduk semua disediakan.

Waterpark kat sini keluasannya kecil dan pernah dapat anugerah best small water park. Tempatnya memang banyak pokok, redup dan penuh dengan suasana kehijauan. Menarik gak tempat ni terutama bila dapat menggelongsor Thunder River, Moonson Buster dan Super Hurricane yang best.




  KIDDY TYPOON LAGOON

   CARIBBEAN RIDER

 WHIRLWIND ESCAPE, ISLAND OF TREASURES




 MOONSON BUSTER

 PIRATE COVE & THUNDER RIVER (First and only in Malaysia)

SUPER HURRICANE

 BERMUDA TRIANGLE
 

No comments:

Post a Comment